Indera Kayangan


PERLIS. Pertama kali aku dengar nama ini, ialah dalam PnP Kajian Tempatan Darjah 4. Sebuah negeri di Malaysia. Aku tak amik tahu sangat pun pasal Perlis ni. Benderanya pun aku tak ingat kaler apa. HAHAH. Sehinggalah hari Keputusan UPU keluar. Kawan aku cakap, aku dapat kat Perlis. Time tu, terus boleh recall apa yang cikgu Kajian Tempatan pernah ajar : PERLIS terletak di Sempadan Thailand. OH. MY. Rasa macam tak percaya. Bila aku tengok sendiri, OH. OH. OK, aku tak akan pergi. & aku tak beritahu mak aku pun. Seingat aku lah. Tapi, entah macam mana mak aku boleh tahu. Tapi, bila aku cakap aku tak nak pergi... dia OK je. YA. OK lah sangat. Asal dapat surat dari Kolej Bersekutu, call, dll, semua nak pergi. SEMUA suruh aku pergi. RIMAS gila! Tak habis cerita. Sampailah takdir menentukan aku pergi ke sebuah ceramah Kolej Bersekutu UiTM yang sangat-sangat bosan. =.=' Aku yang baru beli phone baru, Nokia C3 : yang ada WiFi, cari line WiFi @ situ. Kononnya tak percaya yang Kolej itu Kolej Bersekutu. So, gi page UiTM check itu ini. Pahtu, gatal tengok2 surat tawaran sendiri. Bangga kononnya dapat tawaran. Pahtu, gatal pula minta no. IC Eira, kawan yang dapat UPU check @ sistem UiTM. Sengaja nak tengok apa yang UiTM tulis untuk orang yang tak dapat. RIAK sungguh aku ini.

Guess what? GUESS WHAT?! Eira yang namanya tak dapat UPU tu, bila aku check @ sistem UiTM nama dia dapat @ UiTM, Alor Gajah.
OMG! OMG! Tarikh daftar dah lepas. Kesian gila, dia tak tahu~ Dia nak sangat kott masuk U. Lagi NAK dari aku. Pahtu, aku suruh dia call UiTM SA tanya pasal ini. & UiTM SA cakap, still boleh. Guess what? Aku memang rasa rugi gila tak masuk U sejak Zulaika & Atiqah dah blah gi U masing-masing. Andai sahaja waktu dapat di putar kembali, aku nak gi UiTM Perlis itu. & bila Eira dah call, dia beritahu aku bahawa still boleh pergi. OH. MY. Waktu itu, SERIUS rasa macam nak ikot dorang. Sampai aku buat sumthing yang sangat BODOH. Aku tekan "Terima Tawaran". Seriously, rasa macam... OH. MY! Apa yang aku dah buat?! Apa yang aku fikirkan? PERLIS JAUH GILA KOTT! Aku tak nak pergi Perlis. Siapa nak jaga Sisie-Mae? Cantik-Mae? Bulu-Mae? Serius, TENSION gila.

Seminggu persiapan untuk masuk UiTM Arau. Aku resign dengan cara yang sungguh modern : SMS. HAHAHAHAHAHAHAHHA. Macam-macam aku buat untuk buat mak aku tak nak lepas pergi aku. Salah satunya ialah, "PERGHH!! Memang senang aku nak kawen lari nanti." Tapi, tak menjadi. Hish, susah pula jadi anak yang dipercayai ini ( perasan ). Sedih gila kott nak tinggalkan PPJ. Antara sebab aku asyik menangis dalam masa seminggu itu. TT.TT aku tak pernah macam itu, OK?! Jumpa dengan orang itu, menangis. Orang ini, menagis. Lepas balik dari shopping, nangis lagi. Yang paling best : AKU NANGIS LEPAS BUAT MEDICAL
CHECK-UP @ LUAR KLINIK! Kau boleh bayang tak apa yang orang awam kat luar klinik tu fikir apa pasal aku?
Doktor Lucy BODOH itulah! AKU BENCI DOKTOR SEPENUH HATI SETULUS JIWA!! Aku tengah tension, dia membebel macam lecturer pula. Mungkin dia nak jadi lecturer, tapi tak pandai mengajar, lalu dipaksa menjadi DOKTOR oleh parents dia. Oh! Dendam ku pada doktor mungkinkah akan terlerai?

