University things!


sticky notes yg sungguh tak membantu.  =.='


Seronok dok U! XD betul cakap cikgu : study @ U memang syiokk habis! Tak de siapa nak dok membebel, tak bagi kita buat itu, buat ini. Semua orang buat hal masing-masing. XD XD XD XD

Heyy, heyy! Aku memang dah berubah. Takut tak? Seram tak nak teruskan membaca? Kalau dah rasa seram sejuk tu, baik jangan baca lagi. Cepat! Cepat. Close tap ini & teruskan layan Facebook anda.

Mula-mula aku masuk U, memang seksa. Aku benci berjalan jauh GILAxx! Dengan 1st day, mak aku suruh pakai high heels. =.=' serius, melecet. Tapi, OK lah. Tak lah sampai esok dah tak boleh nak berjalan. HAHA. Nasib baik beli high heels yang mahal (POYO). Hahhahahahahah. Roomates, OK. Yep. OK. (sekadar OK) HAHAHAHA. Taklah. Aku suka gila dengan roomates aku! XD ( cover ). Oh, oh, lupa nak khabaq : aku study CS110 : Diploma in Computer Science. Sambung balik, (fuhh! Aku memang patut belajar algorithm) 1st day : kelas pertama aku ialah BEL120 (english). Aku jumpa kawan sekolah rendah aku @ sini! Araustralia, Perlis! =.=' what the garfu gila. Rumah tak jauh pun~~ HAHA. Kenapalah sekolah rendah? Aku benci kawan sekolah rendah aku. ( dorang kejam. ) eh, sat. Sat. Aku nak buat pseudocode untuk post ini lah. Sat noo.

pseudocode. sila taip di google untuk maksudnya. :D



Yeahh! Dah siap. HAHA. Macam ni senang sikit nak cerita. Ada story line. Aku dah faham sekarang keperluan algorithm. Maaflah sebab kutuk2 subject CS sebelum ini. I love C++ now. XD XD XD

Kalau nak dibandingkan CS & pure science, CS JAAAAAUH lebih mudah. XD XD XD sebab itulah aku suka CS! XD ( tak habis 'XD' dia tu ). =.=' apa aku ni? Tak ikut pun pseudocode tu?

HAHA. OK. OK.

Early days aku @ UiTM Arau, is the harderst. Aku tahu itu. Tapi dengan bantuan Blurrberry, aku dapat me...me...membuat segala perkara yang WAJIB aku lakukan disana. E.g : daftar course, buat kad pelajar, jumpa PA ( Penasihat Akademik ). Creadit to : Blurrberry. TQ soo much! Walaupun kau blurr, aku tetap terhutang budi pada kau. Sebab kalau bukan sebab kau, aku tak tahu macam mana aku nak survive university life ini. && aku minta maaf sungguh-sungguhlah sebab selalu je kutuk2 kau, buli kau... kau tak kisah, kan? HAHA. Kau yang kata kau tak kisah. Tak boleh tukar fikiran dah. XD

University, mesti ada pasal lelaki ( macam yang dalam TV tu ) . :P HAHAHAHAHA. Teori siapakah?? Mula-mula aku @ sini, aku tengok2 gak lelaki2 disini. Tapi, nampaknya aku bukanlah gadis idaman. XD jadi, seperti biasa, aku teruskan hidup aku sebagai seorang pelik. Tahu seorang pelik macam mana? Aku tonjolkan fesyen-ikut-suka-akulah, aku berlagak SOMBONG, aku jalan sendirian, blablabla. Heyy, ikut suka aku lah. Who need you anyway?

Ssimen atau ejaan sebenarnya, assignment. Tugasan dalam bahasa melayu. Bila dah cakap pasal U, mestilah ada ssimen. Tak kiralah ssimen bertulis, berblog, lisan, mahupun berlari ( RUN -proggram ). XD nak dibuat cerita, aku yang masuk lewat tapi tetap sahaja tak bawa laptop ini... mengalami masalah yang tak lah berat mana pun sebabnya, nasib baiklah ssimen tu pendek je~ XD sempat gak aku siapkan ssimen 128 itu. & program aku boleh RUN. XD XD agak syiok bila program kita boleh run. Walaupun program itu simple, tapi... nak membuatnya bukan senang tau! Huh. Benci kamu-kamu yang memandang rendah CS110. Dan disebalik ssimen-ssimen inilah, timbul satu virus cinta~ ( tu dia! Part jiwang mari... ) bila kita ditugaskan membuat sesuatu itu dengan orang yang berlainan jantina. Dandan pula, kena berlakon sebagai pasangannya. Role-play utk BEL120 ( english ). Tantantan. Dah lah tak pernah couple, kena pula berlakon jadi GF dia. Tak pasal2, 1st relationship aku is a fake! TT.TT agak terkilan disitu. Dan apabila role-play telah di play dihadapan kelas, maka tamatlah 1st relationship aku. Aku tak tahu apa masalah aku, tapi... aku asyik tengok dia je & aku sakit hati tengok dia dengan awek lain. =.=' WHAT THE FORK sungguhlah aku ni. =.='

