Gaya 258 : Warna & Citarasa

Hey, apa khabar? Yaa. Aku dah kembali kepada mood berbahasa Malaysia aku. XD HAHAHA. AKu telah sembuh dari mind-control parasites Hank Green. :P

So, let’s straight to da point! Jadi, jom kita terus ke topik sebenar!

Perkara yang perlu diambil berat sebelum memilih gaya ialah, DIRI KITA SENDIRI. Iaitu, warna kulit, saiz badan dan citarasa. Ketiga-tiga perkara ini mesti bergerak seiring. Always remember that.

Aku rasa aku kena highlight CITARASA sendiri.
Oleh kerana aku tak tahu zaman bila kaurang baca post ini, jadi aku akan beri nasihat random ;

“Jangan beli pakaian yang anda tak suka walaupun kawan-kawan anda menyakinkan bahawa pakaian itu sesuai dengan anda.” @emjay258

Jangan sesekali terpedaya, OK? Whuats the point pakai pakaian yang kita tak suka semata-mata untuk tarik perhatian orang yang kita tak suka? Only DESPERATE LAME would do that. And you. Yes, YOU, my dear readers, are NOT desperate lame. Plus, you’ll only looks uncomfortable, tension and unattractive.

Beli apa yang anda berkenan sebab anda berkenan, bukan sebab itu baju yang paling HOT  abad ini & its on 80% discount. Wait. Erm… kalau betul ada 80% discount, mungkin awak patut re-consider about buying it. :P hehe.

TETAPI, citarasa awak mestilah kena dengan awak, OK? janganlah sebab awak suka leopard print, kasut, seluar, baju, tudung semua awak taram leopard print yang sama warna pula tu. Jangan cari aku lah kalau kau kena tinggal dalam ZOO, kan?

leopard

HABIS TU NAK BUAT MACAM MANA?!! TADI SURUH IKUT CITARASA SANGAT!
ehehe~ itu bagi yang sudah mengerti & sudah ada citarasa tersendiri yang classy. Bagi awak, Leopard Girl… awak perlu faham & terima konsep ‘warna kulit & saiz’ ;

#1, Warna Kulit.
Warna kulit memainkan peranan penting untuk kita memilih pakaian. Berikut merupakan panduan memilih mengikut warna kulit :

Kulit Cerah : kaurang adalah orang yang bertuah kerana dilahirkan cerah, dan kebanyakan warna kaurang boleh taram. Tapi ada 1 kumpulan warna yang kaurang tidak digalakkan pakai ; warna pastel.

pastel warna

You think she look nice? OM-D. Please~ HAHAHA. Maaflah. rasa macam ada roh 'fashionista’ masuk dalam badan aii. OK. Dia memang cute. Tapi warna itu tak sesuai. Tak menonjolkan diri dia, don’t chu think? Dia macam invisible. Tengoklah. dia pakai sexxy, tapi tak nampak sexxy pun. Sia-sia. Sia-sia.

Kulit Kuning Langsat : kaurang pun bertuah juga. kaurang nampak cerah, tapi kuning sikit. Apa pendapat aku, kuning langsat lagi lawa dari cerah. Sebab kaurang macam coloured. yang cerah macam plain ; boring. Ops. hehe~ Kaurang sesuai dengan warna tropika.

tropika

Aku tak bergurau. Dan aku tak mempermainkan kaurang, OK? Warna-warna seperti diatas sesuai dengan kaurang. Nampak tak advantage kuning langsat? hampir semua warna suites you. XD

Kulit Sawo Matang : Aww~ gadis melayu terakhir. XD XD Kaurang sesuai dengan warna gelap yang… berwarna. HAHA. Aku suka panggil warna yang elegant. Macam warna kereta. :P

ungu merah oren

Kebanyakan tips fesyen menyatakan bahawa awak sesuai dengan warna ungu, oren dan merah hati. Warna kereta lah tu, kan? HAHA. XD

Kulit Gelap : Aku faham dilema kaurang. Memang agak sukar nak pilih baju. :( Tapi ini dia penyelesaiannya ; warna tanah yang lembut~ XD XD DAFUQ “warna tanah yang lembut” ??!! aku google bagai nak gila tak ada satu pun yang beri specific answer!!  Hey, chill. Warna tanah yang lembut simply means, setiap warna yang kaurang pilih, ada ‘kecoklatan’ nya yang tersendiri. macam… light red-brown, yellow-brown, & so on. :D Tapi jangan pilih yang gelap sangat, OK? Nanti kaurang tenggelam. Black? sure can. Every1’s fits in black. :D

coklat tanah lembut

#2, Saiz
Sensitive issue, huh? heheh. aku pun tak boleh nak kupas lebih lanjut tentang saiz di sini sebab saiz ada banyak. eg : jeans, kasut dan baju. Kalau nak tulis sekali gus, memang memang memang sangat panjang. Kaurang tak akan sanggup nak baca, dan aku sendiri tak sanggup nak menulis. Jadi, aku decide untuk berhenti di sini dahulu.

tips : Kaurang TERIMA SAHAJA apa yang aku dah beri. Jangan pertikaikan. TERIMA SAHAJA DAHULU. Insyaallah, sekiranya umur aku panjang, aku akan beritahu apa yang aku tahu selanjutnya dalam entri-entri yang akan datang, insyaallah.   :)

nak tanya apa-apa? tanya kat formspring, kay? sii ya!

Yang WATH??!!
Maryam Jamilah (MJ)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]