Posts

Showing posts from 2011

rasa macam nak MEMBEBEL.

Aku sedang online @ mcD. Yep, mcD. Aku tahu, aku benci mcD. Boikot, tahu? Tapi... rasanya inilah tempat yang boleh aku dapatkan WiFi. Aku nak download ssimen CSC138. Bila aku baca aku rasa macam, tak lah susah mana punn~ lalu aku highlight apa yang ssimen itu nak dalam program yang aku kena write itu. kemudian aku sedar bahawa aku malas nak buat coding sekarang. =.=’ & dateline itu dah lepas. Sedangkan ssimen itu baru je masuk pagi tadi (mungkin). Menyampah aku tengok tarikh yang dah lepas ni. Mengingatkan aku kepada Quiz 1 Calculus I yang aku tak dapat nak ambil itu. sumpah bengang gila. BENGANG GILA. OK. cukup tentang itu. sedang ini, ada sebuah U-Pad di riba aku. Tak. Bukan aku punya. Adik aku punya (mungkin). Ayah aku bawa pulang dari kerja tadi, dia terus srahkan kepada adik aku, PYJA yang dapat 8A PMR. =.=’ OK. sumpah jealous. Apa yang aku dapat untuk 7A1B PMR aku? Nothing. 6A SPM aku? RM50 dari IBU kepada kawan adik. Apa yang aku dapat untuk AD? Nothing. Aku minta RM10 pun t

It’s Year End SALE!! XD

Image
Assalamualaikum, readers. YOO!! Apa khabar Azam Tahun Baru 2011 korang? Apa? Aku tak salah tulis, OK? aku tanya pasal Azam 2011 korang. Dah berjaya capai ke belum?? Aku... jom kita lihat : #1, saya nak TANGAN KIRI YANG LURUS . oleh itu... saya akan selalu buat fisioterapi.  CHECK! ;] #2, saya tak nak masuk hospital lagi! meskipun ramai lelaki kacak di hospital, tapi... KALAU SAKIT NAK BUAT APA?! #3, saya nak badan yang sihat. atau dalam erti kata lain, saya nak gumuk sikit. (inilah azam saya TIAP2 tahun) #4, saya nak KERJA!  CHECK!  ;] #5, saya nak beli baju berwarna HIJAU sahaja. CANTIK, kan? ;] ( FAIL ) Seperti yang anda boleh lihat, saya telah berjaya mencapai 2 dari 5 azam Tahun 2011. ( 2/5 ). Jadi, kalau aku berjaya tak masuk hospital tahun ini... maknanya aku berjaya capai 3 azam tahun baru aku! XD XD XD yeay!!! Oklah tu. daripada 1/5 atau 2/5, kan? yang #5 & #3 tu, dah confirm fail. =.=' malas dah aku. lebih2 lagi yang #3. Eiii! Sakit hati aku ingat pasal benda itu. DAH

Congrats, Pyja!

Aku sedang online blogging di Bilik Study. Iyelah, Helang tak suka gi bilik aku. Bilik aku terlalu sempit untuk Helang yang besar ( Helangkawi ), mungkin. Kemudian, aku dengar lah drama yang dilakonkan oleh seorang student Science & adik PMR nya ( tak ingat umur ). Adiknya itu menangis-nangis & kakaknya pun memujuknya. OMG! OMG! Aku lupass pula yang hari ini adik aku amik result PMR. Setelah selesai blogging, aku pun pulang ke pintu DA3079. & aku pun charge lappy aku kembali. Pahtu, terpanggil pula untuk check handphone. Oh, ada 1 missed called. & 2 SMS. OK. OMG! OMG! & aku terus dial no. Pyja... MJ : Pyja! OMG! OMG! Pyja : apa? MJ : apa? Apa? Pyja : apa? MJ : menyampah lah kau ni. Pyja : HAHAHA. MJ : abis tu, kau minta ummi bagi apa? Pyja : entah. MJ : minta ummi laptop warna kuning. Pyja : HAHA. Laptop. Tapi Yas*** pun dapat 8A gak. OK. itu je yang penting. Kalau aku, aku pun rasa macam tak bererti 8A aku tu bila seorang yang ****** dapat sama result dengan a

a 100 NOs is less hurt than 1 unsincere YES.

