Heart Empire


Heart Empire ialah sebuah kerajaan yang bertapak di dalam hati Cik Maryam Jamilah. Heart Empire diperintah oleh seorang Princess yang tinggal bersendirian di dalam istananya. Nama baginda ialah, Princess Emme Jay. Pada suatu pagi yang dingin, Princess Emme Jay menerima sepucuk surat dari Prince Elle. Princess Emme membalas surat tersebut atas dasar persahabatan. Kemudian, hubungan Princess Emme & Prince Elle menjadi semakin rapat, dan tanpa Princess Emme sedari, hatinya telah terpaut pada Prince Elle. Namun, Prince Elle yang disangkakan orang yang bakal menemani Princess Emme menerajui Heart Empire rupa-rupanya adalah jelmaan jahat yang cuba merobosi pertahanan Heart Empire yang terkenal dengan keteguhannya. Ketika Princess Emme menyedari hal itu, segalanya telah terlambat. Setiap pelosok Heart Empire telah diracuni oleh tentera-tentera Prince Elle. Princess Emme mengalami tekanan yang berat. Segala urusan kerajaannya kini di tinggalkan kerana baginda sudah tidak mampu untuk menghadapi hidupnya apatah lagi memimpin negaranya. Pada suatu hari, Princess Emme diberi kekuatan untuk membuka tingkap singgahsananya. Dari situ baginda melihat kabus yang sungguh tebal menyelubungi seluruh negaranya
. Bermula saat itulah, Princess Emme mula menyedari bahawa baginda tidak boleh membiarkan negaranya musnah kerana Prince Elle yang kejam. Lalu baginda bingkas bangun dan menuju ke pejabat pentadbirannya. Baginda bermula perlahan. Bermula dengan diri baginda sendiri. membuat kertas kerja untuk dibentangkan dihadapan pembesar-pembesar, tentera, dan juga rakyat jelata baginda. Kod operasi : 258 – 5828. Bermula dengan kod inilah, Princess Emme mula membina kembali Heart Empire yang hilang. baginda mengerah pembesar-pembesar untuk membantu baginda memulihkan semangat tentera-tentera, seterusnya tentera-tentera membantu rakyat jelata membina rumah, memulakan perniagaan serta bercucuk tanam untuk memulihkan status ekonomi negara mereka. Akhirnya Heart Empire berjaya keluar dari status negara mundur. Setelah berstatus negara membangun, Princess Emme dapat tersenyum lega. Princess Emme juga kini dapat menerima hakikat bahawa Prince Elle adalah jelmaan jahat yang berpura-pura. Pada mulanya Princess Emme cuma ingin membuktikan bahawa : baginda tidak memerlukan Prince Elle, baginda adalah jauh lebih baik tanpa Prince Elle, pihak yang rugi dalam segala hal ini ialah Prince Elle. "You don't deserve me anyway, Prince Elle!" Meskipun Princess Emme bangkit dari kekalahannya bukan kerana diri baginda, namun baginda turut sama dapat merasai kegembiraaan yang dirasai oleh rakyat jelata. :D dalam proses membinaan Heart Empire, Princess Emme mendapat sokongan moral dari Prince Imme. Walaupun Prince Imme agak kerek, namun beliau merupakan seorang yang begitu memahami. Kini, Princess Emme menimba pengalaman dan ilmu agar baginda dapat memperluaskan kawasan pengaruh baginda serta membuat Heart Empire berstatus negara maju. Princess Emme kini berfikiran positif serta boleh menerima Prince Elle sebagai teman dan sebagai rujukan untuk menjadikan dirinya seorang yang lebih baik dan bersemangat. Kehadiran Prince Arre, yang sedang dalam lawatan ke Heart Empire sedikit sebanyak membantu Princess Emme dalam pembinaan dan pembaikan Heart Empire. Semoga Heart Empire dapat bergelar negara maju. <3


p/s : aku kalau dah berkias, memang susah nak faham. HAHA. XD

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]