Aku & SPM pertamaku


& aku harap yang terakhir juga.



23 Nov. 2010 / Selasa

BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 paper 1103/1 adalah yang paling special sekali. Sebabnya… aku TAK TIDUR semalam! Gilalah! Aku tak risau. Aku bukan risau. Aku tak boleh tidur. Sejurus selepas adik-adikku masuk bilik untuk tidur, aku terjaga & langsung tak boleh tidur. TT.TT gila. Weh. Gila. Bila pagi, aku mula risau pasal focus aku untuk jawab exam. Bila aku masuk, memang agak mengganggu emosi aku bila melihat tajuk untuk Bahagian A : "cara-cara blab bla bla hidup sihat" & antara isinya ialah, "rehat & TIDUR yang cukup". Benggang betul. & sesuatu yang extraordinary, kelakuan aku setiap kali exam penting menjelma tidak berlaku kali ini. Aku relax je. tangan tak menggeletar pun. Time trial, tak pernah-pernah aku anggap trial penting macam itu, aku cuak giller & tangan menggeletar. Seramm. & yang paling pelik ialah, tanda pen di jari aku tak banyak. Cair je. perghh!! Biasanya biru habiss tangan aku gara-gara menulis dengan dahsyatnya.
BAHASA MELAYU Kertas 2 1103/2 erm… paper ini… tak tahulah nak cakap apa. Tapi yang penting, biodata pengarang tak masuklah. Huhu. Nasib baik tak masuk. Kawan-kawan aku semua sibuk tolong-menolong antara satu sama lain menghafal. Aku pulak, relax je. konon-konon hafal je. itu pun sebab dah malas benar nak membaca KOMSAS. Fuhh! Memang agak legalah. Tapi aku teringat itu semua selapas keluar dari dewan. Nasib baik tak apa-apa. J hehe. & aku tak balik rumah sementara menunggu paper 1103/2 bermula. Malas aku nak balik. Dah lah tak cukup tidur, nak memenatkan badan lagi ke? Dah lah tak ada sesiapa yang nak ambil & hantar semula. Memang kerja gila & boleh dianggap cubaan membunuh diri kalau aku balik jugak. 


24 Nov. 2010 / Rabu

BAHASA INGGERIS Kertas 1 1119/1 – hehe. Kali ini aku dapat tidur yang cukup. Haha. aku tidur dari pukul 6 sampai 6 pagi 24/11. Tapi terdapat gangguan. Suruh aku solat Asar, Maghrib, & Isyak dahulu. J tapi yang aku bimbang ialah : OMG! Aku tak study lagiii!! TT.TT erm… tapi everything goes smoothly. Dun worry, OK? (tak ada sesiapa yang worry pun~ =.=)
BAHASA INGGERIS Kertas 2 1119/2 erm.. aku rasa OK jelah kot. Tapi yang aku pelik, kenapa paper BM & BI dilebel mudah? tapi aku sendiri pun rasa agak ***** (case of sensitive) tapi kenapa time trial killer-killer punya SUSAH??! && oh, aku keluar awal dari dewan. Bukan mudah sangat, tapi daripada aku buang masa dalam dewan. Termenung melihat jam yang aku Cuma nampak bentuk & warnanya sahaja itu, baik aku keluar & get ready for next paper, kan?? && oh, hahaha. Nampaknya tindakan aku keluar dari dewan itu break record dewanlah. Haha. aku orang pertama yang keluar dewan sejak 1103/1 sehingga paper yang terkini iaitu 1119/2.
TASAWWUR ISLAM Kertas 1 5226/1 – paper tasawwur. Hurm… entahlah. Nak cakap mudah. tak tahu nak cakap apa. Sebab ini baru 2nd time aku jawab paper tasawwur islam. 1st time buat ialah trial. Hehe. Trial aku dapat A. SPM ini… no comment lah. Hehe. Aku keluar awal tapi bukan orang 1st. #1, sebab aku nak check dulu. #2, sebab aku tak naklah keluar awal 2 kali berturut-turut. Tapi yang pasti aku keluar awal sebab nak balik cepat. Sebab nak balik cepat : NAK TENGOK CERITA RYUNG (IL JI-MAE). Oh, Ryung! Cantiknya Ryungg!! XD gila,kan? Tengah SPM pon boleh fikir pasal Ryung Qe aku lagi. Ha~ya. Lalu aku terus keluar meninggalkan rakan-rakan aku yang lain berjuang. Tapi ramai yang keluar awal Atiqah keluar last. Sebelum keluar, aku sempat melemparkan senyuman kepada Atiqah.
 
