rasa macam nak MEMBEBEL.


Aku sedang online @ mcD. Yep, mcD. Aku tahu, aku benci mcD. Boikot, tahu? Tapi... rasanya inilah tempat yang boleh aku dapatkan WiFi. Aku nak download ssimen CSC138. Bila aku baca aku rasa macam, tak lah susah mana punn~ lalu aku highlight apa yang ssimen itu nak dalam program yang aku kena write itu. kemudian aku sedar bahawa aku malas nak buat coding sekarang. =.=’ & dateline itu dah lepas. Sedangkan ssimen itu baru je masuk pagi tadi (mungkin). Menyampah aku tengok tarikh yang dah lepas ni. Mengingatkan aku kepada Quiz 1 Calculus I yang aku tak dapat nak ambil itu. sumpah bengang gila. BENGANG GILA.
OK. cukup tentang itu. sedang ini, ada sebuah U-Pad di riba aku. Tak. Bukan aku punya. Adik aku punya (mungkin). Ayah aku bawa pulang dari kerja tadi, dia terus srahkan kepada adik aku, PYJA yang dapat 8A PMR. =.=’ OK. sumpah jealous. Apa yang aku dapat untuk 7A1B PMR aku? Nothing. 6A SPM aku? RM50 dari IBU kepada kawan adik. Apa yang aku dapat untuk AD? Nothing. Aku minta RM10 pun tak dapat. Fine. Tak. Aku tak sakit hati pun tak dapat apa-apa. Lagi pun, U-Pad itu bukan hadiah dari Ayah atau Ummi aku. Itu hadiah dari PROTON Holdings untuk anak-anak pekerja PROTON yang perform. Aku tak cukup bagus. Tak pe. Aku dah biasa. Kan aku dah cakap, aku cuma RASA NAK MEMBEBEL. Aku bukan mengadu simpati. Aku cuma RASA NAK MEMBEBEL.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]