Semua itu berlaku dalam masa yang singkat. Tak sampai 1 bulan aku di araustralia ini. Kemudian, mula pula dengan DINNER. Perkara paling baru dalam hidup aku. DINNER! XD XD tapi, aku tak lah se-XD yang ditonjolkan aku dalam blog ini. Aku Cuma excited ( XD ) nak cerita je. Heheh. Untuk dinner, aku jadi AJK. Ceh, ceh, ceh. Mula nak mengaktifkan diri lah ni~ XD && untuk dinner juga, group F ( the FF's ), nak buat performance. Serious, BZ. Mula-mula, dorang nak buat lakonan atas pentas. Masalahnya, microphone tak cukup. Lalu, muncul idea nak buat movie. Dalam movie itu, aku jadi AHLI GENG POPULAR. XD XD XD XD XD. Mula-mula tu, agak banggalah jadi geng popular. Pastu, heh. Ada ke patut? Aku yang pemalu ini di gengkan dengan pakwe-pakwe kacak? Tak patut. Tak patut. :P HAHAHAHAHA. Yang aku tak sukanya, perlukan aku digandingkan dengan orang lain lagi? Perlukah aku jadi fake GF lagi? =.=' cukuplah dengan yang lepas. Aku tak pernah couple la wey! Nanti aku cepat perasan. TOLONGLAHH!! && 1 mo', part aku punyalah SEDIKIT. Hampass! Watak aku jadi Drama Queen je. Cover CUN, cover LAWA, cover MUKA, cover LINE ( semua yang 'cover-cover' semua part aku ). Heyy, janganlah buat macam aku ni Drama Queen yang sungguh dihadapan senior & pensyarah. Tak pasal-pasal kena kutuk sepanjang hayat aku di araustralia ini. Aku dah lah belum biasa lagi dengan tempat ini. Aku belum suka lagi tempat bernama Araustralia ini. Namun, apakan daya? Aku tetap aku yang dahulu. Yang di monopoli tindak-tanduknya, yang ditindas, yang dikeji, yang dicaji. Aku ikut sahaja kehendak mereka-mereka kerana, aku ialah golongan minoriti. ( TT.TT touching gila cerita hidup aku ni. ) NAMUN, sinar harapan menyerlah apabila The FF's membuat mesyuarat terGEMPAK. Dalam mesyuarat itu, aku mula membangkang watak aku. HAHA. Tak lah. Actually, aku bangkang penerusan project movie itu. Sorry to say, aku *** suka cerita itu. Aku rasa cerita itu *****. XD disitulah, aku mula... aku tak tahu aku mula apa. Tapi yang pasti, akhirnya dorang buat pentomen cerita donggeng. Dari awal lagi aku dah cadangkan buat cerita dongeng actually. Senang. Lagi pun, bukan selalu orang dewasa tengok cerita dongeng. Nak suruh tengok cerita barbie, jangan haraplah lecturer nak tengok. Nak baca cerita donggeng? Jangan haraplah budak2 CS ni nak membaca. Baik dorang baca buku-hijau-tebal part-1 tu. Aku tak tahu tajuknya apa. Aku tak beli buku tu. HAHAHA. && bermula dari saat mana entah, aku pun tak pasti... aku jadi PA ( personal assistance ) kepada En. Mior Muhammad Afiq. Dia ini. Actually, it's kinda funny for ME to be "Mior Je", because i've NEVER talk to him before. Sesukahatisesedaprasa dia sahaja bagi aku gelara yang sungguh-sungguhlah tak COOL. Nama aku dah memang "MJ" dia jadikan "MJ" itu, "Mior Je". =.=' && bila dia nak cakap dengan aku & dalam masa yang sama ada orang lain yang nak bercakap dengan aku, dia akan cakap, "Eh, tahu tak 'MJ' tu apa? Mior Je tau". & orang itu pun berhambus. Aku kena mengaku, dia seorang yang bijak menguasai memanipulasi orang lain. Sepanjang aku dengan dia ( kenapa bunyinya macam lain? ), aku tahu dia seorang yang pandai memanipulasi fikiran orang lain. Jadi, aku kena berhati-hati dengan pakwe ini ( anti-virus protection updated! ). && aku mesti mengaku ini. AKU SUKA UiTM Arau SEJAK PERKARA DINNER INI. XD sebelum ini ( senang cerita kat sekolah ), Aku tak pernah diberi kepercayaan nak buat lakonan apatah lagi handle orang ramai. Aku pun tak sangka actually aku boleh handle 25 orang. XD seronok sebenarnya handle orang ni. XD XD dalam performance dinner itu, aku jadi 'kakak tiri 2". Watak sampingan je. Tapi aku suka watak tu. Aku tak rasa watak itu *****. Watak itu sungguh-sungguh KEJAM! Aku suka! ( peminat horror movie ) XD && performance dinner The FF's is a BIG success! XD aku speechless sungguh-sungguh lepas performance itu. & apa yang aku tahu ialah, AKU SANGAT LAPAR!!!

