i changed my mind. ;]
Aku pernah cakap, “Aku nak berkahwin dengan lelaki yang kaya, berkaliber, berpangkat dan berumah bungalow”. Aku pernah cakap, “Aku tak kisah siapa lelaki itu, berapa umur dia, berapa helai rambut dia ada, asalkan dia kaya”. Aku pernah cakap, “Aku nak Bunga Emas sebagai mahar”. Aku pernah cakap, “Aku tak kisah suami aku nak kahwin lagi satu, asalkan kewangan dia lebih dari stabil”. I changed my mind. Aku tak rasa aku nak berkahwin dengan lelaki yang kaya dan memiliki rumah bungalow lagi. Aku tak rasa aku sanggup berkahwin dengan lelaki-yang-botak-tengah-asalkan-dia-kaya lagi. Aku tak rasa aku nak minta bunga emas sebagai mahar lagi. Aku tak rasa aku TIDAK AKAN TIDAK ambil kisah jika sekiranya suami aku nak nikah lagi satu. Aku kisah, OK? Aku sangat kisah (in fact)! Aku MUNGKIN akan benarkan, kalau ( seperti yang aku pernah kata ) kewangan dia lebih dari stabil. Dengan berat hatinya, dengan tidak tahu bagaimana hendak mulanya, dengan bersimpang-siurnya, dengan beratnya, jari aku menj...