1st impression aku terhadap Perlis ialah, "Perlis ini sangat berwarna-berwarni". Bangunan, berwarna-warni. Kucing yang aku jumpa, SEMUA bulu kembang. Siaran radio & TV, dapat Thailand punya. Sampai ayah aku layan radio & TV Thailand. Macamlah dia faham. =.=' dah lah tak de subtitle. Aku tak faham ayah aku. Aku tak sangka, yang warna-warna itu akan turut mencorakkan hari ku di sini. XD

Mula-mula, memang aku benci gila kat tempat ini. Aku kutuk tak habis-habis. PANAS lah, apa lah. Excuse Princess.

Sehingglah suatu hari, selepas kelas BEL. FF's buat mesyuarat tergempak. Entah macam mana, aku boleh terlibat dengan lelaki itu : Mior.

OK, memang best. SANGAT! Aku tak pernah diberi kepercayaan untuk handle benda-benda macam tu. Even aku mohon untuk jadi AJK pun, Ustazah Sabarajelah tu buat bodoh je. HEH! WEHHH!! Sumpah sakit hati ingat balik hal sekolah ni! AKU BENCI SEKOLAH! Memanglah BZ. Assignment lagi, kerja P.A. lagi, jadi AJK dinner pula tu. Memang penat. Tapi sangat SERONOK! Aku suka buat banyak-banyak kerja ni. Daripada waktu sekolah dulu, everything is the same. Sampai bila cikgu marah, aku happy. Atas alasan, "At least sumthing different happened today. :D ". Bodoh, kan? HAHAHA.

Lepas dinner itu, aku jadi rapat dengan semua orang. Tapi yang jadi geng aku : Shiro & Lin ( kitorang berlakon jadi anak-beranak dalam performance dinner itu ), Paie, Izzat Aziz, Mior & Amirul, Yani. Sumpah best gila dengan kaurang. Thanks!

Banyak gila kerja gila yang kitorang dah buat bersama. XD terlalu banyak. Kalau nak tahu, kau bacalah post2 terdahulu.

Kepada roommates : Thanks for the letter, Puteri. Sweet gila, kau sorok surat tu dalam lappy. XD Aku pun syok gak dengan kaurang. Sorrylah aku tak rapat dengan kaurang sangat, bangun lambat, keluar tak bagi tahu, blablablabla. HAHA. Terima Kasih bagi aku pinjam barang kaurang, terima kasih terima aku dengan baik sebagai roommate kaurang. terima kasih untuk semua kenangan kita bersama. Cehh! Ayat macam tak boleh jiwang lagi. XD XD Oh, Oh. Aku juga nak bagitahu kaurang pasal... aku telah tukarkan bilik kita kepada BILIK KARAOKE selepas kaurang semua meninggalkan aku sendiri. XD XD Sorry, ya? Bukan aku nak bergumbira kaurang telah pergi. Cuma... sunyi pula bila kaurang tak ada. L walaupun sebelum ini pun sunyi, tapi bertambah-tambah sunyi bila tak ada kaurang. Layan cerita perusahaan terbaharu aku ini :

kitorang tak sedar pun bilakah kehadiran surat 'AMARAN' ini.


ini yang aku balas. KAHKAHKAH. Puji lah LAGI! XD


REHAT waktu Marghrib & gi makan sebentar. Sabar, ya?


Ini surat dari MPPP. rasanya. BAHAHAHAHA. 


YEAHH!! kerja gila terakhir. utk sem ini. XD


p/s : iniah jadinya bila ketua aras balik awal sangat. GAGAGAGAGA. XD

Comments

  1. amboi, sebut nama mior dulu, takpa cekkkk

    ReplyDelete
  2. mmg korg gile.... hahaha mlm tuh aku tak ikut lak.. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]