My Type. <3

Olla. Open-mouthed smile

how r u doing? Iyelah. Bosan tahap Sawan Babi baru nak melawat aku, kan?? aku paham sangat dahh. Iyelah, siapalah aku. Aku hanya seorang insan yang forever alone. kahkahkahkah. LAWAK. Aku? Forever Alone? memang tak lahh. Boyfriend aku, nak lunch je pun kat NY keh? Sorry lah aku forever alone. Boyfriend aku tu yang forever alone. nak lunch bukan nak ajak aku. Sakaii! Annoyed

OK. Hari ini, aku nak beritahu serba sedikit tentang manusia yang memikat menarik mengikat hati aku kepadanya. contoh yang terbaik adalah, boyfriend aii tu. ahaks! XD XD

_DSC0175

#1, kawan yang low-profile.
Kawan yang low-profile is awesome! Life dengan dorang is a life with less gadgets. Less gadgets = lebih rapat. & kalau pun kami-kami ini tak ada kereta, tapi naik bas pun FUN apa. Apa-apa hal nanti, senang nak lari dari rumah. Kita dah tahu macam mana nak naik bas. HAHAHAHA. XD XD XD Seriously, aku tak boleh tahan dengan hidup aweks-aweks HAWT. Aku pernahlah, kawan dengan manusia-manusia HAWT. Tapi aku tak rasa jiwa aku sesuai dengan dorang. Life style dorang lain sangat dari life-style aku. Lagipun, aktiviti yang diaorang buat sangat pelik dan langsung tak best. =.=’

_DSC0085

#2, kawan yang pandai jaga hati.
Ini sangat penting bagi menjamin masa depan persahabatan. Memang budak-budak zaman sekarang cakap, “kawan baik memang akan cakap lepas”. HAHAHAHHAHAHAHAA. NO. aku tak setuju. Aku tak suka orang yang cakap, “Woi. kau hodoh gila hari ni” pada aku setiap Hari Ahad / Isnin / Selasa / Rabu / Khamis / Jumaat / Sabtu. TAK. OK? TAK. Aku tak suka sangat-sangat dengar orang cakap aku BODOH / HODOH /BUROK. Aku sangat-sangat pantang dengan perkataan ini. Tak kisah lah dia comment baju aku, selendang aku, muka aku, seluar aku, kasut aku, tulisan aku, suara aku, dan lain-lain aku. NAMA AKU MARYAM JAMILAH FOR A REASON. Aku sangat-sangat tak suka bila orang guna perkataan BODOH / HODOH / BUROK untuk describe apa-apa tentang aku. Kalau iye pun nak tegur aku buat something yang kaurang rasa BODOH, HODOH mahupun BUROK, sila tegur menggunakan perkataan yang lebih elok. Terima Kasih. SmileAtau aku pula yang akan describe kau dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut.

OLYMPUS VG-120

#3, Kawan yang jujur.
Kawan yang jujur means, bukan kerjanya membodek, memuji sepanjang masa. Sometimes we do argue. Aku ingat lagi, aku gaduh dengan Atiqah Sahak. Aku cakap, “I’m ALWAYS right”. Dan dia argue dengan aku, sampai akhirnya aku mengaku kalah. & Athirah Radzuan, dia comment tentang selendang yang terlalu colourful yang aku beli. Well, dia jujur. Aku terima. Tapi, aku selendang itu terlalu colourful untuk tidak dibeli. Aku ‘terpaksa’ beli sebab selendang itu terlalu colourful. XD XD Aku bukan tak boleh terima kritikan langsung. Cuma pendekatan itu yang membuatkan aku boleh terima atau tidak. & aku bencikan kaunselor (tiba-tiba).


P5121684

(Adik aku dah boyfriend nya. haha. tak lah aku tak kenal siapakah gerangan lelaki cina itu. =.=’ & aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan gambar diorang ni. 0_o)
#4, Kawan yang berkualiti.
Maaf tentang ini. Aku agak berat sebelah; aku tahu. Kawan yang berkualiti bermaksud, kawan yang boleh di refer bila kita ada apa-apa masalah. Bukan kawan yang ajak kita buat masalah. Sorry sangat-sangat. Tapi kita memang kena pilih kawan elok-elok. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni.

