i changed my mind. ;]

Aku pernah cakap, “Aku nak berkahwin dengan lelaki yang kaya, berkaliber, berpangkat dan berumah bungalow”.
Aku pernah cakap, “Aku tak kisah siapa lelaki itu, berapa umur dia, berapa helai rambut dia ada, asalkan dia kaya”.
Aku pernah cakap, “Aku nak Bunga Emas sebagai mahar”.
Aku pernah cakap, “Aku tak kisah suami aku nak kahwin lagi satu, asalkan kewangan dia lebih dari stabil”.

I changed my mind. Aku tak rasa aku nak berkahwin dengan lelaki yang kaya dan memiliki rumah bungalow lagi. Aku tak rasa aku sanggup berkahwin dengan lelaki-yang-botak-tengah-asalkan-dia-kaya lagi. Aku tak rasa aku nak minta bunga emas sebagai mahar lagi. Aku tak rasa aku TIDAK AKAN TIDAK ambil kisah jika sekiranya suami aku nak nikah lagi satu. Aku kisah, OK? Aku sangat kisah (in fact)! Aku MUNGKIN akan benarkan, kalau ( seperti yang aku pernah kata ) kewangan dia lebih dari stabil. Dengan berat hatinya, dengan tidak tahu bagaimana hendak mulanya, dengan bersimpang-siurnya, dengan beratnya, jari aku menjadi saksi kata-kata hati aku, ... . nampaknya, aku tak sanggup nak tulis. Maafkan aku, aku ubah fikiran ( lagi ).

Aku tak fikir tentang specific guys when i thought about this. Tapi aku sedar yang, aku mula berubah fikiran bila aku KENAL dia. Sebenarnya, aku dah lama dah jumpa dia. Tapi aku tak pernah cuma untuk ambil tahu tentang dia. Bagi aku, cukup sekadar aku tahu kewujudan dia & dia tahu kewujudan aku. Bagi aku, dalam masa beberapa tahun akan datang, aku akan tak ambil kisah tentang dia. Bagi aku, aku mungkin tak akan jumpa dia lagi dimasa akan datang, EVER again. Tapi sebelum waktu aku melupakan sepenuhnya kewujudan dia diatas muka bumi ini, aku diberikan peluang untuk mengenali dia. Waktu yang diperuntukkan untuk aku tidak lama. Tapi aku dapat belajar sesuatu. Tentang keikhlasan, tanggungjawab, dan kesederhanaan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]