Diatas Normal – Peter Pan. Dengarlah lagu itu. Kadang-kadang dengar lagu lama best gak. Salah satunya, yang di atas itulah. J Adakah anda rindukan saya? I guess, not. Sebab viewers pun tak rancak macam dulu. Nak kata post bosan, mungkin juga. tapi reason yang paling kukuh ialah, aku tukar URL blog aku. See? http://misz3ouslife.blogspot.com does not exist anymore. It's now http://emjay258.blogspot.com . well, who cares? Aku tulis untuk suka-suka je. I'm not serious with blogging. Mungkin nak rasa connected dengan kawan-kawan jauh. especially kawan-kawan Klang. AKU STILL RASA PERLIS ITU JAUH, OK?! Berhenti cakap pada aku yang Perlis & Klang itu dekat SEBENARNYA! UiTM Arau ada atas bukit. Aku tak boleh nampak Klang dari sini. Itu bererti, Klang sangat jauh dari sini. TT.TT Lemme tell ya sumthing. YES, you're right. I'm hurt. BUT NOT broken hearted. Ada beza OK. Aku lebih kepada marah sekarang ini. & kadang-kadang memang aku tak boleh nak fikir secara professiona

Super Frustrated Banner

Aku tak berapa nak in mood sekarang ini, so... yeap : MANIS SINIS KU mungkin akan di abandon . & Sorry about that SUPER FRUSTRATED banner . Emo sikit lately .

Now, I need You.

Things change. As we grow older, we'll realize that things change. & it getting harder by day. Now, I need You. Really. I find it hard to do anything. You are not here, with me. I miss You. Really. Dedicated to : En. Mohd Johari bin Abdul Majid, Pn. Nordinah bt Yahya , Maryam Sakinah bt Mohd Johari, Maryam Masyitah bt Mohd Johari , Maryam Hafizah bt Mohd Johari, Muhammad Fauzan Khusairi bin Mohd Johari , Maryam Saidatul Najwa bt Mohd Johari, Sisie-Mae , Cantik-Mae, BuBu-Mae , Ching Ching-Mae. HOME SWEET HOME Semalamkan, i speak to my mother taw. Bila nak letak call kan, my mother cakap, "I LOVE YOU" @ kite~ aww. Sumpah happy gila lepas tu. XD XD XD

Hidup Baru.

Aku dah beli sebuah pemadam bewarna HIJAU, jenama Carera. Aku nak mulakan hidup baru bersama pemadam itu. Aku dah buang pemadam Oren yang aku sayang sangat itu. Pemadam Oren yang aku tak ingat jenama apa sebab nama kat pemadam itu dah hilang. dan mungkin juga sebab aku jumpa je pemadam itu lalu aku ambil & buat harta. Aku sedang buat Tutorial 8, MAT183, Calculus. Aku nak guna pencil & pemadam. Aku keluarkan semua isi perut harimau ( pencil case ), untuk mencari PEMADAM OREN AKU! perpisahan memang sangat menyakitkan. SANGAT menyedihkan. TT.TT Apa yang aku jumpa ialah, pemadam Hijau yang aku baru beli itu. =.=' patutlah aku cari-cari tak jumpa. Sabarlah, En. Hijau. Aku akan belajar untuk sayangi, mengerti, & menerima kau. Terimalah maaf ku ini, En. Hijau.

En. Lecturer yang seorang itu, Ehem.

//post ini di delete kerana menjaga aib seseorang itu adalah tanggungjawab setiap muslim.

Handphone Hilang

Image
O-em-gi! Oh-m-gee! Handphone aku hilang!! Sedihnya. TT.TT Aku sedar akan kehilangan handphone itu waktu aku sedang mandi. Ya. Waktu aku MANDI. Aku bawa handphone gi mandi. In case of emergency . Apa? Suka hati aku lah. Sibuk je. Lepas mandi tu, aku terus cari atas meja, dalam laci & destinasi terakhir : BEG. Sewaktu aku sedang selongkar beg sendiri itulah orang bilik Shiro Bang-Bang Yonoyono (nama baru), Aqilah (E) memanggil-manggil nama aku. =.=' haish. Suspend je. Sabar lah sikit. Macam tak faham aku berada di Zon Senyap ( DA3079 ), mana boleh menyahut panggilan dia itu. TIDAK SYAK LAGI! : handphone aku hilang. atau mungkin misplace . Atau mungkin lebih tepat, tertinggal entah dimana. Lalu, aku pun ke bilik Shiro Bang-Bang Yonoyono & memberitahu mereka-mereka yang berada di situ bahawa handphone aku hilang. ceng-ceng-ceng betul situasi itu. tapi, dorang boleh tak percaya. =.=' hey, untuk apa lah aku tipu handphone aku hilang? kalau aku nak invi pun, aku boleh