P5301896

#5, Kawan yang single.
Yep. Single. Tapi ini bukan kualiti yang aku tekankan sangat. But it does help in my acceptance of someone in my life. Aku benci gila lepak dengan manusia-manusia yang ada Boyfriendss sebab, mereka akan bercerita tentang kekasih hati pengarang jantung dorang tu SENTIASA. Aku dah lah tak kenal dengan lelaki tu, pastu kaurang tak habis-habis bercerita pasal dia. Itu serupa kau cerita pasal NENEK KAU PUNYA MERTUA, kau tahu??! Sejak sekolah lagi, aku memang rapat dengan manusia-manusia yang SINGLE. Perempuan lah. Lelaki aku memang tak cakap sangat. Melainkan lelaki itu yang start dulu. & usually, bila aweks itu dah jadi aweks orang… memang. memang. memang. memang aku susah nak berkawan dengan dia. Kenapa? mungkin sebab dalam hati dia ada taman, dalam hati aku ada bom tangan. Eii! serious. Aku tak suka gila dengan lelaki mana entah dia kenal, pastu kawan aku itu pulak, tak sampai 1 bulan kenal dah sebok asyik dok sebut nama lelaki tu. Eii! menyampahlahh! Lelaki perampass! Naseb soulmate, Atiqah Sahak dan besties, Athirah Radzuan still single. Kaurang, kalau kaurang dah jumpa someone special, make-sure kaurang kenalkan dorang dengan aku, OKeh? Kenalkan aku dengan dorang sebelum kaurang berkahwin. Kang aku kenal dengan dorang lepas kawen, lain pula jadinya. Kaurang bukan tak kenal kawan kaurang yang SUPER-PELIK ni. XD XD Lain kes kalau aku kenal dengan kekasih hati, pengarang jantung kawan aku tu. Tak lah aku rasa seperti dikhianati. Tapi, rasa terpinggir tu adalah sikit. heheh. & Aku juga rasa seperti tidak diperlukan lagi. & Aku juga rasa aku harus undur diri. TT.TT & aku juga rasa seperti forever alone lagi. & aku juga rasa… annoyed dengan kemesraan kaurang. =.=’ serious. Jadi, sebelum ada doa yang tak baik, baik aku jangan dekat sangat dengan kaurang. Aku ni kuat jealous sebenarnya.

P6052064

#6, Kawan yang tak terlalu sering lepak dengan kawannya yang berlainan jantina.
Tapi, sporting lah. Janganlah terlalu narrow sampai nak buat gathering pun tak boleh nak keluar. Bosan lah macam tu. =.=’ Kadang-kadang kena juga lepak dengan budak lelaki. Sebab? Bagi aku, waktu lepak-lepak itulah kita boleh lihat & judge pakwe-pakwe disekeliling kita. Tapi waktu lepak-lepak itu kena sentiasa INGAT! ; “Lelaki ni bukan boleh percaya”. Jadi, daripada 10 perkara baik yang dia buat. 1 je yang dia ikhlas. OK? Jangan percaya. Jangan percaya. Dalam umur kita sekarang ni, janganlah percaya. Pelakon ekstra tu semua. Itu kalau perempuan. Kalau lelaki, aku tak suka & tak tertarik langsung dengan lelaki yang selalu lepak dengan perempuan. Tak kisah lah dalam group tu, ada 4 lelaki, 3 perempuan / 2 perempuan, 5 lelaki / 1 lelaki, 10 perempuan. Aku tak suka. Kenapa? well, bagi kelas yang terakhir tu, rasanya kaurang faham-faham sendirilah nampaknya macam apa, ya? yang 2 group pertama tu, Aku tak suka juga, kenapa? Well, memang lah dia single. Tapi masalahnya, aweks-aweks yang lepaking dengan pakwe-pakwe ni ; biasanya dorang jenis yang tangannya tak dijaga sangat. Suka hati je tarik-tarik baju orang, tarik tangan, pukul orang, tangan letak kat bahu. HAMAGAD. Kalau aku nampak boyfriend aku buat begitu, musnah punah perasaan aku. Memanglah tak ada apa-apa pun, aku peduli apa? Ada orang dah pegang-pegang kau dulu sebelum ni! aku tak nak barang murah. barang terpakai! woo~ woo~ woo~ TT.TT Tapi naseb baik dia tak macam tu. HAHAHA. XD XD Sebelum-sebelum ini pun, kisah hati aku berakhir macam inilah. Jealous punya pasal. Aku dah cakap tadi, aku ni memang kuat cemburu. & cemburu aku ni, tahap boleh menghilangkan perasaan suka. Itu yang aku boleh tahu tu yang itu bukan CINTA. kahkahkah. Bagus, kan perasaan cemburu aku ni? hahahaha. XD XD

Siapa boyfriend aku? tekalah. Winking smile

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]