25 Nov. 2010 / Khamis

SEJARAH Kertas 1 1249/1erm… aku tak tahu nak cakap apa. Tapi breaking news : ATIQAH KELUAR DEWAN AWAL. Dahsyat! Semalam dia yang cakap dia tak nak menyesal keluar dewan awal. Dahsyat. Aku pulak, tak keluar. Khusyuk sangat jawab exam. Hahaha. XD perghh! Nightmare betul Sejarah ini. Betul-betul un-sangka-reble. Tahu tak, time trial aku dapat 44% sahaja. Sedangkan add. Maths yang aku sering
selalu ALWAYS FAIL itupun, aku dapat 46% & sejarah inilah yang paling teruk sekali. Merosakkan result aku yang dah hamper je nak cantik itu sahaja. Benci betul. Sebab itulah aku berjuang habis-habisan untuk paper 1249/1. Paper 1 lah harapan aku.

SEJARAH Kertas 2 1249/2 sementara menunggu paper 2 bermula, mereka-mereka pun membaca. & nampak gayanya, hanya aku yang khusyuk jawab paper 1. Orang lain semua (gengkey2 aku) dah keluar & mula mengulang kaji pelajaran. Ish3. Khusyuk benar aku ini. Tapi aku ini mengganggu dorang je. mentang-mentang dah malas nak baca, menyanyi-nyanyi lah. Berceritalah. Ryung Qe lah. Manusia Bodoh lah. Ish3. Buruk betul perangai. Bila paper start, aku takut betul nak tengok soalan-soalannya. Sama macam paper 1. Paper dah buka. Tapi tutup mata. Takut weh. TAKUT. SERAM. NGERI. & bila aku dah siap, aku agak-agak mana jawaban aku, aku gariskan guna pencil. Hehe. Lantak lah. Bila aku dah tak sanggup nak duduk lama-lama, aku pun keluar lah. & nampaknya aku tergolong dengan golongan budak kelas ART. Haha. budak kelas ART je yang dah keluar. Kebanyakkan yang terror belum keluar. Tapi yang pasti aku ada Katy sebagai teman. Ah! Tak mengapalah. Lagi pun lepas ini aku ada paper 5226/2.
TASAWWUR ISLAM Kertas 2 5226/2 fuhh! Paper ini yang paling special sekali. Bukan sebab paling senang gila. Tapi paling selamba gila-gila. Pengawasnya bukan jaga sangat pun. Siap boleh borak-borak sesama sendiri. Pastu, dorang gelak-gelaklah. Macam-macamlah. Macam kat kedai kopi pula. Selamba je. pastu muka masing-masing nampak sangat nak balik cepat. Lagi-lagi yang lelaki. Sekejap. Memang ramainya lelaki pun yang jaga kitorang hari ini. Itu tak apa lagilah. Yang paling dahsyat, rakan baik aku, Aika boleh berbual dengan jiran sebelah dia, Daniel. Dahsyat betul. Selepas itu, Daniel keluar & mulalah orang-orang keluar. Salah seorang pengawas itu pun, mulalah bergerak-gerak.pastu dia dok tanya Aika, "dah siap?". 
Aika : dah.

Pengawas lelaki : tak nak balik ke?

Aika : kejap lagilah.

Kemudian, aku pandang Aika. & aika pandang aku. Aku pun tanya, "nak keluar ke?" & dia tanya balik kat aku, "ko nak keluar ke?" aku pun jawablah… "keluar jelah. Jom!".

