Politik dalam kotak pemikiran aku

Tadi dalam kelas CTU555, kitorang belajar bab politik. Bab politik memang best. Lebih-lebih lagi kalau orang yang cerita itu tak berat sebelah. Dan kalau dia berat sebelah PR pon best jugak. Hahahaha. Eh, japp~ nanti dulu... Best sebab dia akan banyak cerita kisah-kisah yang tak di highlight oleh media massa dan juga buku sejarah tingkatan 1 sampai 5. Kalau orang yang cerita pasal politik tu berat sebelah BN, tak best sebab semua cerita yang dia cakap tu kita dah tahu. Hari-hari tayang kat TV~ tak cukup dengan itu, siap masuk SPM lagi uolz  bosan.

Tapi aku tak kata la ustazah aku ni berat sebelah PR. Takk~ cuma dia ni jenis suka mencari tahu. Maka... Banyak la yang dia tahu. Dan dia cerita bukan sepenuhnya. Banyak lagi yang dia tak cerita. Dia suruh kitorang cari sendiri. Wah! Berapa tahun la agaknya aku akan spend utk search pasal politik Malaysia dhulu2 ni.

Antara cerita ustazah yang menarik minat aku ialah mengenai ; PAS yang sebenarnya berasal dari UMNO. PAS sebenarnya adalah ahli UMNO. Mereka keluar dari UMNO kerana banyak dasar2 UMNO yang tidak selari dengan Islam. Pada mulanya, mereka hanya menubuhkan NGO dan masih menjadi ahli UMNO yang memperjuangkan Islam. Tapi lama kelamaan, mereka menubuhkan parti politik PAS kerana berjuang tanpa kuasa, tak berguna.

Tapi itu baru part 1. Part 2:
Selepas peristiwa 13 Mei, PAS bersetuju menyertai Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC). Kenapa keluar balik? Haa~ itu yang tak cerita dalam buku sejarah silibus sekolah en? Hehe. Tapi ustazah aku ni cerita~ dalam perikatan, mula2 mezti la UMNO yang kuat. Sebab parti UMNO la yang memperjuangkan kemerdekaan. Tapi bila PAS dah memimpin, dah jadi menteri, dah boleh keluar TV semua... Mula la ada yang rasa kedudukan mereka terancam. Masa itu... Kelantan memang under PAS. Tapi ingat, PAS masa itu PAS kerajaan. Tiba-tiba berlaku kekecohan di Kelantan. Apa ntah terms yang ustazah guna untuk describe peristiwa itu. Kekecohan itu tak diketahui puncanya dan siapa yang memulakannya. Bila berlaku kekecohan itu, kerajaan pusat (yang waktu itu di perintah oleh PM Mahathir) terus hantar tentera ke Kelantan untuk ambil alih kepimpinan. selepas beberapa hari tentera ambil alih, bila dah reda kekecohan, pucuk pimpinan Kelantan diberikan kepada UMNO. Opkozz~ tak kan nak bagi kat PAS kann... Itu la pertama kali selepas beberapa tahun UMNO dapat pegang Kelantan ; tetapi tanpa Pilihan Raya. PAS masa tu dah berpecah.

Masa itu lah Nik Aziz muncul. Dia lah yang mengumpulkan kembali ulamak2 yang telah berpecah tadi. Dia cari semula ulamak2 PAS di kampung-kampung. Bina semua PAS. Merekrut ulamak2 baru (maksudnya... Melatih orang2 baru untuk jadi ulamak). Huish, aku tak pandai bercerita. Tapi kalau korang dengar ustazah aku cerita tadi, memang korang akan rasa tersentuh dengar cerita itu.

Honestly, aku tahu kisah PAS is actually part of UMNO. Tapi aku tak tahu pula kisah perletakan tentera di Kelantan. And honestly, aku memang rasa PAS dan UMNO tak boleh bersatu even before aku tahu cerita pasal Nik Aziz. And selepas aku tahu? Apa agaknya tanggapan aku? Siapa yang khianati kepercayaan siapa?

Aku tahu aku tak lah baik mana. Aku tahu aku bukan bagus sangat. Aku mungkin tak layak nak kutuk. Apa lah contribution aku untuk negara ni kalau nak di bandingkan dengan pemimpin2 negara. Takde. Aku tak rasa ada.

Ustazah juga ada cerita mengenai Anwar Ibrahim dan Mahathir. I grew up with this tales, my friend. Masa korang kecil, mak korang cerita pasal puteri raja. Aku dengar cerita pasal Anwar Ibrahim. Hahahaa. Kelakar? Tak kelakar langsung.

Aku dah penat taip. Kalau aku rajin nak meroyan pasal Anwar dengan Mahathir ni aku sambung la ye. Haha. Bye for now.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]