Handphone Hilang


O-em-gi! Oh-m-gee! Handphone aku hilang!! Sedihnya. TT.TT

Aku sedar akan kehilangan handphone itu waktu aku sedang mandi. Ya. Waktu aku MANDI. Aku bawa handphone gi mandi. In case of emergency. Apa? Suka hati aku lah. Sibuk je. Lepas mandi tu, aku terus cari atas meja, dalam laci & destinasi terakhir : BEG. Sewaktu aku sedang selongkar beg sendiri itulah orang bilik Shiro Bang-Bang Yonoyono (nama baru), Aqilah (E) memanggil-manggil nama aku. =.=' haish. Suspend je. Sabar lah sikit. Macam tak faham aku berada di Zon Senyap ( DA3079 ), mana boleh menyahut panggilan dia itu. TIDAK SYAK LAGI! : handphone aku hilang. atau mungkin misplace. Atau mungkin lebih tepat, tertinggal entah dimana. Lalu, aku pun ke bilik Shiro Bang-Bang Yonoyono & memberitahu mereka-mereka yang berada di situ bahawa handphone aku hilang. ceng-ceng-ceng betul situasi itu. tapi, dorang boleh tak percaya. =.=' hey, untuk apa lah aku tipu handphone aku hilang? kalau aku nak invi pun, aku boleh je buat flight mood. Bukan aku tak nak cuak. Aku dah cuba untuk cuak. Tak dapat feel cuak tu. Aku rasa, aku dah uninstall application RISAU dari dalam diri aku ini. Mungkin lah. Aku tak ingat sangat. Yelah, sejak Sisie-Mae Zombie tu makan otak aku... banyak benda aku lupa. Sebab itulah sign bodoh-bodoh dalam C++ pun aku boleh lupa. Nasib baik dia tak sempat makan semua otak aku. Tapi, genetik zombie ada gak lah dalam darah aku. Sebab itu aku tak suka main game Plant VS Zombie. Sedara aku tu weii!

sebelum dia jadi Zombie, mesti dia kacak, kan? Aww~ XD


Hey, jauh dah aku melencong ni. Sambung balik. Dorang pun, sibuklah bincang cara-cara untuk memberi aku handphone baru atau mungkin handphone aku kembali. Sebab bila call no. Aku, tak dapat. Cakap nak jalankan kutipan derma lah, nak gi Kangar buat simcard replacement lah. Siap cari kat mana DiGi centre @ dalam peta. Sampai ke Kampung Titi Selangor, Kedah. Sampai ke Jalan Bn (Perlis). HAHA. Lawak betul nama jalan tu. kalau tak menang, tak tahulah mana nak sorok muka. HAHA. Yang tak boleh blah nya, aku boleh lupa handphone aku hilang. Aku bukan tak nak risau wehh! Aku tak dapat risau. Aku dah paksa diri aku untuk risau. Macam Sem lepas waktu aku lewat ke kelas ACC. Bukan aku tak nak cuak. Aku dah paksa diri aku untuk cuak. I just CAN'T! Maafkanlah aku.

oh, orang GiGi ku!! TT.TT


Aku beritahu manusia-manusia yang ada kat bilik Shiro Bang-Bang Yonoyono jerr~ tapi, Si Paie ni sibuk gi bagitahu orang lain. Adoai. Relax sudah. Tak payahlah sampai buat pengumuman. Tapi tak mengapalah. Aku hargai sikap prihatin kaurang tu. XD Paie gi bagitahu Izzat Aziz. Pahtu si Abg Izzat cakap nak jumpa. Katanya nak marah. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Sumpah lawak. Aku relax je @ bilik Shiro ni. Sedang update blog Anak Sisie-Mae yang Hodoh lagi tu. XP

Lalu aku pun gi bersiap. Bukan dengan niat nak kena marah dengan Abg Izzat, tapi dengan niat nak gi makan. Maaflah kawan-kawan. Otak aku dah dimasuki virus ZOMBIE yang telah menyerang application RiSau. & application itu terpaksa di remove supaya tidak mengganggu sistem otak yang lain. XD XD XD XD XD HAHAHAHA.

Setibanya di RnR, Aku & Paie pun pergi mencari Izzat bin Aziz. Tapi yang kelihatannya ialah Izzat Afandi. Paie pun menuju ke Izzat Afandi. Yang kami peliknya, Si Izzat Afandi yang tak pernah-pernah senyum itu, sengeh-sengeh kat kitorang. OK. pelik. Yet, sweet gila senyuman dia!! O-m-gee! XD XD Paie bengong. Dia kata, dia ingatkan aku nak cakap, "aku sanggup hilang handphone 10 kali untuk tengok senyuman dia itu". =.=' melampau sungguh statement. Aku bukannya gilakan Si Izzat Afandi tu. aku cuma rasa dia... hmm... i can't get the right word for him lah. HAHA. XD mungkin 'XD' boleh describe Izzat Afandi.
Lepas tu, order lah makanan~ lama sungguh tunggu makanan tu siap. Apa yang Abang Nasi Ayam Penyet tu buat aku pun tak tahu lah. =.=' sewaktu aku menanti makanan itu, orang lain pula yang muncul iaitu : Abg Izzat, Mior & Hakimi. Sibuk dok menyakat handphone aku hilang, membebel tanya kat mana aku hilangkanlah, apa lah. =.=' Ceh! Macam aku tak tahu dorang yang simpan. Tengok muka Izzat Afandi tu, aku dah tahu. XD hey, ingat aku senang-senang nak puji orang? Dia sweet sebab dia bagi hint kat aku tau. XD XD HAHA. Lepas puas membebel, dorang blah. Menyampah lah tu tengok muka aku yang tak ada respond tu. HAHA. Maaflah ye, abang-abang sekalian. Saya tahu macam mana nak minta balik barang saya yang di simpan oleh lelaki. #1, nangis. #2, buat biasa. & aku rasa kaurang semua tahu aku ni jenis yang macam mana, kan?

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]