dia tuduh aku ade boy lain , hm :(

apa kata kau couple je dengan laki lain. so, tak adalah sakit hati sangat kalau dia tuduh pun, kan? kan? HAHAHA. see? hidup ni taklah susah sangat. korang je yang selalu fikir negatif. semua masalah, ada jalan penyelesaiannya. RELAX. CHILL WHILE YOU CAN! XD XD ask me anything. ANYTHING! (something)

CSD2Ff

Maaflah, FF's. Aku bukan nak curang dengan korang. But... LOVEs hurt. Terima sahajalah kenyataan. TT.TT

Stop Standing There

Image

Arghh!!!! HAHAHAHAHHAHAHAHA.

ALHAMDULILLAH. :D

Kepada : En. Bakal Suami

Hey, ya! XD ( apa aku tegur Future Hubby aku macam ni? @_@ ) Err... maaflah tak sopan. Tapi, sementara boleh tak sopan dengan kau, baik aku tak sopan sekarang. Iyelah, nanti dah sah bergelar suami-isteri aku kena patuh cakap kau. Apa kau cakap, aku tak boleh bantah. Cehh! Oleh itu, kau kena lah bagi BUNGA EMAS sebagai hadiah kepada aku. Aku janji akan setia. Promise , Sayang! ;) HAHAH. XD Oh, lagi 5 tahun sahaja aku nak masuk umur 23. Jadi, aku nak beritahu kau awal-awal. Aku tak nak rushing . Aku nak BERSERONOK dulu dengan hidup single . XD XD Err.. janganlah PK jauh-jauh. Maksud aku berseronok ialah, lepak dengan kawan-kawan, karok, blablabla, dll. Oh, aku sebenarnya suka buat aktiviti lasak. Tapi, selalu je tak berkesempatan. Aku harap, nanti kita bolehlah gi sama-sama. Kalau aku cedera, kau boleh tolong. Kalau kau jatuh, aku tolong kau bangun. Aww, gelinya ayat aku ini. XD && kau kena tahu sumthing, aku ni GATAL gak sebenarnya tau. Lebih-lebih lagi bila aku bosan. I flir

Matching Entries : MILA tu… ish3.

Aku tak suka Mila. Dia tu… ish3 sungguh. Bangun pagi eh, tengahari. eh petang pukul 2. Gila lambat, en? Pahtu, bukan nak gi mandi. Bergolek-golek macam ayam golek. Mandi kalau nak keluar rumah je. Kalau hari tu tak keluar, tak mandilah. Pahtu, mandi tak shampoo rambut. Eww~ Pengotor! Orang suruh makan tak nak. Makan pun tak nak! What the garfu, en? Bukannya kena bayar pun. FREE KOTT! Tapi tak nak. =.=' Aku tak faham betul dengan dia itu. Pahtu, orang ajak keluar pun malas. Kerja dok rumah je. Pahtu tengok kartun. What the garfu. && ada ke patut? Dia pakai baju hijau yang dia beli dari waktu form 2 lagi! Wehh! Baju tu dah buruk gila, OK? Dia suka gila dengan baju tu. Dia kata selesa, warnanya menenangkan, sejuk, blablabla. Dah lah dah kena ink biru mana entah. =.=' tak tahu macam mana dia boleh suka lagi @ baju tu. && guess what? Aku jumpa tulisan @ bahagian dalam lengan baju itu tulis, "Miela's Favorite Ts". =.=' sumpah baju tu dah buruk, O

