Gaya 258 : Rules & Tips ; BAJU.

Hey-YA! XD Kita bertemu lagi dalam Gaya 258. If you read this maknanya kaurang sukakan entri aku yang lepas tentang Gaya 258. Aku harap kaurang dah terapkan apa yang aku tulis. So, kali ini kita akan cakap pasal baju pula, ya? Winking smile

Seriously, kalaulah aku cukup peralatan, aku teringin sangat nak menggila depan kamera sorang-sorang dalam bilik ; macam Ryan Higa. Tapi, apakan daya. Bilik sendiri pun aku tak ada, video editor aku pun yang free punya je. tak dapatlah aku terkinja-kinja depan kamera. Jadi, terpaksalah kaurang baca apa yang aku merapu sambil menggunakan imaginasi kaurang.

Cuma ada dua (2) rules dalam memilih baju.
Rule #1, Tidak ketat
Bila aku cakap tidak ketat, itu tak bererti orang saiz S kena beli saiz XL. Tidak ketat bererti, baju yang kaurang pilih itu janganlah 100% melekat kat body. Huduh, tahu? Huduh.
32

Rule #2, Appropriateun
Appropriate bermaksud, patut – Berpatutan. Aku tahu, banyak fesyen sekarang ini GILA. You know why? You know why? Dia buat baju lengan panjang, tapi kat bahagian lengan itu, jarang sungguh! Melainkan kaurang pandai dan rajin menjahit, JANGAN BELI BAJU CENGGITTU! Sebab baju seperti ini tak sesuai digayakan bersama inner. tapi, janganlah juga penuhkan almari baju kau dengan long-sleeve T dan kemeja sahaja. Variasi lah sikit~

Macam mana variasi tu? itu bergantung kepada citarasa kaurang juga. Tapi ada barang2 Must Have.

#1, Inner
Kaler yang disarankan adalah kaler hitam / putih. Bergantung kepada anda untuk pilih lah. Bergantung kepada warna baju-baju anda sebenarnya. Kalau banyak warna lembut (pastel), elok beli warna putih. Kalau warna striking, sesuai warna hitam. Kalau ada dua-dua pun elok juga. Oh, dan kalau boleh inner tu tak perlulah yang ketat. Did i mention that baju yang ketat adalah penyebab jerawat tumbuh kat belakang badan? So, beli t-shirt kosong sebagai inner is… always the smarter choice.

#2, CardiganOLYMPUS VG-120
Cardigan ada banyak jenis. Ada pendek, ada panjang, ada corak-corak banyak, tak ada corak langsung. Sila ikut creativity awak untuk memilih warna. Tak salah pilih cardigan yang warna kontra dari kebanyakkan baju awak. Kadang-kadang kontra itu attractive. & Contra’s attractiveness is ALWAYS a good attractive. & kalau awak nak nampak tinggi, cardigan pendek boleh membantu memberi ilusi kaki panjang. XD (sebab itu aku lebih suka cardigan pendek. :P nampak tinggi kan aku dalam gambar sebelah?) Bagi yang comel-comel tu, disarankan awak memilih boyfriend cardigan. Cardigan ini agak besar, tapi cardigan jenis ini mampu memberi kemasan pada bentuk tubuh. (cardigan kelabu)cardigan

#3, Accessories
boring lah baju anda tanpa sebarang accessories. Pakailah rantai yang panjang ; again, nampak tinggi. Oh, & don’t ever forget ; TINGGI ITU KURUS. Nampak tinggi = nampak kurus. Dan dengan accessories, baju murah pun boleh nampak mahal. Really.

Extra-extra! XD
ilusi nampak tinggi ; corak kecil-kecil, garisan menegak.
ilusi nampak berisi ; corak besar-besar, garisan melintang. Warna putih.
ilusi nampak kurus ; corak kecil-kecil, garisan menegak. Warna hitam.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]