Tentang Dia.

Aku bukan nak tulis pasal “Si Dia” aku. Aku nak tulis pasal “Si Dia” orang lain & mungkin “Si Dia” kaurang. Mungkin. Sekadar mungkin.
Aku baru balik dari KEM FASILITATOR anjuran PROSTAR. Aku malaslah nak cerita panjang-panjang. Cukup kaurang tahu yang aku tak tidur sebilik dengan family bohong aku (Lin, Shiro & Paie). Saja nak tukar angin. Lagipun, rumah yang aku tinggal itu lebih besar dari rumah diorang. Rumah yang diorang pilih itu, daif semacam je. Takut aku nak tinggal ramai-ramai dalam rumah tu. =.=’
Dalam rumah aku, aku tinggal dengan semua ahli sebenar PROSTAR. Aku tak tahupun apa PROSTAR itu sebenarnya. Aku cuma join sebab aku rindu gila nak gi kem. (Waktu form 5 dulu hampir setiap minggu aku gi kem. XD XD XD. Aku benci sekolah. Aku suka kem je. XD ). Aku try untuk jadi ramah dengan isi rumah aku. the thing is... dorang tak nak ramah dengan aku. Tak apalah. Aku faham. Dorang dah biasa bersama, segala rahsia dorang dah share bersama. Aku ini macam stranger. Dorang ini suka bercerita pasal lelaki. Kononnya nak berahsia, tapi semua orang boleh baca isi perbualan mereka. =.=’ Menurut apa yang aku faham, salah seorang awek serumah dengan aku ini, minat kat seorang mamat yang satu grup dengan aku, grup TAIKO.
Aku akui, mamat itu agak kacak dan segak dan berkaliber. Nampak macam sempurna. Bijak pun bijak. Jadi, tidak hairanlah mengapa awek itu jatuh hati pada dia. Suatu malam, di bilik, awek itu touching gila sebab mamat itu dah tak layan dia. Dia syak mamat itu & rakan-rakannya sudah tahu isi hati dia. Dia touching gila. Mata dia merah waktu bercerita pasal lelaki yang tak disebut namanya itu. Tapi aku ada waktu kejadian yang dia sedang ceritakan, sudah tentu aku boleh agak dia sedang bercerita tentang siapa. Lelaki tersebut langsung tidak menegur dia walaupun dia duduk dihadapan lelaki itu. Manakala rakan-rakan awek itu yang berada disekeliling, dia boleh bergurau-senda.
Sakit. Memang sakit.
Aku pernah alami something like that. Aku suka pada seseorang. Seseorang yang tak patut, i supposed to say. Dia bukan hebat, dia bukan sedang-sedang, so i guess korang boleh tekalah kategori mana lelaki itu berada, kan? & lelaki itu tahu bahawa aku suka pada dia. Teka apa dia buat? Dia terus layan aku nicely. Super-nice. Kata-kata yang manis, yang menggambarkan bahawa dia memiliki perasaan yang sama terhadap aku. namun, setelah beberapa bulan berlalu barulah aku tahu kebenarannya. “Dia lain. Aku TIDAK BOLEH TIDAK layan dia lebih dari kawan. Tapi aku tak pernah suka kat dia”, ayat yang keluar dari mulut dia tentang aku. Aku rasa seperti di khianati.
Jadi, bagi aku sekarang ini... apa yang lelaki berkaliber itu buat adalah benar. & Ya, awek yang jatuh hati pada lelaki itu bijak. Bijak memilih lelaki yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]