Kepada : Norazlina bt Tumiran

LIN!! Kau pernah minta aku comment pasal kau. So, here you go : #1, kau sangat selamba. Aku suka. #2, kau sangat baik. Aku suka. #3, kau sangat rajin. Aku suka. #4, otak kau blue. Aku tak suka. #5, kau sangat kelakar. Aku suka. Lin, aku sayang kau sungguh-sungguh! Ce kau bandingkan, kalau kau hilang 1 cinta... kau masih ada cinta kitorang ( 25 orang FF's ), cinta jiran2 & roommates kau, cinta parents & abang & kakak. Kau masih ada ramai orang di sekeliling kau untuk ganti cinta yang... LANGSUNG tak dapat menandingi cinta FF's + cinta roommatesss ( roommate kau kan terlalu banyak :P ) + cinta parents + cinta siblings. :D YOU'RE LOVED. Kadang2 aku harap aku engkau. Kalau kau tak de, siapa nak teman aku panjat pokok bila stress buat ACC? ( in case sem depan kena repeat ) Kalau kau tak de, siapa nak buat gila depan lecturer ? Kau ingat tak, kau pernah tampal sticky notes @ mata kau waktu Sir Afiq Azero mengajar? Sumpah lawak gila! Terus hilang mengantuk aku

Indera Kayangan

Image
PERLIS. Pertama kali aku dengar nama ini, ialah dalam PnP Kajian Tempatan Darjah 4. Sebuah negeri di Malaysia. Aku tak amik tahu sangat pun pasal Perlis ni. Benderanya pun aku tak ingat kaler apa. HAHAH. Sehinggalah hari Keputusan UPU keluar. Kawan aku cakap, aku dapat kat Perlis. Time tu, terus boleh recall apa yang cikgu Kajian Tempatan pernah ajar : PERLIS terletak di Sempadan Thailand. OH. MY. Rasa macam tak percaya. Bila aku tengok sendiri, OH. OH. OK, aku tak akan pergi. & aku tak beritahu mak aku pun. Seingat aku lah. Tapi, entah macam mana mak aku boleh tahu. Tapi, bila aku cakap aku tak nak pergi... dia OK je. YA. OK lah sangat. Asal dapat surat dari Kolej Bersekutu, call , dll, semua nak pergi. SEMUA suruh aku pergi. RIMAS gila! Tak habis cerita. Sampailah takdir menentukan aku pergi ke sebuah ceramah Kolej Bersekutu UiTM yang sangat-sangat bosan. =.=' Aku yang baru beli phone baru, Nokia C3 : yang ada WiFi, cari line WiFi @ situ. Kononnya tak percaya yang Kolej itu

Melancong. Eh, bukan. MELENCONG.

Dear Diary,       Yeay! Aku sangat excited hari ini ( 1 Oct. 2011 ). XD Aku bangun pukul 7.30am, dikejutkan oleh SMS alert dari CS Abg Izzat. Oh. Hari ini nak gi sungai. Sebab itu semalam aku tidur awal ( 11pm ). So, dengan excitednya, aku menuju ke bilik mandi. Tapi... err...awat sejuk sangat ni? Hmm.... tak payah mandilah. Lagi pun, nak gi mandi sungai, kan? Buat apa mandi awal2? *selama ini, kalau gi mandi Sungai Ulu Kenas, Perak, terus pergi je : dengan taik mata tak bersih lagi pun, terus amik pakaian & berhambus.* So, seperti yang di plan, nak gi mandi kena pakai swimming trunk DAHLIA II, UiTM Perlis. XD XD & aku pun mengenakan 'jersey' tersebut dengan seluar trek & tudung bawal berwarna biru muda terang. Huh, matching habislah tu kununnya. XP Setelah bersiap, aku nak contact Paie & Shiro. Shiro, aku SMS tak reply. Nak call, err... So aku yang kedekut rajin ini pun, gi turun aras 2, menjenguk Paie. Dah bangun, sedang bersiap, OK. & naik semula ke ara