Perghhhh!!! Selamba badak je borak-borak time SPM. Hahahahahahahaha. Owh, aku tanya itu dengan nada yang sungguh tiada mood. Sebab, dah terlambat untuk aku berlari pulang untuk nonton Ryung Qe. (TT.TT) RYUNG! RYUNG! RYUNG! Kenapa kau tak tunggu aku, RYUNG?? Why? Timkai, Ryung Qe? Timkai??? (TT.TT) --- padahal Ryung Qe (Lee Jun Ki) itu orang Korea. ---

26 – 28 Nov. 2010 / Jumaat – Ahad

Jumaat, aku relax-relax kat rumah. & malamnya baru aku bukak buku add. Maths.

Sabtu. Hahahahaha. Aku tak percaya aku pergi PROTON Innovation & Family Fest 2010. hAHAHAHA. aktiviti aku, wall climbing & tengok lelaki kacak disana & tengok lelaki kacak main bola & makan makanan free yang disediakan iaitu KFC. Huhu. Aku datang sebab nak makan KFC & naik Go-Kart. Malang sekali, tak ada Go-Kart. (TT.TT) && oh. Anak Dato' Syed Zainal Abidin itu sungguh-sungguh KACAK. Dia main bola dengan ayahnya. Huhu. Kacak. Kacak. Kacak. Betul. Kacak. (aku ini tak ada kerja betul). && oh, aku tengok bola itu time Pengarah Atasan PROTON Vs. Bekas Pemain Professional Selangor FC. Perghh!! Hebat killer Bekas Pemain Professional Selangor FC itu main. Laju & padu sungguh sepakan mereka. Pengarah Atasan PROTON tadi lawan dengan staff, belasah 4-1. Boleh lah cerita. Pekerja mestilah bagi CAN (chance) kat BOSS. Haha. XD && oh. aku tengok si kacak tadi itu sebab dia itu dalam team Pengarah Atasan. Pelik aku. Sebab dia muda & kacak, tapi dah jadi Pengarah Atasan?? Selepas itu, syieta cakap itu anaknya Dato' Syed Zainal Abidin, Pengarah PROTON HOLDING SB. & dia bangga-bangga time PROTON Family Day, awal tahun ini dia jalan sebelah anaknya yang kacak itu. Heh. Lalu je pon.

Ahad. Aku terbangun awal. Tak tahulah kenapa. & aku bukak buku & jawab soalan maths. & tumpukan kepada soalan Bumi. Yang last sekali itu. Aku pergi kenduri kawin anak kawan ayah di Johan Setia & singgah di rumah nenekku. Kitorang bagi nenek tulisan nama nenek in Chinese Calligraphy. hurmm… tak lama lagi, kakak aku pulak yang kawin,kan? Umur dia sekarang 20. Dia nak kawin 23. Lepas itu aku pulak. Aku pun nak kawin 23. Paling-paling pun, 25. Eiieieieieieieie. Seram. Selepas itu, balik rumah & singgah GM KLANG. Adakah aku sakit? Atau aku tak sarapan? Atau aku tak tahan panas sampai aku hampir pitam kat GM?? Eiieieie. Dah lah esok ada exam. Buat cuak je.



