Melancong. Eh, bukan. MELENCONG.


Dear Diary,
      Yeay! Aku sangat excited hari ini ( 1 Oct. 2011 ). XD Aku bangun pukul 7.30am, dikejutkan oleh SMS alert dari CS Abg Izzat. Oh. Hari ini nak gi sungai. Sebab itu semalam aku tidur awal ( 11pm ). So, dengan excitednya, aku menuju ke bilik mandi. Tapi... err...awat sejuk sangat ni? Hmm.... tak payah mandilah. Lagi pun, nak gi mandi sungai, kan? Buat apa mandi awal2? *selama ini, kalau gi mandi Sungai Ulu Kenas, Perak, terus pergi je : dengan taik mata tak bersih lagi pun, terus amik pakaian & berhambus.* So, seperti yang di plan, nak gi mandi kena pakai swimming trunk DAHLIA II, UiTM Perlis. XD XD & aku pun mengenakan 'jersey' tersebut dengan seluar trek & tudung bawal berwarna biru muda terang. Huh, matching habislah tu kununnya. XP Setelah bersiap, aku nak contact Paie & Shiro. Shiro, aku SMS tak reply. Nak call, err... So aku yang kedekut rajin ini pun, gi turun aras 2, menjenguk Paie. Dah bangun, sedang bersiap, OK. & naik semula ke aras 3 ( F1 ), menuju ke bilik Shiro. Masyallah, baru bangkit? =.=' Aku suruh dia siap cepat. & beri dia nasihat, "Tak payah mandi. Nak gi mandi pun, kan? Aku pun tak mandi ni". & dia dengar nasihat aku. XD sementara beliau bersiap, saya kembali ke bilik saya. Saya... macam biasalah. Over Excited. Bawa 2 beg. 1 beg baju, 1 beg makanan. Kemudian, travel ke bilik Shiro & Paie, minta bekalan makanan mereka. HAHA.


      Kami settle semua & tiba di mushroom pukul 9. Abg Izzat & Amirul ( Wakil pihak lelaki FF's ) pun tiba di mushroom pukul 9. Tapi... =.=' Paie punya mak ni mengada-ada nak bagi pisang 2 biji lah, apalah. Macamlah dalam perjalanan kami nak ke sungai tu tak boleh beli. Si Paie ni pun 1. Lebih ½ jam jugalah menanti mereka ber-bonding. Sempat aku buat video clip lagu sedih dalam hujan. XD XD Oh, lupa nak cakap. Pagi itu hujan. So, cancel gi mandi sungai. Nak gi Jitra. Dengan seluar trek masing-masing ( kecuali Abg Izzat ), dengan t-shirt semalam Shiro, dengan t-shirt putih buruk Amirul, dengan swimming trunk DAHLIA II, UiTM Perlis Aku & Paie, NAK GI JITRA! Dengan aku tak mandi lagi. Memang DAN sungguhlah. Tapi... heh, AKU. mestilah banyak alasan. Aku ajak turun bendang. Lagi pun, dalam rombongan kali ini, ada 3 SELANGORian = tak pernah sentuh padi. Memanglah dorang nak.


      Tapi, CISS gilalah. =.=' padi dah kena tuai. Selut sahaja yang tinggal. Tak kan nak stop kott? & dorang still heading to Jitra Mall ( JM ). Bila JM dah depan mata, "ekeleh, JM. Bosanlah. Jomlah, Alor Setar". Sambung~ jalan gi Alor Setar. @ Alor Setar, 2 UTARArian itu cakap, tak ada apa @ Alor Setar. Dorang tu, apa je yang ada @ Utara, then? =.=' Macam mana kaurang hidup selama ini? Aku nak cakap apa? Tak tahu apa-apa. Memang 'serah diri' sepenuhnya @ diorang. Perghh! Kalaulah diorang ni jahat, aku tak rasa blog aku masih aktif. Entah-entah, tinggal kenangan je aku ni. Tiba-tiba, muncul 1 idea. Nak gi Menara Alor Setar. Jalan-jalan, 2 Utararian itu mention yang Penang dah dekat, "lagi 1 jam je dah sampai Penang". Aku, OK je : Diorang nak gi KL pun, aku ikot. XD Abg Izzat, tempat dia : memang tak kisah. Paie, biasalah : Utararian. Shiro je. Tapi, dia cakap "OK". HAH! Apa lagi, Amirul pun menuju ke Pulau! XD XD Otw ke Penang, kitorang stop @ RnR Gurun. AKU & Shiro mandi @ situ. SUNGAI konon! Air Paip juga yang menyucikan badan aku ni. Cehh! Agak kecewa di situ, ya?


     Tapi... semua kekecewaan itu hilang apabila aku mengenakan pakaian salinan aku selepas 'puas mandi SUNGAI'. Perghh! Dengan sunglasses aku tu lagi, sumpah vouge. XD Sekali aku tengok bawah, Aduhh! SPOIL gila! Aku pakai selipar. HIJAU pula tuh! Baju & selendang dah match : pink dah. Tapi pakai selipar HIJAU? =.=' Sumpah spoil. Shiro & Amirul lagi best, seluar trek juga yang dorang bawa. Pandai betul diorang ni. NAMUN, selipar hijau mula dilupakan setelah aku terlihat laut HIJAU! XD "Oh My God!! Aku tak pernah nampak laut warna HIJAU. Selama ini nampak laut warna coklat je : Morib" Ya. Aku yang cakap macam tu. & Ya. Aku kutuk Selangor. Dorang jahat. Gelakkan aku. =.=' Biarlah.