Lelaki

Lelaki ini... makhluk bumi yang sukakan adventure. Itu nature dorang. Maybe because... well, dorang lebih kuat daripada perempuan ( overall ). Dah, dah. Tak payah nak deny semua itu. memang sekarang ini, apa kerja yang lelaki buat, perempuan pun boleh buat. TAPI lelaki kena ingat : ada 1 kerja yang PEREMPUAN je boleh buat. Lelaki tak akan boleh buat. XD ( tolonglah jangan tanya kerja apa, eh? Kalau tak tahu, search sendiri @ google ). So, perempuan... PLAY HARD-TO-GET. Dorang suka. Kalau korang suka dia, pahtu dia pon suka korang, PLAY IT HARD juga. Jual mahal la wey! Buat apa rushing? Dia dah cukup duit nak pinang anak dara orang dah ke pun, adui~! Weh, tak payah nak risau sangat pun dengan mamat tu. stick to this, "Kalau dah jodoh, tak ke mana" . Kalau dorang give-up dengan kaurang, biarlah. Kau rugi apa? Tak rugi apa-apa pun, kan? Ada gigi kaurang gugur everytime kaurang kecewa? Tak kan? Tak kan? Tak akan. OK, memang sakit. SANGAT sakit. Aku tahu. Tapi, kaurang cubalah bu

LEPAK dengan FFs

Aku @ LAB06. dengan Lin, Paie & Yani. hmmp. entahlah. aku tak ada mood sangat sebenarnya. Semalam, lepas kelas 118 bersama Sir Jiwa, kitorang ramai2 bergerak ke bilik Pn. Hawa. ambil carry mark 128.Lepas tu gi jumpa Miss Nang, tengok carry mark MAT210. Lepas tu, ramai2 serang bilik En. Tajol Rosli, PA The FFs ( kecuali aku ). aku... aku tak de PA untuk sem ini actually. Sem depan baru ada. tapi, STILL bukan dengan En. Tajol. dengan En. Hapes, PA group E. pahtu, Sir Tajol cakap yang kita tak boleh tukar grup untuk sem depan. kena ikot PA dorang. which is... hanya aku yang tertukar . =.=' What the garfu? Hey, En. Pegawai Pentadbiran. aku bukan aku yang dulu : yang suka walaupun cikgu marah sebab at least sumthing DIFFERENT happened in my life . yang menanti sesuatu untuk berubah kerana hidup yang terlalu statik . =.=' aku ketika berada di Klang ialah Mila, & aku ketika berada di Arau ialah MJ. ( bila aku bercakap dengan diri aku sendiri @ Klang, aku panggil diri aku Mila.

Siapa LEBIH kaya?

Image
Tiba2 aku teringat @ adik2 aku di KLANG ( bukan famili baru aku @ Arau ). :D Waktu itu, sehari sebelum Raya Puasa. Memang sibuk masing2 berebut2 nak makan itu, nak makan ini. Waktu itu lah, muka yang tak pernah dijumpai di dapur kelihatan di dapur. Bukan tolong sangat pon~ demand lebih. Kemudian, aku terdengar Pyja cakap, "kereta aku paling besar sekali". AKU yang @ dapur apa lagi, "WOI! Siapa cakap tu? kereta aku paling besar, OK? Aku nak ALPHARD". Pyja dengan muka berseri-seri tanya aku balik, "berapa anak kau ada?" ( macam conversation orang dah kawen pula ). Aku jawab, "erm ( fikir sat )... tiga( 3 )". Pastu Syieta yang @ sebelah Pyja menyampuk, "Tanyalah dia balik, berapa anak dia ada". Aku pun tanya, "Berapa anak kau ada?". Pyja pun dengan bangganya menjawab, "enam ( 6 )". 0_o fine, aku kalah. Kau beli lah ALPHARD, Pyja. ALPHARD aku!   Pyja. TT.TT

Aku dah JAHAT!

Image
JAHAT, tak? jahat, TAK? XD Aku dah JAHAT wehh!! Serius aku dah jahat! Dulu aku tak macam ni! MAK, AKU NAK BALIK!! Amik aku @ sini MAK, & kawen kan aku dengan jutawan. HAHAHAH. Aku panggil siapa ni? Setahu aku, aku panggil Lin ( Rayu Kebaya Wrestling ) & Sisie-Mae ( Kucing aku ) je, MAK. MAKnanya, Ummi tak payah perasan, OK? Angah tak cakap dengan Ummi pun. HAHAH. Gurau. Gurau. Syieta, Pyja, BRENDA, kau jangan beritahu Ummi aku, OK? kalau kau bagitahu gak, ingatkan aku untuk siku kau bila aku sampai KLANG nanti. Eii! Sebenarnya, aku risau gak dengan perubahan yang berlaku pada diri ku ini. Ahad lepas ( 10/9/2011 ), aku keluar gi C-mart dengan Shiro, Amirul & Mior. Nak buat persiapan Banjir lah kununnya. Padahal. Aku & Shiro memang cari alasan nak gi C-mart pun sebenarnya hari Ahad tu. Bosan gila dok kolej, OK? semua ini salah Abang Izzat, Mior & Amirul yang selalu sangat ajak kitorang keluar sampai kitorang rasa macam... macam... bosan gila kalau tak jumpa kaurang. i

HOMESICK!

