Dahulu...


Dahulu aku pernah ada dua orang kawan. Seorang menyakitkan hati, seorang lagi ... . seorang itu, suka mencemuh aku, & memuji yang lagi seorang itu. Oleh kerana aku tak tahan dengan perangai dua makhluk tuhan ini, aku pun decide untuk tinggalkan mereka.
Kaurang pernah tahu pasal cerita cara puak mana entah kat Afrika membunuh semangat pokok? Pokok itu pokok yang berumur jutaan tahun. Jadi, mestilah pokok itu besar. Mereka nak buat rumah kat situ, jadi mereka mestilah buang pokok itu. The question is, HOW? Diorang tak ada gergaji, tak ada kren. Jadi, apa yang diorang buat ialah... bunuh semangat pokok itu. Selama beberapa hari ( mungkin seminggu, i can’t re-call ), mereka duduk mengelilingi pokok tersebut & mencaci, memaki-hamun pokok tersebut. & akhirnya, pokok tersebut pun mati. Nampak tak kesan mencaci maki? Sedangkan pokok yang tak ada perasaan itu pun boleh mati, inikan pula manusia. Sebab itulah aku tinggalkan diorang. Sebab aku terpengaruh dengan cerita semangat pokok.
Aku minta maaf. Aku tahu aku ada mencaci maki orang. Lebih-lebih lagi kat UiTM ini. Sorry lah. Seperti yang aku pernah cakap, kalau aku marah aku cuma akan buat antara 2 sahaja ; pukul atau mencarut. Aku dah lama berhenti pukul orang. Well, itu semua masa silam. Seperti pendapat Pau & Farouq, muka baik macam aku ini tak sesuai jadi jahat. Jadi, aku pun decide untuk sembunyikan sahaja sikap samseng aku itu. Biar adik-adik aku je yang kena. Itu pun, tak ada sesiapa nak percaya cakap dia bahawa aku pukul dia. HAHAHA. XD & Kalau aku pukul pun, parents aku tak akan marah aku. Sebab aku kan anak yang dipercayai, apa yang aku buat atas sebab yang munasabah.  Sebab itulah, imej itu penting.
Hey, kita dah dewasa, OK? Aku dah tak buat kerja-kerja memukul orang. Bukan itu yang aku nak cakap, aku nak cakap pasal... kita sekarang dah boleh fikir sendiri. Itu semua dahulu, dahulu boleh lah buat. SEKARANG dah lain. LAIN. dalam hidup ini, setiap yang berlaku ada lessons learned. 2 orang kawan aku itu, buat aku sedar bahawa aku tak patut buang kawan macam itu sahaja. Kita kena ada komunikasi. Benda kecil je kott. Aku yang cepat sangat melatah. Padahal benda itu boleh je kalau aku cakap, “aku tak suka kau cakap aku macam itu, macam ini”. FINE! Aku beritahu kaurang. yang seorang itu, dia suka cakap aku ni HITAM. Well, memang aku hitam dulu, err.. sekarang pun. Tapi taklah se-perti dulu. Kau tak percaya, kau dipersilakan tanya pada Mak aku, Pn. Nordinah bt Yahya. Kalau tak percaya gak, tengoklah IC aku. betapa selekehnya aku. =.=’ ya. Sebab itulah, imej itu penting. Kalau aku dibenarkan bercakap sedikit pada 2 orang itu, aku nak ucap, “TERIMA KASIH! Kerana kaurang berdua, aku ialah aku yang sekarang. Kerana kaurang berdua, aku sedar yang imej aku kurang elok. Kerana kaurang berdua, aku boleh ubah imej aku kepada yang lebih baik J. Itu yang aku maksudkan, lesson learned. Bila ada lesson, kita kena learn dari lesson itu. Ubah apa yang patut. Bukannya tahu belajar tapi tak apply.

Aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku minta maaf aku cuma boleh minta maaf secara random. Aku minta maaf aku tak akan pujuk sesiapa. Aku minta maaf aku terpaksa sakitkan hati seseorang. Aku minta maaf kalau dunia ini terlalu kejam bagi kau. Aku minta maaf masa berjalan. Aku minta maaf aku tak boleh ada perasaan yang tetap pada seseorang. Aku minta maaf aku cepat bosan. Aku minta maaf aku gelar kaurang mistakes. Aku minta maaf kalau pakaian aku buat mata kaurang locked pada aku. Jangan risau, aku pun mengalami masalah yang sama, pada seorang Abang Komander. XD
Hey, kita dah dewasa, OK? Aku minta maaf. Aku minta maaf aku tak akan pujuk sesiapa. Kalau aku merajuk, aku tak akan beritahu sesiapa. Aku akan bawa diri. & masa akan buat aku lupakan, memaafkan, serta menerima seseorang itu semula. Aku minta maaf, masa berjalan dan mengubah apa menghalang laluannya.  Aku minta maaf kalau cara aku terima seseorang itu berbeza dari sebelumnya. & kalau ada antara kaurang pula yang merajuk, jangan expect aku yang akan datang dan pujuk. LIFE IS NOT ALL ABOUT YOU!  Tapi kalau kau dah jumpa orang yang anggap kau adalah WORLD, kau dipersilakan merajuk.
Hey, kita dah dewasa, OK? Kau sepatutnya dah faham sistem ini. Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalunya cerah. Hujan tak kekal selamanya. Selepas hujan, pelangi akan muncul. Kau tak boleh expect yang pelangi hanya untuk kau sahaja. Kau dipersilakan rasa gembira tengok orang lain menderita. Tapi kau tak boleh expect negara kau akan sentiasa siang dan negara orang lain sentiasa malam. Kau dipersilakan benci perangai seseorang. Tapi kau tak boleh benci orang itu sebab diri dia.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]