     Abg Izzat & Amirul bawa kitorang masuk pulau ikut feri. Mumule aku ingat parking kereta @ situ, pastu naik feri lain, gerak gi seberang. Rupa-rupanya, dengan kereta-kereta sekali bawa gi seberang. XD Oh My God! Aku exited gila! XD XD XD ia bergerak! ia bergerak! XD XD ia bergerak!! XD tengok! Air @ sini kaler lain, @ tengah kaler lain, @ keliling pulau, kaler lain lagi! Oh My God!! XD XD XD ia bergerak!! XD XD Dorang kata, dorang kesian dengan aku : Tak pernah mai Penang, tak pernah naik feri. Amirul jahat. Dia memperkenalkan aku kepada umum sebagai seorang yang tak pernah naik feri. =.=' macamlah orang nak tahu. HAHA. Tapi aku tak kisah. Aku terlalu exited untuk rasa malu waktu itu. XD XD & waktu itulah, 1st time aku tengok Abg Izzat merokok. SEBELAH AKU PULA TU! tapi, aku tak ada kekuatan untuk marah dia macam yang sepatutnya aku buat. Ish, kenapa ni? Tapi bila dia dah habis merokok, dia buang puntung rokok itu ke laut, AKU MARAH DIA. Eii! Bengang gila kott! (>/) padahal tong sampah betul-betul sebelah dia! Pahtu, macam biasalah. Aku ni cepat betul cair. =.=' tak payah pujuk pun. Dia buat lawak je. Dia kata nak terjun, amik balik sampah yang dia buang tadi. BENGONG! HAHAH. XD Haiz~ mengecewakan betul. Air je jernih. Tapi semakin dekat dengan pulau, semakin banyak sampah boleh di lihat. L Abg Izzat suruh aku cari obor-obor. Tapi aku cuma nampak plastik. =.=' macam sama je obor-obor dengan plastik tu. AKHIRNYA! Sebelum pengembaraan di atas feri berakhir, dapatlah aku tengok obor-obor yang dimaksudkan. Kaler putih & panjang. HAHA. Batak tak? Yelah, kampong2 aku pun, mana ada laut, sawah bagai tu semua untuk nak tahu pasal obor-obor, pacat & lintah, kodok & katak. Setakat panjat-panjat, petik buah tu boleh lah. Hey, aku orang kampong Tahap 1, OK? tak sempat tamat pengajian @ kampung. Aku berniat untuk continue. Memandangkan aku dah dapat U @ Perlis, alang2 tu... sambung pengajian Orang Kampung Tahap 2 pula lah. XD


     Waktu feri dah nak STOP, flow air laut tu semacam : menakutkan. Err... rosak kah? Dorang dah ajak masuk kereta. Tapi kaki aku macam... kena gari @ situ. & mata aku pun. Aku tanya @ Abg Izzat yang juga masih ada di sisi ku. Cehh, ayat tak boleh bunga-bunga lagi, kerr? HAHA. Dia pun explain. Rupa-rupanya, kipas engine feri tu berubah arah. Pusing ikut lawan arah waktu feri maju tadi. Ohh~ Batak betul aku ni. Pahtu, Abg Izzat suruh aku lambai feri yang nak pergi AWAY dari pulau. Mula-mula aku blurr-blurr. Pahtu dia cerita waktu dia kecik2 dulu, dia lambai2 @ orang sebelah sana. J tiba-tiba rasa macam... aku jadi kecik balik. Aku pun lambai. Orang sana pandang/ tak, aku tak tahu. Aku rabun. Tak jelas. Aku nampak ada orang yang mengadap arah bertentangan dengan aku, tapi tak ada yang balas. Tak kisahlah. Seronok pula. XD Aku nak datang Penang lagi. Aku nak buat lagi. XD 


     @ Penang, Perghh! Sumpah trafik sesak gila! Masalah nya ialah, kereta banyak. Tapi jalan sempit. Kerajaan Penang kena cari solusi untuk itu. Kalau aku pengundi @ Penang, itulah yang aku nak. :P HAHA. Tempat 1st kitorang lawat, Rumah Kelahiran P. Ramlee & kami berkenalan dengan beliau. Oh, & pakcik yang jaga tempat itu juga. HAHA. Benggong punya cerita dorang bagi @ Pak cik itu ( cerita kami MELENCONG ). Ramah gak orang Penang ni. Muka je kerek. :P aku tulis @ buku lawatan itu @ bahagian catatan : LAWATAN TAK SENGAJA. Pahtu dorang mulalah merepek meraban @ situ. Kemudian, kami gi solat @ Masjid Jamek Sungai Gelugor. Huh? Sungai? WARGHH! Kenapa aku tak perasan?! Hahahahah. XD Kitorang Solat Jamak. Dah lebih 96km kitorang travel. Jauhnya 'SUNGAI' ni, kan? Kemudian, gi makan @ PELITA Nasi Kandar, gi Queens Bay Mall & akhir sekali, PANTAI! Tak mandi pun~dorang bagi 30min je. Apa lagi, tak leh mandi : BUAT GILA LAH! XD XD Siapa suruh halang aku? Abg Izzat punya rule : 6pm, dah gerak balik. Balik itu, kitorang ikut jambatan. COOL! Bagus kerja ayah aku. Kukush betul Penang Bridge ini. Heheh.
*sebelum kerja @ Proton, ayah aku jadi buruh binaan. Bina Penang Bridge. Sebelah malam, ayah aku jual burger : yang dia kembali praktikkan @ Klang : aku pun, boleh di katakan expert gak lah buat burger tu~ XD

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]