UNIT KO-






aku jumpa gambar mamat ni @ google image.
*ehem, kacak pula aku tengok. ;P

Bukan "unit K.O." ye? Iya-nya, "Unit Ko". Tapi, Unit K.O. pon tak pe~~
Unit Ko wujud di dalam Universiti sebagai satu "bala" yang menimpa semua mahasiswa & mahasiswi yang tidak terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ).
& aku salah seorang student yang kena "bala" itu. =.=' ( sangat suey! )
Urghh!! Kalau lah aku tahu, masuk PLKN dah tak payah masuk benda mengarut ni, mesti aku dah MERAYU-RAYU untuk masuk PLKN. Menyusahkan tahu tak??
Jadi, sempena hari kena pergi koko ini, aku nak kutuk sikit Unit KO.
Oleh itu, secara rasminya aku menyatakan bahawa POST INI BERUNSUR HASUTAN!


Sebab-sebab aku benci kita mesti tak suka KOKO :
#1, mengganggu WAKTU rehat belajar. Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, kita tak sepatutnya diganggu oleh perkara remeh-temeh yang tak berkaitan langsung dalam kehidupan kita. KAWAD. Untuk apa lah?? Kalau nak jadi askar, masuklah kem askar. Heh! #2, Komander yang poyo! berlagak. Benci gila! Tak habis-habis menjerit. Macam dia seorang sahaja yang ada suara. Yang tak boleh BLAH, bulan-bulan puasa ni, menjadi-jadi suara tegar dia tu. Menjerit-jerit. Menyampah! Masa BUKAN bulan Ramadan, tak adalah nak menjerit macam itu sekali. #3, Beruniform. Aku benci beruniform. Aku nampak sungguh selekeh dalam uniform. Aku simply tak boleh nampak kemas in uniform. It's sumkind of curse. Cuba kaurang tengok :



lihat beza aku ( kanan sekali ) dengan kawan2 aku yang lain. dorang nampak kemas je, tapi aku nampak serabut, kan? -- yg ni waktu bergambar dengan HOT STUFF SMKBU 2011--




//photo removed. caption: pekerja PAPA JOHN. psst : belilah chicken wing. sedap. marcopolo pon sedap

PERGHHH!! Nampak macam orang gila. Tak ke menakutkan tu? #4, koko pada hari jumaat adalah sangat mengganggu waktu cuti! sepatutnya kita dah boleh balik hari jumaat, tak pasai2 kena tangguh sabtu. aku menyampah gila tengok manusia2 yang menggangkut bagasi sebesar kerusi belajar. asal jumaat je, muncullah manusia2 seperti ini. =.=' macam cuti 2 minggu. padahal cuti 2 hari ( sabtu & ahad ). mengalahkan beg budak klang yang nak balik klang seminggu. nampak sangat tak basuh baju! ( ignore me : sakit hati tak dapat balik )




lebih kurang macam inilah budak2 rumah dekat tu bungkus barang dorang untuk balik selama 2 hari. pandang pon sakit hati, kan?
creadit to : AQILAH ,"aku benci kesat!"

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]