29 Nov. 2010 / Isnin

MATHEMATICS Kertas 1 1449/1 – perghhhhhh!!!!!!!!! Aku tak pernah jawab soalan Maths sesusah itu! I even don't have enough time to complete it. This is the first time I can't finish 1449/1, 10 min. earlier! SUSAHNYERRR~
MATHEMATICS Kertas 2 1449/2 – aku siap awal & aku siap salin balik guna pen. (usually aku Cuma guna pencil. Senang nak padam kalau salah) & aku cukup masa pulak. Usually 1449/2 aku tak cukup time. Atau cukup-cukup time. & aku pun keluar awal. Hahaha. Terror sangat lah itu konon. Eiii. Jangan cakap macam itu. Seram. Actually aku keluar awal sebab nak gi tandas. Aku tak sukalah orang ikut aku pergi tandas. Jadi aku siapkan cepat. & keluar terus. Tak payah nak susah-susahkan orang. & bila aku pergi, nampaknya aku je yang dah keluar. Kawan-kawan aku sorang pon belum keluar lagi. & aku pun pergi tandas. Waktu itu, aku dah perasan yang calculator yang canggih itu ada dalam poket. Tapi aku malas nak patah balik sebab sakit perut. lagi pun, hari kat GM itu… sebelum aku lemah longlai, aku sakit perut dulu. Lepas ke tandas baru aku OK balik. Tapi selepas aku selesai, OMG! "Sesuatu. Yang tak. Disangka. Sesekali. Mendatangi kita. Itulah suratan dalam kehidupan. Tiada bertemu jawapan. Walau kita dihadapkan. Dengan berbagai pilihan. Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang KUDUS." calculator aku yang canggih itu terjatuh kedalam lubang tandas! Mula-mula itu aku terkejut. Selepas itu, "ah. Tak apa. Maths dah tamat". Selepas itu, "Physic? Add. Maths? Chemistry? Biology??" OMG! Can you believe that?? Mummy. It is so not real. I can't believe I did that. (TT.TT) how do I tell my mother about this? How would believe me if I said so??? Oleh kerana cuak, aku lupa dengan prinsip aku yang ke-5, "never ever touch SHIT!". Aku masukkan tangan aku ke dalam lubang tandas itu. Selepas itu aku.. ewwwww!! Cepat-cepat basuh tangan aku. & aku sungguh tak percaya aku buat semua itu. Aku jatuhkan calculator canggih aku dalam tandas! Calculator yang aku banggakan. (TT.TT) Aku cuba yakinkan yang semua itu tak berlaku. Aku belum kemuar dewan & calculator aku ada dalam dewan. Aku juga nak duduk dalam tandas itu sampai calculator itu ada balik dalam poket aku. Warghhhhh!!! Nasib baik aku tak gila. Bila aku sedar yang aku bertindak gila, aku terus keluar dari tandas itu. & aku nampak Tengku Emah. Dia tanya aku, "nak balik ke?" & aku dengan tak ada perasaanya cakap, "YA!". & dia suruh aku tunggu & aku menurut. Aku betul-betul tak percaya yang aku. Buat. Semua. Itu. Aku masih tak percaya yang aku jatuhkan calculator canggih aku dalam tandas. (TT.TT) Mommy! Help me!! (masih terbayang dimata ku cara calculator canggih aku jatuh kedalam lubang najis itu) TT.TT

p/s : nasib baik hari ini ada cerita Ryung Qe. Kurang sikit resah dihati.


 

30 Nov. 2010 / Selasa

PENDIDIKAN ISLAM Kertas 1 1223/1 erm… aku rasa aku dah berjaya melupakan kenangan kita (aku & calculator) bersama. & aku menjawab exam itu sehingga tamat waktu peperiksaan walaupun aku siap awal hahaha. Sengaja tak nak keluar. Sejuk pulak dalam dewan ini. Kahkahkah. Nampkanya ramai yang telah keluar. Hanya aku & atiqah sahaja yang betah di dalam dewan. Eh! Serius lah. Hari itu dewan sejuk. Betul. Tak tipu. Betul.
PENDIDIKAN ISLAM Kertas 2 1223/2 – haha. aku tak tahu kenapa aku ketawa. Aku Cuma rasa nak ketawa. & kali ini aku keluar awal. Kenapa? Sebab aku dah siap. Lagi pun, pengawas-pengawas petang itu dah nasihat awal-awal. Kalau dah siap itu, baik keluar & balik jelah. Tak payah nak asyik-asyik keluar pergi tandas, tidur, dll. Heh! Tiba-tiba aku terasa pula. Haha. mesti dia cakap pasal calon-calon di dewan. Memang dorang asyik nak keluar je pon. Time sejarah paper 2, aku keluar awal. Aku nampak seorang awek pengawas ini dah keluar. Dalam 15 minit kemudian, aku nampak dia jugak yang keluar pergi tandas. Pelik betul. Hahahahaha. Sebab itulah aku keluar awal. Daripada kena sumpah-serapah pengawas-pengawas itu, baik aku all alone pergi ke tandas. Bila aku dah siap, aku pon keluar sebab rakan-rakanku banyak yang dah keluar. Aku lupa nak bagi tahu, impian aku untuk jadi calon pertama tertunai time Tasawwur & Pend. Islam paper 2. XD hahahaha. seronoknya!! (apa yang seronok?)

p/s : hari ini balik awal, jadi boleh tengok Ryung Qe. J

1 Dis. 2010 / Rabu

ADDITIONAL MATHEMATICS Kertas 1 3472/1 – yang pasti aku datang.

