Blind Date <3

Aku tak pernah pergi date. OK, minus the one that in “fake relationship” for BEL120 things. Oh, yaa. & the one that i went for breakfast with Mior. Because he said, “aku nak belanja P.A. aku”, so it is NOT count. Baiklah, aku benci bila cakap pasal date ni. =.=’ sama macam TEST, tak habis-habis tangguh. Begitu juga dengan date, yang salah seorang mesti lambat. What the garfu? Apa yang aku cuba sampaikan? Err... lupakan.

Ayuh ke topik asal. Blind Date. Eh, kenapa tajuk post aku selalu in English tapi content dia tak in English pun??
“Err... maaf mencelah, tapi tadi kata nak cakap pasal blind date?”

Urghh! Maaf. Aku segan nak cakap pasal ni sebenarnya. Baiklah, begini. Aku... seorang yang agak cuai ( & pelupa ). Aku pernah kehilangan FlashDrive berwarna biru ( 8GB ) yang kiut-miut jenama KingMax yang bersamanya aku sangkut hadiah befday aku yang ke-17, dari Ma Sismy sis-- ( Maryam Sakinah ) yang menurut rakan2 ku, MAHAL. Jadi, keychain yang aku sangkut di FlashDrive itu MAHAL, nama yang tertulis di KeyChain itu ialah, MILA.
**Here, wait. Aku nak mencelah sikit hal personal. Aku tak bagi kaurang panggil aku MILA sebab, itu nama aku yang dipanggil oleh family & jiran aku sahaja. Bukan aku tak suka nama ( MILA ) itu.
It’s just... aku panggil diri aku MILA juga. Kaurang pun, mesti ada nama yang kaurang guna untuk panggil diri sendiri, kan? So... it’s like ODD for everybody calling me MILA. So, just call me MJ, olright?
Maybe when you be part of my family, you may call me MILA
. :P **
pada hari sebelum cuti mid sem, aku pergi print sumthing yang PERLU. Well, it’s about money. TAPI, aku terlupa sesuatu iaitu my FlashDrive. Urghhh! Hari terakhir aku @ Araustralia, & i lost sumthing deadly important! Ssimen, kenangan Dinner, hadiah aku, semua itu PENTING OK? Aku nak tunjuk @ adik2 aku betapa aku bertungkus-lumus di sini ( metafora ). Tapi, entahlah. aku dah cuba untuk risau, tapi... hati aku ni tak nak risau sangat-sangat seperti yang sepatutnya aku rasa. =.=’ jadi, nak buat macam mana? Balik ajelah tanpa FlashDrive yang aku beli guna duit aku sendiri sebagai HADIAH untuk diri aku sendiri sempena dapat masuk U. =.=’ apa-apa ajelah ( Err... kenapa aku bagitahu semua orang tentang hal personal tu? ).

TAPI, sinar harapan kembali menyerlah kerana apabila cuti Mid Sem tamat. Puteri, Roommate ku yang cantik, tinggi, anggun & sopan ala-ala Gadis Melayu Terakhir ( tapi bawa kereta laju gila. 100 kott! –Eira anak Radzuan pun bawa 40 je. HAHA.-- ), menemui seorang mamat yang bernama Hafiz Zulkaflin, budak Science GEOmatik di Facebook. Mamat ini part 1. dia ialah orang yang sungguh baik hati, kerana sudi memulangkan FlashDrive aku kembali. OHH! Terima kasih banyak-banyak. Ku sangkakan, orang yang jumpa FlashDrive itu akan terus masuk poket, pergi kedai buku, gunting keychain mahal, buang keychain dalam parit sambil ketawa berdekah-dekah dan menggenggam erat FlashDrive kecil aku yang tak berdosa itu. TT.TT terharu gila, ada orang sebaik Hafiz Zulkaflin ini. Terima Kasih, ye awak? Kawan saya, Paie cakap awak kacak. :P

Waktu aku nak gi amik FlashDrive itu, agak segan ( & takut ) sebenarnya nak pergi sendirian. Sebab, dia cakap dia ada dengan kawan-kawan dia. Err... tak kan aku nak gi sorang kott? ( Lelaki, bukan boleh percaya sangat ) dah lah aku belum biasa lagi dengan selok-belok University ni. Yelah, orang tak gi MDS lah katakan~ HAHA. Bila dah sampai di tempat yang dijanjikan... aku baru teringat yang aku tak kenal mamat ini. So, how do i know how he will looks like? Nak call, segan. DI SINI LAH, segala Blind Date ini terjadi.

“Ai pakai jersey CS ( hitam + biru ) no. 8. U?” , “Ai pakai baju kemeja warna merah” –Awww!

Errr... kitorang tak cakap macam tu. Ini semua adalah infeksi The FF’s terhadap diriku. The FF’s memang agak menggelikan. Maaflah.
.the end.

