Demonstrative Speech


Today, for BEL120 class...
Err... malas lak nak speaking. HAHAHA. Ei, gebang kan aku ni? Post Title nak BI je. Tapi content tak pernah nak BI pon. Menyampah pula aku dengan diri aku sendiri. ;\ *( angkat kening style Ziana Zain )
OK, diri, dengar ini aku nak cakap sikit. BI kau, dapat A- je. Bukan A+ macam Naim Putera ( nama FB ). So, kalau kau tulis BI... blog kau akan jadi sangat serius & tak lawak langsung, OK? B.O.S.A.N. aku nak baca balik pon menyampah! *kantoi selalu visit blog sendiri.

OK. Let's get restarted. Hari ini dalam kelas BEL120 (English), kitorang semua kena buat demonstrative speech. Setiap orang kena buat tajuk yang berbeza mengikut pilihan sendiri. buatlah apa pon @ depan kelas tu. Memang BEST GILA! Aku suka sangat kelas BEL. Bukan aku sahaja lah. Aku rasa, semua orang suka kelas BEL & tak sanggup tak hadir kelas BEL sebab sumpah BEST GILA, OK?  Orang pertama sekali yang kena demo, Nadhrah Izzaty. Dia tunjuk cara buat tokcang. Apa entah namanya in English. Sumpah, minah ni cute gila. Undeniable. Dia guna Hayati Fadhilah sebagai modelnya. Diela kan rambutnya panjang~ macam amoi lepas kena tokcang. XD Kemudian, giliran Shahmi. Dia tunjuk cara origami buat roket. HAH! Apa lagi. Dari dok menangok je, baik aku ikot. Pastu, aku bagi Mak ( Ratu Kebaya Wrestling ) kertas sekali. & kami pon belajar buat origami tersebut. Yeay! Jadi~ XD kemudian, err... siapa ye? Aku tak ingatlah sequence nya. Tapi yang pasti, Mai buat origami bookmark. Aku & Lin ikot gak. alah, senang cerita semua origami-origami & yang boleh diikut kitorang ikot lah! HAHA. Pastu, si Fikri Arif buat bunga rose guna tisu. Mior Afiq cakap pasal Healty Life Style. Yusof Firdaus tunjuk cara lipat baju yang dia belajar masa kerja @ Parkson. Afiq Azlan, ajar main gitar. Norazlina ( Ratu Kebaya Wrestling ), buat Magic. PERGHHH! Sumpah COOL gila. Yang ke-tiga tu tak boleh blah. Kena potong duit kott! Hakimi Hassan ajar buat origami burung. Hmmm... apa lagi yang aku ikot, ye? Jap. Jap. Sat. Sat. Haa! Si Diela buat Kad Befday. Yani buat paper craft ( paper kuro ). Tak boleh blah gila kott! Cute gila patung yang terhasil dari kertas A4 itu. Miss Syazwani yang dapat. Hmmp! Sampai hati Yani yang berbaji pink hari ini tak bagi aku. HAHAHAHA. OK. OK. Enough with others.AKU PUNYA DEMO PULAK! Ce teka aku buat apa? AKU tunjuk cara pakai selendang~ HAHAHAHA. Sendiri pon masih belajar & sibok nak belajar cara baru, kena tunjuk pula @ depan kelas. Itu yang terok pasal aku lah. Tapi aku rasa, AMIRUL kena lagi teruk kott! Dia jadi model aku. KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHAKAHKAHAKAH. Lawak gila! Satu-satunya demontrative speech yang di-record ialah, DEMO aku! Perghh. Semuanya pasal AMIRUL. HOWT gila model ai tu taw. Tak sia-sia ai 'pilih' dia jadi model ai. ( aku tak pilih, OK? Aku minta volunteer. Orang ramai yang nak Mirol jadi model. ) tapi memang lah semalam ada gak cakap, "susah-susah sangat, suruh je Mirol jadi model". Tapi yang Paie cakap, "Aku tak kira, aku nak Mirol juga jadi model aku" , tu memang tak pernah keluar dari mulut aku walaupon secara gurauan, OK. ( TQ, Amirul Hafiz. Kerana sudi menjadi model aku & juga mempercayai aku. XD ). HAHAHAHA. Sangat-sangat BEST. Aku suka University Life.

p/s : kalau aku ada tertinggal presentation sesiapa, tolong maafkan aku. Ya? & inbox FB aku suruh aku update.
<3, MJ. ( err... sejak bila aku GELI ni? )



*sorry tak de gambar. nanti aku update. aku pon ******* juga ni. macam **** je ***** aku tu, en? urgghh! ni rasa nak ******** ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]