Mungkin itu apa yang aku rasakan sekarang. Aku just tak happy dok sini, OK? SIMPLY tak happy. So, kalau kaurang rasa aku dah jadi GILA tu. Layan ajelah, OK? I'm TRYING to be happy. So, rasanya dah terang lagi bersuluh apa yang aku buat @ C-mart Ahad lepas bersama Amirul Hafiz itu, is FOR FUN. Bak kata roommate 1, Aziera : "dah tak de benda nak buat for fun sangat dah." I would like to admit, ITU SATU ALASAN YANG SANGAT BAIK!! Hahahahahaha. Lain kali, kita buat lagi Okeh? Sebelum balik SDE, kita buat ramai-ramai. XD XD XD kita tolak sampai UiTM pon tak pe. HAHA. OK, memandangkan aku dah tak de point nak hurai pasal HOMESICK! Sebab aku tak tahu nak cakap apa pasal HOMESICK! Aku tak pernah HOMESICK! Pada Zaman Persekolahan, perkara ke-2 yang aku suka ialah, KEM yang jauh & perlu packing baju. XD XD lagi jauh, lagi aku suka, OK? Aku tak pernah HOMESICK! Aku : if STAY HOME, then SICK! ( Perkara pertama, apa-apa activity yang membolehkan aku SKIP CLASS LEGALLY. ) aku men

Not really in mood

Sorry kawan. Aku tak tahu kenapa dengan aku. Tapi aku sangat-sangat tak de mood lately sampai SELALU buat Flight mood. *tapi buat gila @ C-mart still tak de masalah, kan?*

Demonstrative Speech

Today, for BEL120 class... Err... malas lak nak speaking. HAHAHA. Ei, gebang kan aku ni? Post Title nak BI je. Tapi content tak pernah nak BI pon. Menyampah pula aku dengan diri aku sendiri. ;\ *( angkat kening style Ziana Zain ) OK, diri, dengar ini aku nak cakap sikit. BI kau, dapat A- je. Bukan A+ macam Naim Putera ( nama FB ). So, kalau kau tulis BI... blog kau akan jadi sangat serius & tak lawak langsung, OK? B.O.S.A.N. aku nak baca balik pon menyampah! *kantoi selalu visit blog sendiri. OK. Let's get restarted. Hari ini dalam kelas BEL120 (English), kitorang semua kena buat demonstrative speech. Setiap orang kena buat tajuk yang berbeza mengikut pilihan sendiri. buatlah apa pon @ depan kelas tu. Memang BEST GILA! Aku suka sangat kelas BEL. Bukan aku sahaja lah. Aku rasa, semua orang suka kelas BEL & tak sanggup tak hadir kelas BEL sebab sumpah BEST GILA, OK?   Orang pertama sekali yang kena demo, Nadhrah Izzaty. Dia tunjuk cara buat tokcang. Apa entah namanya in E

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum. Sorry dah lama gila tak update. Salah satu perkara yang aku BENCI pasal KLANG : selalu buat aku BZ, tak tentu hala, dan semua yang sama erti dengannya. =.=' As usual, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Yepp, aku mengaku : post ini agak lewat & terlewat & cliche. Mesti bosan nak baca pun rasa macam, "err.. perlukah?"—lalu close tab dan layan FB. Tak pe kalau rasa malas nak baca pun~ aku tak kisah. Apa yang penting dalam setiap perbuatan kita ialah, keihklasan. Barulah semua yang kita buat rasa berbaloi. Jadi, kalau kaurang nak teruskan membaca SILA TERIMA KEIHKLASAN AKU INI.   Kepada : En. Mohd Johari & keluarga. Ummi, Ayah, Along, Syieta, Pyja, Ojan, Najwa! XD raya pertama tak sempat nak bermaaf-maafan, kan? Raya ke-2 pun ( sibuk balik PERAK ). Raya ke-3 pun ( dah menetap @ rumah orang. Segan pula nak buat drama ). Raya ke-4 pun ( sibuk nak balik KLANG ). Raya ke-5 pun ( aku dah nak balik ARAU ). Raya ke-6, aku dah tak de @ sana dengan kaur

aku kejam

Image
figure 1 aku memang sungguh kejam lebih2 lagi terhadap pasangan couple. GAGAGAGAGAGA.

