Kepada : En. Bakal Suami


Hey, ya! XD ( apa aku tegur Future Hubby aku macam ni? @_@ )
Err... maaflah tak sopan. Tapi, sementara boleh tak sopan dengan kau, baik aku tak sopan sekarang. Iyelah, nanti dah sah bergelar suami-isteri aku kena patuh cakap kau. Apa kau cakap, aku tak boleh bantah. Cehh! Oleh itu, kau kena lah bagi BUNGA EMAS sebagai hadiah kepada aku. Aku janji akan setia. Promise, Sayang! ;) HAHAH. XD

Oh, lagi 5 tahun sahaja aku nak masuk umur 23. Jadi, aku nak beritahu kau awal-awal. Aku tak nak rushing. Aku nak BERSERONOK dulu dengan hidup single. XD XD Err.. janganlah PK jauh-jauh. Maksud aku berseronok ialah, lepak dengan kawan-kawan, karok, blablabla, dll. Oh, aku sebenarnya suka buat aktiviti lasak. Tapi, selalu je tak berkesempatan. Aku harap, nanti kita bolehlah gi sama-sama. Kalau aku cedera, kau boleh tolong. Kalau kau jatuh, aku tolong kau bangun. Aww, gelinya ayat aku ini. XD && kau kena tahu sumthing, aku ni GATAL gak sebenarnya tau. Lebih-lebih lagi bila aku bosan. I flirt when i'm bored. HAHAH. Jadi, aku nak gunakan 5 tahun ini untuk menggatal dengan orang lain. Are you OK with it? Alah, kau! Kau menggatal dengan perempuan lain sejak tadika, aku tak bising apa pun. Aku ni tak pernah couple tau. Kau patut bersyukur dapat sumthing BRAND NEW macam aku. Relax ahh, daripada awek-awek lain yang dah berapa kali entah tukar-tukar orang yang dipanggil "sayang", lebih baik aku yang gatal ini. Don't chu think? Lagi pun, aku buat gitu untuk mencari kau gak. Just go with it, OK? Kalau kau tak suka, apa kata kau datang cari aku sekarang? ;) Eh, eh. Relax. Maksud aku, bukan kawen sekarang. Kau muncul lah sekarang. Halang aku. XD Lemme know. Tapi... eh, selagi aku tak dapat BUNGA EMAS aku, jangan mimpi aku nak dengar cakap kau sepenuhnya. Sikit tu, mungkin. Kalau kau bayang pun tak nampak lagi menjelang 8 April 2016, aku akan CALL Ummi minta Ummi carikan kau. Hoho. Senangnya hidup aku, kan? Tarikh keramat tu. Ingat tau! ;)

Kenapa, Sayang? Kau rasa umur 23 tahun tu awal sangat kerr? Kau tak sempat bergelar jutawan lagi? Belum sempat jadi PM? Relax ahh. Kau ingat aku ni GILA sangat kerr? ( sila bunyikan 'rr' tu. Style FF's ). Aku pun, belum tahu masak lagi. Belum biasa lagi buat kerja-kerja rumah. Aku ni pelik tau. Aku suka buat benda-benda yang susah. Cat rumah, tukar mentol, bersihkan kipas, main ketuk-ketuk. Hah, ini bahaya. Baik kau jangan buat aku marah. Teruk kau kena kerja nanti. Kau tahu tak kenapa aku suka buat benda yang susah? Kau nak tahu kerr? Kau perlu tahu kerr? Hmm, tak apa. Aku percayakan kau. Oleh itu, aku beritahu. Sebabnya, tak perlu buat selalu. KAHKAHKAHKAH. Janganlah marah. Aku memang pemalas. Untuk apa rushing? Kita buat sama-samalah. Barulah sweet. Don't chu think? Kau tolong aku buat kerja-kerja pembersihan itu, aku tolong kau jadi jutawan, OK? Aku nak kawen dengan jutawan. Please~ Pasal Bunga Emas itu, boleh bincang. BINCANG. Bukan tawar-menawar. =.=' Aku terima bayaran ansuran. Jangan risau.

Aku ada satu permintaan. Please do me a favor : tolong. Tolong jangan ajak aku couple. Tolonglahh! JANGAN. Aku tak akan terima. Itu adalah statistik. Menurut statistik, aku tak pernah terima lamaran orang lain selain & sebelum kau. Aww~ XD eh, apa nih? Sorry. Ter'geli-geli' awal sangat pula. Haa! inilah yang aku buat kalau aku bosan. Get it? Baik kau jaga aku elok-elok. Ehem. OK, sambung balik. Aku... aku ni nampak je macam berani. Tapi sebenarnya aku penakut. Aku lagi takutkan orang berbanding hantu. Hantu, apa je yang dia boleh buat? Menakutkan orang je. Tapi orang, orang boleh membunuh, mencederakan, merosakkan, & menghancurkan hidup orang lain. & sebab itulah. Aku takut nak couple. Hidup aku @ Klang ni ( oh, lagi satu. Kau kena biasakan diri dengan perkataan 'Klang'. Aku akan selalu sebut perkataan itu. Walaupun tak ada kaitan. ), banyak sangat dah contoh yang menunjukan bahawa couple itu bodoh. Aku tak terlibat, OK? Kawan-kawan kepada kawan-kawan aku ( kawan aku tak terlibat juga ), kawan-kawan kepada adik aku, & kenalan aku yang terlibat. Pahtu, ada apa-apa ntah kem yang sekolah buat untuk budak-budak perempuan. Tak habis-habis cakap pasal couple. =.=' tajuk kem tu tak tulis apa-apa yang tentang couple. & oleh kerana aku ni budak baik, jadi aku terima semua nasihat-nasihat cikgu-cikgu itu. yang peliknya, kenapa orang-orang yang memang tak pernah terlibat ini yang dengar nasihat tu? kitorang tak sepatutnya datang pun kem itu. urghh! bencinya. =.=' OK? So, apa yang kau boleh buat untuk pastikan aku tak jatuh ke tangan orang lain? hmm... aku rasa itu kau kena jawab sendiri. heyy, tak kan semua aku nak beritahu. Memanglah aku ni bijak. Tapi, kau tu pemimpin. Aku ni ikut je, OK? Lagi pun, tak best lah kalau semuanya aku yang tentukan. BOSAN. Lagi pun, perbezaan itu sesuatu yang menarik. Lagi banyak perbezaan, lagi banyak benda baru yang kita boleh belajar. SAME IS LAME.

Comments

  1. weih same le.. aku pun lg takut manusia dr hantu... hahaha.. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]