TAHNIAH, Norkhadijah bt. Hamid!! XD XD



//gambar di remove atas sebab-sebab tertentu
WOW. Rasa macam tak percaya je kau dah bertunang. Aku ni, couple pun belum pernah. HAHA. XD & Sekarang ni pun, aku sedang keliru. bukan keliru apa ; keliru tentang identiti aku. Aku tak sangka aku seorang yang lambat. bukan sahaja lambat pick-up, loading, DLL, serta baru terhegeh-hegeh nak mencari identiti. IC pun dah hancur ni. 0_o Bila dapat tahu kau dah bertunang, aku rasa macam aku ni budak lagi, tapi kau dah bertunang. 0_o macam unbelievable je.
Tapi semua itu tidak menghairankan pun. Kau pun lawa orangnya. Dengar-dengar plannya kau nak kawen 4 tahun lagi ; pada umur 23 tahun. nampaknya rancangan perkahwinan kau sepertinya berjalan lancar. XD XD tapi disebalik ke-excited-an aku ini… aku sebenarnya RISAU. Sebabnya, AKU NAK KAWEN 1st AMONG KAWAN-KAWAN AKU!! TT.TT nampaknya, aku mungkin tak dapat capai hajat aku itu. Tapi tak apalah. Aku akan cuba jadi yang 1st among kawan-kawan Arau. XD XD XD
Aku tumpang gembira untuk kau. XD XD XD Selagi orang itu bukan lelaki yang aku OBSES, aku happy untuk kau. Tapi kalau aku OBSES dengan lelaki itu pun, aku mungkin akan ambil masa yang panjang sikit untuk terima kenyataan. Smile with tongue out Selagi orang itu bukan lelaki yang aku suka, aku happy untuk kau. Tapi kalau aku suka kat lelaki itu pun, kalau dah jodoh kau, aku tak boleh halang. Cuma aku akan sakit hati jealous sikit lah kot.  Selagi orang itu bukan lelaki yang aku sayang, aku happy untuk kau. Tapi kalau lelaki itu orang yang aku sayang pun, kau masih ada peluang. Cuma kau kena minta restu dari aku dulu lah. kehkehkeh (bajet mak mertua). Tapi rasanya aku tak kenal pun tunang kau tu. Jadi, kau tak mendapat apa-apa tentangan dari aku ; jangan risau. XD XD
Nampaknya kau secara automatik, telah terkeluar dari kelab Single Ladies kita. Oleh kerana kau yang paling tua (1/3/1993) dalam kelab itu, jadi… boleh diterima. ATIQAH SAHAK, aku tak terperanjat kalau lepas ini engkau pula yang tarik diri. XD XD XD
Oh, aku tak ucap apa-apa lagi, eh? HIHI. TAHNIAH! aku minta maaf kalau selama ini sikap aku terhadap kau macam nak tak nak je layan. Aku baca majalah tu, dia kata, “kalau tak nak puji orang tu, JANGAN KUTUK DIA”. sebab itulah. Munasabah tak alasan aku? HAHAHAHA.& semoga jodoh kau dan dia berkekalan. Kau untung tau. Serious kau untung gila. Tak payah susah-susah cari jodoh, family dah tolong carikan. Aku ni… mungkin umur 23 baru nak bertunang. Itu pun aku kena tebalkan muka minta mak aku tolong carikan calon. HAHAHA. XD XD Tak pun, masa majlis kau nanti, aku nak jadi pengapit kau lah. Hikhik. Hot smile
Sorry lah lambat wish. Aku baru dapat tahu hari ini, pukul 1.30am ( waktu tempatan handphone aku ) dari ATHIRAH RADZUAN.

Comments

  1. Ahahah..aku pulak yg paling terakhir among korang...XD

    ReplyDelete
  2. jangan nak perasan, Athirah... Zulaika yang terakhir. HAHAHA. XD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]