Terlalu HEBAT.

Assalamualaikum.

Olla.

Kali ini, aku nak bercakap tentang sesuatu & kali ini, aku tujukan kepada kaum lelaki. Walaupun aku tahu reader/s aku bukanlah dalam kalangan itu tapi… Tapi salah mencuba.

Baru-baru ini, aku ada terjumpa satu BLOG CINTA. Kumpulan yang kononnya terdiri daripada manusia-manusia yang benar-benar mengerti cinta. They call themselves as, TERFAKTAB.

Aku tak nak mempersoalkan tentang nama mereka. Mungkin itu nama yang paling hebat yang boleh diorang boleh come out with ; kita tak boleh salahkan kreativiti mereka.

Aku nak mempersoalkan tentang kredabiliti mereka sebagai sekumpulan manusia yang ‘berkuasa’ mempengaruhi tindak-tanduk gadis-gadis yang inncocent, yang bendul.

Adakah aku akan gunakan perkataan ‘bendul’ untuk describe kaum aku & diri aku sendiri? Yeah. Kenapa? sebab, memang kami ni bendul pun. Suka sangat dengar cakap lelaki. Percaya sangat dengan lelaki.

Tak. Aku tak anti-lelaki. Ayah aku lelaki, aku ada adik lelaki & sepupu-sepupu lelaki aku kacak. kalau tak percaya, tengok gambar kat bawah tu, 2 orang lelaki kat belakang tu sepupu aku.

Aku memang pernah dengar pasal TERFAKTAB ni. Sebab aku ni pun dulu salah seorang budak perempuan yang suka membaca blog The Other Khairul. Tapi, aku dah lama tinggalkan blog tersebut kerana aku rasa aku masih terlalu muda untuk kandungan blog tersebut. Tak. bukan lucah. Cuma… tak sesuai untuk aku.

Tapi nampaknya ada kawan aku yang lebih obses dengan kata-kata cinta, nasihat & pandangan TOK sehingga turut tertarik untuk menjadi pembaca TERFAKTAB. & suatu hari, dia tweet link TERFAKTAB. Aku pula, tergerak jari untuk klik link tersebut. tapi nampaknya bila aku klik ke link tersebut, memang satu tindakan yang salah sebab… Aku masih belum sesuai untuk ke blog itu. & nampaknya, aku bukanlah salah seorang gadis yang di – “welcome” di situ.

WHY?

Sebab aku jadi diri sendiri.

Dalam 3 atau 4 tajuk yang terpapar di home page TERFAKTAB, aku hanya tertarik untuk membaca 1 tajuk je. Tajuk mengenai pakaian yang menjolok mata. Penulis, seorang lelaki.

_DSC1172

“Disebabkan ramai wanita di dunia, ada sesetengah mereka memilih untuk memakai pakaian yang menjolok mata bagi menarik perhatian lelaki kerana gusar dengan nisbah 9:1 yang dikhabarkan golongan ulama untuk menakutkan umat Islam di akhir zaman membuatkan mereka rasa terancam dengan banyaknya saingan di dalam sirkulasi kehidupan mereka.”

Menurut pemahaman minda cetek aku…
Dia kata, bukan pakaian seksi sahaja yang yang menjolok mata… Pakaian yang berwarna terang pun sama.
Dia kata, gadis-gadis sekarang desperate nak laki.
Dia kata, semua ini terjadi gara-gara ulamak-ulamak yang mengeluarkan fatwa bahawa sekarang ni akhir zaman sebab jumlah lelaki sekarang ni lagi sikit daripada perempuan. So, perempuan-perempuan pun cuak lalu pakai pakaian yang menjolok mata semata-mata untuk menarik perhatian kaum adam.

DUDE, PLEASE!
kenapa Abang salahkah ulamak, bang? bagi saya, apa yang ulamak cakap tu betul. Mungkin Abang boleh bagi saya fakta tentang ratio jumlah lelaki kepada wanita seluruh dunia. Tapi Abang boleh jamin dengan saya yang dorang tu bukan orang tua nyanyok? bukan orang tua gatal dah ada isteri 4? bukan kasanova? & most importantly, bukan GAY? Lelaki apa yang boleh di buat laki kalau dia Gay, Incik Abang? So, bagi perempuan-perempuan yang baik, dia mesti nak kat lelaki yang baik. Mesti tak nak kat kasanova, right? Kalau perempuan jalang mungkinlah tak kisah.

So, nak cakap yang kalau perempuan itu perempuan yang baik-baik, dia akan pakai baju yang elok-elok. Yang labuh, yang TAK MENJOLOK MATA.

OK. saya terima. Tapi, abang… saya rasa abang akan setuju kalau saya kata yang tak semua awek bertudung itu baik. Malah, ada awek free-hair lagi baik daripada awek tudung, kan? Jadi, adakah itu bermakna bahawa awek yang bertudung ini tak akan boleh lawan kebaikan awek free-hair tu? & adakah itu bermakna bahawa awek bertudung yang bergaya itu jahat? So, you’re telling me that awek free-hair & awek yang bertudung labuh je yang baik dalam dunia ni? Owh… I have heard some idiots tells me that. Should I believe that idiot?

560336_163032120494777_100003639712110_221928_115385147_nAbang, biar saya beritahu abang sesuatu. Saya sukakan warna yang colourful. Since I was form 3 (now, I’m 19), I imagine my wedding will be something VERY RARE because it is COLOURFUL. I don’t even think I need a Wedding Planner because I don’t think anyone ever think of Colourful Wedding before. XD XD

What? Do you want to stop me? Come on, TRY!

Jadi, salahkah saya kalau saya suka warna warni? Jadi, saya kena berhenti berangan tentang My Colourful Wedding semata-mata sebab LELAKI tak rasa nak kawen begitu?

OLYMPUS VG-120Abang, saya cuma jadi diri saya sendiri. Salahkah? Lagi pun, cuba abang bayangkan kalau semua perempuan dalam dunia ini nampak macam perempuan idaman abang. Tak ke susah abang nak cari bini? Biarlah kami nampak berbeza. Salahkah kami sebab senangkan kerja abang?

 

Biarlah saya nak berpakaian macam yang saya suka. Abang ingat saya pakai baju sebab nak tarik perhatian abang je ke? Hello~ Saya pun ada life, OK? Saya memang suka pakai macam ni. Macam saya tak salahkan abang & geng-geng abang untuk namakan geng abang, TERFAKTAB ; jadi janganlah salahkan saya sebab kretiviti saya dalam berpakaian.

Lagipun kan, abang… Kalau abang & kawan-kawan abang rasa macam itu… tak bermaksud semua lelaki dalam dunia ini rasa macam itu. Saya ada prinsip tau abang, prinsip saya itu ;

“Lelaki yang tipikal memang akan tertarik pada perempuan yang tipikal”

Saya rasa… mungkin abang pun salah seorang daripada lelaki-lelaki yang tipikal itu. & You know what? I’m not planning to marry a typical guy. Smile

Abang, abang pernah dengarkan yang perempuan lebih cepat matang daripada lelaki? Saya rasa saya dah cukup matang untuk berbicara tentang perkara serious macam ni. Harap abang boleh terima & maafkan saya kalau abang rasa saya ni kurang sopan.  & Sorry lah kalau abang rasa bahasa saya ni kasar. Manis Sinis Ku, remember?

Wassalam.

Comments

  1. most people doesn't understand us like we did so just show them we can survive as us as long as we didn't overboard the syariah.. ^__^ Islam itu mudah tapi jgn permudahkan Islam.. live the way u wish ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]