Pembohongan?

Aku benci pembohongan. Sangat-sangat BENCI!!!! Tapi tipulah kalau kata aku tak pernah menipu. memang aku pernah menipu. Tapi aku dah berhenti membohong sejak aku sedar yang pembohongan itu hanya akan membawa kepada SAKIT HATI, KECEWA, dan DENDAM. Namun, pada masa yang sama aku juga tak boleh janji yang aku akan sentiasa bercakap benar. Aku tak berani nak berjanji.

Walau setinggi mana, sebesar apa pun kebencian aku terhadap PEMBOHONGAN, aku tak boleh nak hentikan fenomena ini dari berleluasa. Aku bukan anak jutawan, bukan anak steve jobs, bukan anak Queen of England, bukan anak Menteri Pelajaran Malaysia.

Kerana pembohongan jugalah, aku tak suka tengok cerita cinta. Lebih-lebih lagi cerita cinta Asia.

mungkin Ryan Higa faham perasaan aku. TT.TT

Aku pernah percayakan cerita cinta. Aku sangat percaya dan aku harap aku dapat merasai cinta yang diketengahkan seperti dalam cerita itu. But at the end of the day, semuanya end-up dengan kekecewaan. Cinta yang ditayang dalam TV, MOVIE and all tak sama macam yang berlaku dalam realiti. Ingat senang ke nak bangkit dari kekecewaan yang berlaku kerana kita salah sangka? Benda yang selama ini kita anggap benar tapi sebenarnya palsu!! Ingat senang ke?!! SUDAH LAH! Hentikan penipuan anda wahai penulis novel, pengarah filem, pelakon handalan, dan serbuk pencuci yang kononnya bersih dengan sekali lap. Bohong betul. dah lah tak bersih dengan sekali lap, tak terus kering pulak tu, pinggan aku cuci.

ini baru reality.

Jadi tolong jangan ajak aku tengok cerita cinta Asia kat cinema. Aku tak minat. Cerita cinta Omputih aku boleh terima sebab kalaupun cerita itu tak benar, palsu dan lain-lain lagi, sekurang-kurangnya aku dalam mesej yang cuba disampaikan melalui cerita itu. Moral dia ada, walaupun SX18 pun ada.

crazy-stupid-love-poster

Aku terlalu bencikan PEMBOHONGAN sehingga aku tak suka pada sesetengah cerita rakyat. Aku tak faham, kenapa ada cerita rakyat yang mengetengahkan tema PEMBOHONGAN. & yang peliknya, PEMBOHONG dalam cerita itu bukan di keji, di caci. Malah di angkat sebagai seorang yang bijak. “Kancil yang Cerdik”. Wath??!! WEHH! macam mana tak rosak generasi kita? Kecil-kecil lagi dah di galakkan menipu. TOLONGLAH! Kalau awak anak saudara Menteri Pelajaran Malaysia, tolonglah usulkan kepada dia supaya hentikan menyebaran cerita “Sang Kancil dan Buaya” ini. Kalau awak kancil2kenal anak Menteri Pelajaran Malaysia, tolonglah minta dia usulkan kepada ayah dia supaya HARAMKAN cerita “kancil yang bijak” ini dalam Malaysia. Kalau awak ANAK MENTERI PELAJARAN MALAYSIA, tolonglah minta ayah awak hentikan serta mengharamkan pencetakan, penerbitan, dan apa-apa lagi yang boleh menyebarkan cerita yang tak bermoral ini. Oh! dan sila usulkan juga, Pengawas-pengawas sekolah pakai kasut sekolah berwarna putih. Murid-murid biasa pakai kasut warna hitam. Yeah. Barulah layak markah extra-koko pengawas-pengawas tu dapat. Ini tak, murid biasa kena basuh kasut tiap-tiap minggu, tak dapat markah extra, pengawas yang tak basuh setahun tu dapat markah extra. heh! Wath? DAFUQ?

Jadi TOLONGLAHH! Jangan hancurkan kepercayaan orang lain yang telah diberikan kepada anda. Kerana sekali anda berbohong kepada orang yang mempercayai anda, dia tidak akan percayakan anda untuk selama-lamanya.

FINAL LETTER142

Dan apabila awak ada FAKTA. Jangan tunggu orang bertanya dahulu, baru awak beritahu. FAKTA adalah untuk dikongsi. Kalau disimpan, dunia tak akan berkembang. Walaupun fakta itu MUNGKIN akan menyakitkan hati orang. But a fact is a fact! Sooner or later, dia akan tahu, dan dia kena tahu! Dan masa yang paling baik untuk anda beritahu orang lain tentang fakta itu ialah apabila anda pasti fakta itu ialah fakta dan bukan auta ( Tolong jangan sebarkan auta ). Sebab lagi lama anda simpan fakta, lagi lama orang akan tertipu dengan auta.

87

Akhir kata ; jangan sembunyikan kebenaran daripada orang yang mempercayai anda kerana dia akan menyalahkan dan menganggap anda berbohong kepadanya selama mana anda menyimpan kebenaran itu.

well, memanglah aku selalu cakap ; “kau bukan menipu, kau cuma tak beritahu keseluruhan cerita”. Tapi itu bukan alasan untuk sembunyikan fakta daripada orang lain. Itu cuma alasan untuk keluar jalan-jalan je, OK! JANGAN GUNA KATA-KATA AKU UNTUK MENIPU DAN MENYEMBUNYIKAN FAKTA!

Sii Ya!! XD

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]