&& hari Rabu ( 17/8/2011 ), aku ada TEST pada hari CUTI AM! Test MAT. Ahh, lantaklah. Memang cuti kitorang dah spoil pun gara-gara kelas tambahan ACC pagi itu ( actually, salah aku cuti itu spoil. Aku yang sokong 100% kelas ACC dibuat pada hari CUTI AM itu. =.=’ ) Test MAT210 itu pada pukul 8.30pm, so... kitorang pun, beramai-ramai makan @ Dewan Makan Baru ( nama gleme dia berbeza bagi setiap golongan manusia. The FF’s girls : Pineapple / Nenas, Kadang2 pisang. Penghuni 3079 : Apple. – MJ : ish, ini Malaysia OK? Bagilah nama buah-buahan tempatan—Belimbing ) & bila aku nak masuk Dewan Sri Ketuhar ( Dewan Lama ), baru aku sedar bahawa matrix card aku dah hilang. =.=’ sengalubi! Nasib baik invigilators tak check matrix card. Kalau kena, tantantan~ sia-sia je aku bangun tidur petang terus pegang buku MAT210... Selepas menjawab TEST YANG SENANG nak gagal itu ( bak kata roommate En. Amirul Hafiz ), rakan-rakan ku yang lain telah pun berada diluar. Memerli-merli gaya aku masa jawab test itu. Heyy, kaurang bising tahu tak? Mengganggu konsentrasi. Kemudian, aku pun mulalah bercakap pasal Matrix Card aku itu. Aku nak pergi pusing UiTM sat, nak cari Matrix Card aku. Kaurang nak tolong kah? Jika ya, silakan. Jika tidak, sila pulang ke kolej dahulu. I may walk on my own. Mula-mula, memang dorang tolong. Kemudian, dorang fed-up. Aku ni, orang tolong pun aku marah-marah. PMS ka? Err... lupakan. Lalu, aku pun berjalan sendirian & menyuluh ke tanah. Nasib baik bawa torchlight. Tapi itu pun dah kena perli, “gelap nya~” oleh sekumpulan mamat yang tak prihatin. =.=’ Namun, pencarian pada malam itu hanyalah sia-sia. Apa yang aku nampak ialah, The FF’s boys sedang makan-makan bersama grup E’s girls. OK, jeles. & orang yang aku jumpa ialah, Siddiq Azami. TQ sebab caring, Siddiq. Kau orang pertama tanya aku mengapakah aku nampak macam orang sasau malam itu. Keesokan harinya, ( Khamis, 18/8/2011 ). Tepat pukul 8 pagi, aku dapat SMS dari no. Yang tak di kenali.

“Salam, ni Maryam Jamilah kan?”
--yes! Yess! Alhamdulillah. TQ, Allah! Lalu bingkas bangun, reply SMS tersebut.
“ Salam.Yep. Saya MJ. Biar saya teka. Awak jumpa Matrix Card saya. Betul tak?” – lalu menuju ke bilik air. Pergi mandi. Nasib baik kelas pukul 9. Terima kasihlah, Awak. Sebab kejutkan saya. HAHA.
“Betol2. Hilang bila?”
“Semalam. May i know your name?”
“AM. Akmal Mokhtar.”
-- KAHKAHKAH. sumpah aku tergelak. Pagi-pagi itu, boleh pulok dia buat lawak. Mentang2 aku memperkenalkan diri sebagai ‘MJ’, dia pun nak gak singkatkan nama dia.

Rasanya, cukuplah sampai situ sahaja kaurang tahu isi SMS kitorang. Serius, segar-bugar aku pagi itu. Tak mengantuk langsung sebab dah tergelak secara ikhlas pada waktu pagi. HAHA.
berkali-kali kami mencoba untuk bertemu. Tapi masa tak FIT lah~ . Mula2, kawan2 suruh call je. Tapi... ish, segan lah. @ last, Aku & AM berjumpa di Mushroom, di hadapan CC yang bersebelahan PHOTOCOPY shop pada pukul 7pm, sewaktu membeli juadah berbuka. Benda yang sama seperti Blind Date pertama, “AM pakai baju hijau ada bintang warna kuning”.
HAHAHA. Blind Date ke-2 aku di Araustralia.
Eh, aku tak bagi tahu ke? Aku letak semua barang2 aku dengan sticker yang ada no.tel & nama aku, sejak aku kehilangan FlashDrive biru itu. Sebab itulah aku cepat je dapat semula Matrix Card aku. :P

blind date 2

“MJ memang suka hilangkan barang dia sebab nanti ada abang kacak yang jumpa” –Norazlina Tumiran, Mak.

blind date

Technically, ini bukan blind date yang betul. Olright, ada lagi ke orang buat blind date sekarang ni? Ada lagi ke? Macam out-dated je semua itu. Sekarang bukan tak boleh hantar gambar, kan? Kan? Yeke? HAHA. Sukahati je aku ni. Manalah tahu, ada orang nak jumpa SAHABAT PENA. Memanglah tak pernah nampak muka. Eh, aku teringin nak ada sahabat pena. Siapa yang sudi? *ajakan yang serius* ( eh, aku serius tau. Aku tak main2. Aku tak buat lawak. Aku serius ni. )

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]