Perigi Cari Timba





lukisan yang aku google. BUKAN aku lukis. percayalah!
Ini pepatah melayu yang bermaksud, perempuan yang mencari lelaki. OK. Memang tak salah. Langsung tak salah. Orang Melayu ni aje yang mengeji perbuatan yang tak keji itu. TAPI, pernahkah anda terfikir : mungkin ada kisah di sebalik pepatah tersebut yang menyebabkan Orang Melayu mengeji perbuatan tersebut?
Bagi aku sendiri, aku tak suka "perigi cari timba" ni. HAHAH. Nama pun purely
Malay. Bagi aku, lebih appropiate kalau lelaki yang start.

Jom jadi riak kejap. Nak cakap pasal diri sendiri. HAHAH. :P
Aku tak pernah couple. Maybe ramai yang fikir, "loser gila tak pernah couple". Tapi, ada sebab sebenarnya mengapa aku tak pernah couple. It's not that, i said couple tu haram or
whatever. Tipulah, kalau aku cakap aku tak pernah jatuh cinta, tak pernah suka sesiapa. SIAPA yang cakap macam tu, pembohong besar! Jangan kawan dengan dia! HAHAH. XD
Maybe aku ni jenis yang
suka main-main. Yep. Aku suka kalau ada lelaki yang suka @ aku. Rasa macam, appriciated. Jadi, aku tak nak benda itu hilang. So, aku ikut je rentak mamat tu. HAHA. Aku layann je~ Bagi aku, itu seronok. Memanglah aku jual mahal. Sebab aku ni bukan anak tokey BAS EXPRESS. By
time, perasaan sayang itu akan bercambah atau berkurang. Sebab itulah masa yang lama diperlukan untuk kita mengetahui samada kita benar-benar sayang / cuma tertarik / kagum / suka tengok. Semua term itu berbeza, OK? L.A.I.N! Cinta yang senang datang, senang pergi juga,
"Easy come, easy go". Kaurang dengar lagu Bruno Mars bagai nak rak, tapi tak ambil apa-apa pun dari lirik, kan? Haa! Yang tu pun satu gak. tak habis dengar lagu korea. Bukan faham pun. Macam mana nak apply dalam kehidupan seharian? Dah,dah. Tak payah nak sibuk belajar bahasa Korea. BM dapat A+, BI dapat A+, Bahasa Arab dapat A+, baru korang boleh belajar bahasa Korea. Jangan buang masa. OKAY, lari topik. =.='

Tapi, kebanyakan lelaki tak suka menunggu. So, dorang blah & cari awek lain. L Too bad. Lelaki macam ini, aku tak kisah kehilangan kaurang. Sebab kaurang tak de prinsip. Nak semua benda express je. Kau ingat aku ni anak tokey BAS EXPRESS kah? Hampass, aku tak suka lelaki yang cepat mengalah. Tak pernah dengar ke ; USAHA PASTI JAYA!
Lagi pun, kalau pun 'kita' menjadi tapi hanya untuk sebulan ( seperti masa yang kau perlukan untuk dapat aku ), baik TAK PAYAH! Buang masa, duit, creadit, tenaga, air liur, air mata. Gud Luck for your 'easy GF'!

Baiklah, mari kita sambung semula topic
sentance kita yang pertama semula. :P
kaurang faham tak? Dari cerita aku diatas? Apa yang aku cuba sampaikan? Err... aku rasa aku contoh yang teruk. Sebab aku tak pernah couple. =.=' ( macam mana aku susun ayat ni? )
Alah, PERSETANKAN semua itu. Rujuk cerita kaurang sendiri.

" Relationship kaurang yang paling singkat ialah, X manakala masa yang diambil untuk membina relationship tersingkat anda itu ialah, Y.
Relationship kaurang yang paling lama ialah, M manakala masa yang diambil untuk membina relationship ter-lama anda itu ialah, J. "
Sekarang, bandingkan jumlah Y & J. ( X & M, kaurang jangan tanya nak buat apa. Kalau tak tahu gak, sini aku siku kau. Baru aku bagi tahu. )
J takes longer time, right? Am i right? Kalau aku betul, KAURANG KENA BACA BLOG AKU SETIAP HARI. Kalau salah, SILA TUTUP TAB INI SEKARANG! ( DEAL with it!)
Jadi, eh. WAIT. Aku lupa nak beritahu bahawa post ini lebih sesuai untuk perempuan. HAHAH. XD ( yang dah deal, janji tetap janji. :P )
So, di sini kita dapat conclude bahawa LELAKI adalah manusia yang suka sesuatu yang mencabar. Bila susah dia nak dapat, mesti susah dia nak lepaskan. Bila senang dia dapat, senang dia let
go. Jadi, kepada PEREMPUAN-PEREMPUAN di luar sana... sila jangan confess & sila jual mahal. XD

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]