Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012. :)

one (1) big happy happy family

Ya. aku tahu. dah lambat gila. dah nak habis dah pun. Tapi RAYA ni, SEBULAN JE, OK? & aku memang obses dengan raya every second of my life! aku nak makan rendang everyday. Aku suka nasi impit setiap masa! Siapa-siapa yang ada banyak stok kuih raya & tak boleh habis kan, Anda dipersilakan kirim kepada saya. SmileAku sudi terima asalkan belum expired & free.

tercekik kuih raya

OK. Enough with kuih raya, rendang & all. ada orang sedang berpuasa. Mari kita hormati mereka.tudung rainbow

Jadi, di kesempatan ini… aku menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala salah silap aku pada anda semua. Terutamanya, kepada kawan-kawan aku yang bersama-sama belajar di UiTM Perlis. Aku tahu, aku banyak salahnya. Aku selalu moody tak tentu hala. Kejap senyum, 5 minit kemudian marah-marah & 15 minit kemudian terhegeh-hegeh lepak bilik kaurang. =.=’ Tapi itu semua di Part 2, kan? aku tak macam dulu dah. Aku dah berubah. Aku sedar. Aku minta maaf sangatss sangatss kalau kaurang terasa dengan aku. Sebenarnya, berat hati aku nak buat begitu. Tapi aku sedar yang… semakin lama aku dengan kaurang, semakin banyak salah aku dengan kaurang. Aku just tak nak kaurang BENCI kan aku. Jadi, sebelum orang benci, baik kita berhambus, kan? itu je tujuan aku. Again, aku minta maaf, OK? tapi rasanya aku tak penting pun, kan? kaurang masih boleh hidup happily ever after tanpa aku. Smile

& kepada orang yang melekat dengan aku sem ini, esp,  Fatimah. Aku pun nak minta maaf juga sebab selalu moody tak tentu pasal. Masalah mental. Aku tak tahulah kenapa, tapi semakin lama aku kat sini, semakin aku rasa… homesick. Pasal homesick, akan aku kupas nanti. dalam post yang akan datang. So Sorry, OKeh?

Aku memang seorang kawan yang teruk. Aku cakap dalam cerita ‘Hang Jebat Penderhaka’, Hang Jebat lah hero sebenar sebab dia mempertahankan kawan dia. Even Hang Tuah bunuh dia di akhir cerita, tapi dia tetap sayang & percayakan Hang Tuah. Cerita tu sedih gila kott. Dari kecil lagi, aku dah terharu dengan semangat persahabatan Hang Jebat.

Tapi sampai sekarang, aku tak mampu ada semangat seperti itu. Kerja aku, buang kawan. buang kawan. buang kawan. dari kecil. sampai sekarang. Kaurang ingat aku tak sedar salah aku? Aku sendiri sedih dengan sikap aku ni. Aku cuba ubah. Tapi apa yang aku mampu buat ialah, mengelak. Supaya kaurang tak perlu sayang orang yang teruk macam aku ni.

Hari tu, aku kemas-kemas barang-barang dalam bilik aku yang berserabut ni. & aku jumpa surat-surat kita dulu. Sayang nak buang. Sayang sangat. Aku rindu masa-masa kita part 1. Sangat innocent. Sangat berani. Sangat… aktif. Dalam surat-surat tu, banyak kaurang tulis bahawa kaurang sayangkan aku. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Aku seorang kawan yang teruk. Aku tak mampu balas sayang kaurang tu balik. Sebab itu aku mengelak. Aku malu dengan kaurang. Aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat!

Jadi, janganlah sayang aku sangat. Aku tak mampu balas sayang itu.

polka dot
sebab aku dah beri sayang itu pada mereka (dihari raya - 2012)

kucingkucing
&& mereka. Smile 
(di hari perkahwinan sisi-mae & abang-mae – 2012 ; bubu-bubu penat rewang. :3)

Bruno Mars
oh,oh, OH! dia. XD XD (gambar boyfriend aku masa kecik. <3)

& kepada manusia-manusia yang PERASAN & TAHU bahawasanya, “AKU BENCI AKAN KAU!”. Ya. memang. Memang aku bencikan kau. Tapi kau perlu tahu sesuatu. Kau tak salah. Sikit pun tak salah. memang semua salah aku. Salah aku ialah, percayakan kaurang. Padahal kaurang tak cakap apa-apa pun. Aku yang expect lebih-lebih. Aku cuma terlalu ego untuk mengaku salah aku. & aku tak nak terbeban dengan perasaan bersalah itu, lalu aku sandarkan kesalahan itu pada kau & bencikan kau. Aku dah lama maafkan kau. Sincerely said. Aku cuma… masih tak dapat maafkan diri aku sendiri.

Kaurang tak perlu tunjuk aku apa salah aku. Aku sedar salah aku. Aku cuma tak boleh berhenti. Aku minta maaf, OK? tolong doakan semoga aku dapat berubah.

Have A Wonderful Raya, fellas!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

_DSC1247
Kira kita 0-0, ye? Winking smile

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]