It’s Year End SALE!! XD


Assalamualaikum, readers. YOO!! Apa khabar Azam Tahun Baru 2011 korang? Apa? Aku tak salah tulis, OK? aku tanya pasal Azam 2011 korang. Dah berjaya capai ke belum?? Aku... jom kita lihat :

#1, saya nak TANGAN KIRI YANG LURUS. oleh itu... saya akan selalu buat fisioterapi. CHECK! ;]
#2, saya tak nak masuk hospital lagi! meskipun ramai lelaki kacak di hospital, tapi... KALAU SAKIT NAK BUAT APA?!
#3, saya nak badan yang sihat. atau dalam erti kata lain, saya nak gumuk sikit. (inilah azam saya TIAP2 tahun)
#4, saya nak KERJA! CHECK! ;]
#5, saya nak beli baju berwarna HIJAU sahaja. CANTIK, kan? ;] (FAIL)
Seperti yang anda boleh lihat, saya telah berjaya mencapai 2 dari 5 azam Tahun 2011. ( 2/5 ). Jadi, kalau aku berjaya tak masuk hospital tahun ini... maknanya aku berjaya capai 3 azam tahun baru aku! XD XD XD yeay!!! Oklah tu. daripada 1/5 atau 2/5, kan? yang #5 & #3 tu, dah confirm fail. =.=' malas dah aku. lebih2 lagi yang #3. Eiii! Sakit hati aku ingat pasal benda itu. DAHHH!! Jangan cakap lagi!

Jadi, apakah kaitannya dengan Year End SALE? Entah. Aku pun tak tahu. HAHA. Mungkin aku dah keluar shopping dengan kawan2 @ Klang. @ JJ, PADINI, mod, Opera, SANTA, apa lagi? Kenapa aku sebut nama kedai kasut je ni? HAHA. *nampak sangat nak kasut* Tapi serious, kalau kaurang nak beli baju, kasut, beg apa semua itu... INILAH WAKTUNYA UNTUK KAURANG MASUK KE KEDAI-KEDAI BRANDED. SALE WEHH! SALE!!!
XD

Oh, ada lagi 3 hari sebelum masuk Tahun 2012. Apa lagi? Cepat laksanakan Azam kaurang yang tertunggak!! Jangan asyik ingat SALE jerr~

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]