UNIT KO-

Image
aku jumpa gambar mamat ni @ google image. *ehem, kacak pula aku tengok. ;P Bukan "unit K.O." ye? Iya-nya, "Unit Ko". Tapi, Unit K.O. pon tak pe~~ Unit Ko wujud di dalam Universiti sebagai satu "bala" yang menimpa semua mahasiswa & mahasiswi yang tidak terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). & aku salah seorang student yang kena "bala" itu. =.=' ( sangat suey! ) Urghh!! Kalau lah aku tahu, masuk PLKN dah tak payah masuk benda mengarut ni, mesti aku dah MERAYU-RAYU untuk masuk PLKN. Menyusahkan tahu tak?? Jadi, sempena hari kena pergi koko ini, aku nak kutuk sikit Unit KO. Oleh itu, secara rasminya aku menyatakan bahawa POST INI BERUNSUR HASUTAN! Sebab-sebab aku benci kita mesti tak suka KOKO : #1, mengganggu WAKTU rehat belajar. Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, kita tak sepatutnya diganggu oleh perkara remeh-temeh yang tak berkaitan langsung dalam kehidupan kita. KAWAD. Untuk apa lah?? Kala

Blind Date <3

Image
Aku tak pernah pergi date. OK, minus the one that in “fake relationship” for BEL120 things. Oh, yaa. & the one that i went for breakfast with Mior. Because he said, “aku nak belanja P.A. aku”, so it is NOT count. Baiklah, aku benci bila cakap pasal date ni. =.=’ sama macam TEST , tak habis-habis tangguh. Begitu juga dengan date , yang salah seorang mesti lambat. What the garfu? Apa yang aku cuba sampaikan? Err... lupakan. Ayuh ke topik asal. Blind Date. Eh, kenapa tajuk post aku selalu in English tapi content dia tak in English pun?? “Err... maaf mencelah, tapi tadi kata nak cakap pasal blind date?” Urghh! Maaf. Aku segan nak cakap pasal ni sebenarnya. Baiklah, begini. Aku... seorang yang agak cuai ( & pelupa ). Aku pernah kehilangan FlashDrive berwarna biru ( 8GB ) yang kiut-miut jenama KingMax yang bersamanya aku sangkut hadiah befday aku yang ke-17, dari Ma Sis – my sis -- ( Maryam Sakinah ) yang menurut rakan2 ku, MAHAL. Jadi, keychain yang aku sangkut di Flash

Kepada : KELUARGAKU

Image
Duhai keluargaku yang kini berada di Klang. Harap kalian sihat sejahtera hendaknya. Post kali ini ditujukan KHAS kepada En. Mohd Johari dan Keluarga. :D Pertama sekali, kepada Ummi ku , NORDINAH BINTI YAHYA . Ummi, Ummi ni selalu je call pada masa-masa yang tepat. Contoh : apabila Angah sedang dikaitkan dengan budak lelaki mana entah ( Scandalism ) oleh rakan-rakan Angah disini. HAHA. Macam tahu-tahu je. XD && dari suara Ummi, Angah tahu yang Ummi rindu. Ummi, ketahuilah bahawasanya meskipun suara Angah macam happy aje @ sini, macam EVERYTHING-is-going-just-GREAT! , sebenarnya Angah pun rindu juga @ Ummi, Ayah, Syieta, Pyja, Ojan, Najwa, Sisie & Cantik. Oh, & Along & Wani juga. Ummi kenal Angah, kan? Angah tak suka tunjuk perasaan ni. Ummi sendiri yang cakap, Angah ni nampak je macam lembut ( ala-ala Gadis Melayu Terakhir ) tapi sebenarnya EGO lagi tinggi dari lelaki. Rasanya... betullah tu. Ummi, bukan air mata je tanda kerinduan. So, jangan letak harapan yang ti