I feel like a General Manager
Aku suka gila gambar ni!! Kita nampak macam orang yang telah berjaya. (Well, kita memang dah berjaya pon! XD)
Semalam (Jumaat, 30 Ogos 2013) aku dan budak-budak aku akhirnya telah bebas dari satu beban besar dalam sem 5 kami ini iaitu VIVA ETR/ENT300. Dalam ENT300 ni, kami dikehendaki menubuhkan sebuah syarikat dan juga meng-inovasi-kan product di pasaran.
Mula-mula, kami ingat nak buat product ini ;
tapi… abstract kami di tolak. Well, agak mengecewakan. Especially bila budak-budak aku semua setuju nak buat product yang aku usulkan ini. Dan aku juga dipilih jadi GM sebab product ini.
tapi sayang seribu kali sayang, kena reject.
Entah kenapa, aku macam dah tahu yang product ini akan kena reject. So, aku pon tak berapa nak depressed lah. Kecewa tu ada; tapi aku OK. Masih boleh berfikir dengan waras. Masih memegang title GM. Yelah, depressed lah katakan… mesti lah otak macam tak waras. Tapi aku masih waras. Melihat budak-budak aku pon, dorang still sokong aku, yakin dengan aku, memberi aku satu semangat baru. utk bangkit mempertimbangkan idea mereka.
Terima Kasih, korang… sokongan korang tu memberi aku semangat dan keyakinan kepada diri aku sendiri. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk lead korang. I’m touched :’)
Selepas kejadian itu, runsing memang runsing. Nak fikir product lagi, dengan deadline semakin hampir nya lagi. Agak tensioning. So, we come out with 2 abstract this time. Kita tak boleh buang masa lagi. #1, Casing Powerbank #2, Mimpi Pillow . kali itu, Sir Hakimy luluskan kedua-dua product kami. Tapi dia lagi suka yang Casing Powerbank. dan selepas buat undi dengan ahli kumpulan aku, dorang semua vote Casing Powerbank. Well, Mimpi Pillow tu idea aku. Tapi, Casing Powerbank pon OK juga. tak payah nak fikir-fikir pasal company baru. Boleh guna logo dan mana company yang sama dengan abstract pertama. ;D
Terima Kasih, korang… kejadian itu memberi aku pengalaman,benar-benar membuka minda aku untuk belajar terima pendapat orang lain. Buat aku belajar kawal ego aku.
Selepas itu, barulah kami boleh teruskan dengan Business Plan kami. Waktu dalam progress tu, memang macam-macam jadi.
Paie tak dapat solat tarawih sebab aku suruh pergi meeting. So sorry Paie.
Fatimah demam lah waktu tengah nak buat Marketing Plan. (=.=’)
Zahidah ada program waktu tengah bincang pasal budget (=.=’)
Tapi kami sangat bernasib baik sebab ada Amirah Mohd Sairi (Administration Manager) yang super-rajin. Aku perlu akui, dia paling banyak buat kerja; even Operation pon tak buat kerja banyak macam tu. (:P) Thanks Myra.
Aku tak marah korang demam, atau ada program komander tu. Tapi… yelah, sebab itulah company kita macam serabut sikit. bertukar-tukar kerja antara manager-manager kita ni. HAHAHA. tapi tak pe,kan? dapat lah ilmu berbeza-beza ; banyak ilmu kita dapat.
Terima Kasih, korang… sebab ikut arahan aku malah korang buat lebih lagi. :)
Sorry tau korang sebab tak bahagi tugas secara adil. :(
Waktu buat Operation Plan lah yang paling tak boleh blah. Berhari-hari tido lewat. Buat kerja last minute lah kata kan. HAHA. Sorry korang. Aku rasa bersalah sebab tak arrange kerja awal-awal. Kesian korang kena tidur lewat, balik kolej lewat, balik bilik lewat.
Sorry tau sebab aku, korang ada eyebag. O_O
Tapi, kita berjaya siapkan semuanya tepat pasa masanya. Sampaikan kita boleh practice untuk presentation tu. Terima kasihlah kepada Fatimah yang mencadangkan untuk kita buat practice tu. With out practice tu, aku tak rasa aku boleh cakap tanpa gagap macam yang kita buat hari Jumaat hari tu.
Hari presentation tu, aku rasa bangga gila bila kita pakai baju seragam tu sama-sama. Even orang cakap kita marhaban segala bagai tu, aku langsung tak kisah. AKU BANGGA DENGAN KORANG!
Waktu present tu, korang memang the best lah! Kita macam dah budget masa je, kan? tepat-tepat je kita punya timing utk presentation. :)
Terima kasih lah korang sebab beri jawapan yang terbaik kepada panel hari tu. Korang benar-benar buat aku bangga hari tu. Even sebelum panel tu cakap dia suka dan faham presentation kita, aku dah rasa bangga dan lega korang ada dalam kumpulan aku.
TERIMA KASIH KORANG!
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!
KORANG MEMANG TERBAIKK!
I LOVE YOU GUYS
Comments
Post a Comment