Tentang style, dalam hal-hal dinner itulah. Aku beritahu Mior bahawa aku sebenarnya seorang yang pendiam waktu sekolah dulu. Aku rasa seronok sangat dapat handle orang ni. XD Dia tak percaya. Sebab dia kata, "kau ada gaya. Serius kau ada gaya". Oleh kerana aku ni lambat pick-up ( loading ), aku tak ambil itu sebagai pujian. Sebaliknya, aku fikir apa yang dimaksudkan oleh dia. =.=' lembab kan? Bukan dia sahaja. Paie, Shiiro, & Yani pun tak percaya. Bila aku cakap macam tu, Paie cakap, "Tipulah!". Yani cakap, "yelah, dulu dia sekolah @ sekolah budak-budak popular. Semua orang tak nak cakap ( sombong ), jadi kau pun tak cakap ( pendiam )". Shiiro pula, "AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA". Apa yang lawak sangat dengan aku ni dulu pendiam aku pun tak tahulah. =.=' && Fatimah cakap, dia adore semua pakaian aku. XD HAHA. Creadit to : Maryam Sakinah. ( maaf, aku tak de FB kakak aku. aku pun tak percaya sampai sekarang. XD ) Baju kau memang style semua. Tapi, aku lagi style sekarang. HAHA. ( aku ambil baju kakak aku actually. ) kalau korang nak tahu, kakak aku selalu shopping @ TS ( times square ).

HAHA. Sebenarnya, kehidupan yang seronok di kampus ini bermula dengan hal-hal Dinner. XD aku dapat kawan baru, aku jumpa dengan saudara jauh aku ( dari perak ) @ UiTM Arau ini. XD GLADD!! Ada gak orang yang aku kenal, study sini. Aku sangka aku seorang sahaja yang tercampak disini tanpa sebarang alat bantuan pernafasan. :P HAHA. Eh, tapi memang rasa sesaklah bila kita tahu yang kita ni insecure. Maksud aku, bila waris terdekat kita SANGAT jauh. Macam mana kalau ada sesuatu berlaku terhadap aku? GILA DATOK NENEK MOYANG DIA JAOH GILA KAW-KAW KOTT SELANGOR DENGAN PERLIS! Kalau aku ditakdirkan K.O @ arau, macam mana? Tak ke touching lagi cerita aku ni?? Oh, cerita sedih. Dah lali sangat dah. Tak payah nak gi cinema tengok cerita sedih. Cerita aku pun dah cukup sedih. Tak payah membazir air mata untuk cerita palsu. Cerita benar ni pun aku tak nangis. HAHAHA. Pasal roomate, malaslah nak mention.

Tentang hati, aku kena mengaku. 1 minggu memang dah cukup untuk buat aku terbiasa dengan seseorang. Lebih-lebih lagi, bila dah asyik muka dia je aku tengok, suara dia je aku dengar, memang dia aje yang jalan sebelah aku pergi mana-mana pun! Memang 1 minggu sebelum Dinner itu, macam-macam nak kena buat, dengan skrip tak siap, AKU RASA MACAM DAH JADI ISTERI ORANG. Mana aku nak pergi, apa aku nak buat, semua kena report @ Mior! Kena minta 'izin' XD Tapi, seperti yang aku cakap, dia tu pandai memanipulasi orang. jadi, aku pun install lah the latest anti-virus protection. . Aku mungkin boleh suka dengan seseorang itu dalam masa yang singkat, tapi untuk sayang, untuk percaya, aku perlukan masa yang lama. BFF aku pun, aku declare setelah 4 tahun berkawan dengan dia tau! XD maaflah. Samada kau serius atau tak, BAGI AKU SATU JE : KALAU DAH JODOH TAK KEMANA. Ada asas kan? && buat masa ini, aku masih berpegang pada "SINGLE LEBIH COOL". && yep, aku ni SOLO FIGHTER. :D

&& begitulah cerita University aku.

p/s : Aku suka laptop baru aku yang besar, prosessor intel Pentium ( yang slow ) ini. XD XD i love you with all my blood! <3 <3 <3

Comments

  1. tak payah baca careful confession pon, kat sini pon boleh nampak suka mior~~~~~ blablablabla

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]