ADDITIONAL MATHEMATICS Kertas 2 3472/2 – lebih baik kalah bermaruah, daripada kalah menyerah,kan??


2 Dis. 2010 / Khamis

PHYSIC Kertas 1 4531/1 – something is better than nothing.

PHYSIC Kertas 2 4531/2 - benggang betoll! Radioactivity tak masuk langsung!!! Itu satu, & satu lagi perkara yang memeranjatkan, kawan aku, Cuada JUMPA BUKU PHYSIC DALAM TOILET! Oh… actually, aku tak berapa nak terkejut. Seperti yang aku pernah & selalu cakap, budak sekolah aku lebih-lebih lagi budak kelas aku, memang hebat dalam bab tiru-meniru ini. Tetapi nampaknya budak kelas aku itu tak lah seberani macam budak kelas Delima (Perdagangan). ---disyaki budak perempuan Delima yang meniru sebab buku itu ada nama dia. Oh, apalah nasib dia, ya? ---

PHYSIC Kertas 3 4531/3 – aku keluar awal. Kenapa? Dah siap hantam. Keluar jelah. Hahahaha. XD lepas itu lepak dnegan Tengku Emah, Faliq, Amirul, & Acap (rasanya). Selepas itu…. Erm… pergi 7/11. & lepak dengan Tengku kat tepi jalan. & gossiping. Hahahahaha. Tak sangka kau pun ada feeling yang sama dengan friendship dorang, Tengku. J

6 Dis. 2010 / Isnin

CHEMISTRY Kertas 1 4541/1 – baiklah. Sangat-sangat susah. Apa lagi nak komen?? Erm… rasanya ada. KENAPA PENSIL AKU NI BUAT MASALAH PULA NI??? APEHAL KAW ASYIK PATAH, HUH??!

CHEMISTRY Kertas 2 4541/2 – erk. Sungguh tak ku sangka. Mana perginya soalan salt & soap??? MANA?!!

CHEMISTRY Kertas 3 4541/3 – cerita il ji-mae ada hari ini. Maaf ye?? Saya 'terpaksa' keluar awal. Maaf!!



8 Dis. 2010 / Rabu

BIOLOGY Kertas 1 4555/1 – I know the facts that… today is my final moment as a high school student. & I'm nervous.

BIOLOGY Kertas 2 4555/1 – paper 2. Sungguh. Sungguh. Sungguh. Susah. TT.TT I feel like crying. Keluar awal setalah menghentam agar saya tak pengsan kat dalam dewan itu.

BIOLOGY Kertas 3 4555/1 – paper 3. Keluar awal. Spent time dengan kawan-kawan. Wow! Tak pernah aku sangka aku akan rasa macam ini. Rasa macam… kawan-kawanku, selamat tinggal. Pilunya!! && oh, time budak-budak dewan struggling nak jawab soalan 4555/3 yang sungguh-sungguh susah itu, kitorang pergi jalan-jalan pusing sekolah. Berdiri ramai-ramai atas pentas & mengamati pemandangan sekolah itu. & sekolah itu… besar juga rupanya. J



& keesokan harinya, kami pergi ke Jusco BBT untuk celebrate. Best ke? Erm… biasa je. cara kitorang celebrate ialah, tengok wayang. Kenapa? Sebab… tiba-tiba aku rasa macam nak membazir duit pula. Hahahaha. (sebelum ini, aku lah orang yang paling tak nak tengok wayang sekali) dorang sume macam tak percaya je. aku… tak faham kenapa dorangtak percaya sangat. Tapi… tak kisahlah. Tapi… tamat sekolah ni tak ada lah best sangat. Rasa macam bosan gila-gila je adalah. Urghh!!! Bosannya. Game NFS Underground 2 pun tak dapat menghilangkan rasa bosan ini. L kenapa?? Kenapa?? Oh, aku baru perasan… sejak tamat sekolah ini, aku selalu bawa handbag. Huh?? Apa dah jadi pada aku??

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]