Di mana salahnya? #PrayforGaza #FreePalestine

Tadi aku tengok berita. Tunjuk la rakyat2 negara luar termasuk Eropah buat demonstrasi depan kedutaan Israel negara masing-masing. Lepas tu, kedengaran persoalan "Malaysia takde ke?"


      



Di internet semua orang kondem negara-negara Arab, tak bersatu untuk halau Israel. Padahal kalau dorang semua bersatu, dah lama Palestin boleh bebas.


Blehblehbleh. Itu je ke yang kita boleh buat? Tuding jari? Apa sumbangan kita untuk Palestin?


Aku bukan nak kondem orang lain. Aku pon, selalu terlupa nak doakan Palestin.


Korang tahu kat mana salahnya? Senang je jawapannya ; sebab tak bersatu. Kenapa tak bersatu?


Ini pendapat aku la ye? Aku rasa... Sebabnya ialah kita tak solat cara yang betul.


1) kita tak pergi solat fardhu jemaah.

*kalau kita meremehkan solat berjemaah, Allah akan pecah belahkan kesatuan kita. maaf, aku tak ingat sumber ilmu ini. Tapi aku pasti akan kesahihannya. refer ke zaman pemerintahan Rasulullah, mereka semua rajin ke masjid untuk solat berjemaah. Mungkin mudah bagi mereka, sebab waktu itu hanya ada seorang ketua iaitu Rasulullah. Kita sekarang ni ada PAS, UMNO, PKR. Pening kan? Sebab itulah kita digalakkan solat berjemaah. Waktu solat berjemaah, kita ketepikan pegangan politik masing2, dan solat mengikut imam. Sedar tak sedar, solat jemaah sebenarnya mendidik kita untuk berdisiplin, menepati masa, mengikut pemimpin.


2) Cara solat berjemaah yang salah.






*solat jumaat, solat terawih, solat sunat hari raya. Antara solat2 yang sinonim dengan cara berjemaah. Bagus dah pergi berjemaah di masjid, Padang or mana-manalah yang di adakan solat-solat ini. Tapi... Saf tak cukup rapat. Itu lah masalahnya. Yang datang awal, terus pergi ambil sudut paling kanan. Geng kedua awal, terus pergi sudut paling kiri. Yang ketiga awal, duduk tengah, tapi senget ke kiri sikit. Dan macam itu la seterusnya. Dan bila imam cakap "rapatkan saf", barulah yang barisan belakang bergabung dengan barisan hadapan. Ini adalah sesuatu yang patut di puji. Tahniah diucapkan kepada orang dari barisan belakang. Yang kiri dengan kanan ni? Masing-masing dengan ego masing-masing. Taknak tinggalkan tempat masing2. Padahal, sepatutnya, mereka kena ke tengah. SAF BERMULA DARI TENGAH. Ye. Saf bermula dari tengah. Jadi, yang di kiri kena ke kanan. Dan yang kanan kena ke kiri. Barulah rapat. Barulah takde kes dalam 1 saf ada 3 jemaah berbeza ; yang tengah, yang kiri, yang tengah. Bila saf kita rapat, barulah motif solat berjemaah dapat di capai. Solat jemaah ni, sebenarnya dapat merapatkan ukhuwah. Cuba bayangkan, kita sentiasa pergi solat jemaah. Lepas tu orang lain pon sentiasa pergi berjemaah kat masjid yang sama. Mula-mula mesti la kita senyum-senyum je. Setiap kali pergi solat, nampak muka-muka yang sama. Mesti la nanti cam. Bila dah cam, nampak kat mana2, boleh la bertegur sapa. Bila dah start bertegur sapa, bila ada masalah, boleh la bantu membantu. Panjang tak explanation aku? Haha. Ha! Tapi... Kalau kita punya saf tak rapat acano?? Kita dengan geng kita je. Dia dengan geng dia je. Nak kenal macam mana, kan? Betul tak?


Kalau pimpinan-pimpinan negara Arab tak bersatu logik la jugak. Sebab dorang bukan tinggal kat satu apartment. Tapi kalau kita ni, yang satu taman pon tak boleh nak bersatu apa cerita?? Yang kita sokong PR. Yang jiran sokong BN. Tak kisah la. Tak kisah la tu.


Bila sembang Palestin, PR ada sembang Palestin. BN pon ada sembang Palestin. Tapi bila nak menyatakan ketidak puas hatian terhadap Israel, PR buat demo lain, BN buat demo lain. So, yang kita ikut demo PR, jiran pulak ikut demo esoknya yang BN anjurkan. So what the hell. Apalah salahnya sama2 bincang. Sama-sama demo. Nak bawak sangat sepanduk parti masing-masing? Ha, bawak! Takde siapa marah. Bawak! Tapi buat la sama-sama. Susah sangat ke?? Oh, lupa. Aku pon tak pergi solat berjemaah. Nak bersatu macam mana?

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]