Manifesto PR & BN for #PRU13. Yang mana lebih meyakinkan?
Assalamualaikum kawan-kawan.
Aku faham, aku tahu… kita bukannya boleh mengundi lagi. Tapi, bak kata Sir Faizalfarid, politik ini penting. Sebab orang politik ini lah yang menggerakkan negara.
Plus, kita ni… dah 20 tahun. yang gedik-gedik kata, “ehh, tolong sikit. aku belum 20, OK? aku lahir bulan *censored* “. WhatEverss. You’re turning 20 this year. Stop being childish. Yang ambil diploma, lagi setahun je nak habis. Lepas tu, kita akan bekerja. Tak pun, sambung degree. Sambung degree berapa tahun lah sangat~ Lepas tu kita akan kerja, kan? Dan dalam jangka masa 5 tahun ini (lepas #PRU13), kita… akan menjalani alam pekerjaan.
That is why, we have to pay attention on this.
“Why? We cannot vote anywayss” – Yes, we can’t. But can help encourage people to vote. We’re university students. People hear us.
Sebelum aku start, aku nak mengingatkan semua orang… yang ini hanyalah manifesto, janji-janji parti-parti politik. Sebagai seorang manusia, kita sendiri pernah berjanji. & kita tahu janji kadang-kadang sukar untuk kita tepati. Oleh itu, janganlah kita terlalu percaya dengan janji-janji manis politik ini. Kita kena perhatikan juga langkah-langkah yang telah dijalankan. Bukti-bukti kebolehan mereka.
Bagi yang sudah boleh mengundi, dan yang pernah mengundi, adakah anda dapat rasakan perubahan yang telah dibawa oleh parti pilihan anda??
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
menurut pemerhatian aku, ada banyak persamaan dalam manifesto kedua-dua parti dalam PRU kali ini. So, mari kita mulakan dengan persamaan ini.
1) Memartabatkan Islam serta menjamin kebebasan agama lain
PR berjanji akan menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan disamping berdedikasi untuk mengangkat martabat Islam dalam memainkan peranan dalam pembinaan negara dan budaya sihat dalam masyarakat.
BN pula, akan terus mendukung Islam sebagai agama Persekutuan dan memperteguhkan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah. Disamping itu, agama-agama lain boleh terus diamalkan dalam keadaan yang aman dan harmoni. Dalam tempoh 5 tahun, BN berjanji untuk meletakkan isu-isu berkaitan bukan Islam di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, BN juga berjanji untuk menyediakan dan meningkatkan pemberian dan bantuan kepada agensi-agensi dan rakyat yang bergiat dalam bidang agama Islam.
*BN menggunakan pendekatan membantu meringankan beban rakyat yang bergiat dengan soal agama dalam manifesto kali ini. Manakala PR tidak menerangkan secara mendalam dengan langkah yang akan diambil untuk memartabatkan Islam dalam kerajaan yang ingin mereka bentuk. Namun, mesej yang sampai melalui penggunaan ayat yang digunakan ialah, PR akan cuba menerapkan cara hidup Islam dalam masyarakat Malaysia.*
2) Memerangi rasuah
PR akan menjalankan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN). melalui DEBARAN, PR akan merombak sepenuhnya SPRM untuk membuktikan integriti SPRM, dan DEBARAN akan mengetatkan undang-undang rasuah dan memberikan tumpuan kepada kes-kes rasuah yang besar terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan awam.
BN pula berjanji akan mendedahkan kontral kepada awam bagi membuktikan ketelusan prosedur perolehan Kerajaan. BN juga memberi kuasa kepada SPRM untuk merekrut kakitangan SPRM. Di bawah pemimpinan BN dalam jangka masa 5 tahun akan datang, siasatan dan tindakan yang sama rata akan dijalankan kepada pemberi dan penerima rasuah.
*no comment*
3) Mengiktiraf sumbangan Wanita
BN berjanji untuk menambah jumlah penglibatan wanita dalam keputusan nasional, menolak diskriminasi gender dalam semua bidang, menyediakan peluang bisnes kepada wanita supaya mereka lebih berdikari. Bagi golongan ibu tunggal pula, BN akan mewujudkan lebih banyak insentif untuk membantu mereka berkerja dari rumah. Bagi wanita yang berkerjaya dan berrumah tangga, BN berjanji untuk membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia disemua pejabat kerajaan dan Syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu, BN juga akan mengetatkan undang-undang untuk mencegah penderaan dan ganguan seksual terhadap wanita.
PR pula, akan menubuhkan Caruman Wanita Malaysia. Melalui caruman ini, suami wajib disisi undang-undang mencarut mengikut kadar pendapatan (RM10 – RM100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman. Kerajaan akan menyumbang RM50 sebulan bagi setiap isteri. Caruman akan diuruskan oleh SOCSO. Wang caruman boleh dikeluarkan dalam keadaan tertentu.
*Perancangan BN dilihat lebih kearah melindungi kebajikan wanita yang bekerjaya manakala PR mengemukakan manifesto yang lebih menyenangkan bagi si suri rumah*
4) TOL
di bawah manifesto BN, pembangunan insfrastructur bertaraf dunia & transformasi luar bandar, BN berjanji untuk MENGURANGKAN kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.
PR pula, komited untuk mengambil alih Lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan MENGHAPUSKAN tol.
*no comment*
5) Merombak Dasar Automotif
PR akan menghapuskan secara berperingkat cukai eksais iaitu 70% daripada harga sebenar kereta. PR juga ingin meliberalisasikan industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
BN pula, akan menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta antara 20% – 30% serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
*no comment*
6) Kos sara hidup
BN meneruskan pendekatannya dengan akan terus memberikan dan meningkatkan nilai BR1M, BB1M dan Bantuan Persekolahan. Selain itu, kedai rakyat 1Malaysia juga akan di tingkatkan jumlahnya diseluruh negara dan memperkenalkan barangan 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar. Disamping itu, BN juga komited untuk melaksakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asa. Langkah memperkenalkan barangan dan kedai 1Malaysia ini dilihat dapat membantu rakyat mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan,
PR pula, berjanji untuk menurunkan harga petro dan diesel dengan menghapuskan monopoli. Selain itu, caj Elektrik dan Air juga akan diturunkan. Dengan cara menghapuskan monopoli, barang-barang lain akan dapat diturunkan harga.
*BN menonjolkan manifesto yang menekankan bantuan, dan juga pengenalan kepada produk-produk 1Malaysia yang kebanyakannya dikeluarkan oleh syarikat rakyat Malaysia. Langkah ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan rumah, malah dapat membantu meningkatkan ekonomi syarikat rakyat Malaysia. PR pula menawarkan solusi menyeluruh bagi menurunkan kos sara hidup rakyat*
7) Keselamatan
PR nekad untuk mengembalikan fokus dan tanggungjawab polis agar menjaga keselamatan rakyat dan membanteras jenayah serta mengangkat martabat PDRM di mata rakyat dengan meningkatkan gaji polis, latihan semula, peruntukan untuk membina pos-pos polis serta kemudahan untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan forensik PDRM.
BN pula akan meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, menambah kemudahan keselamatan seperti lampu jalan dan CCTV, menambah baik keupayaan PDRM, ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, serta menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.
*PR lebih menekankan mengenai PDRM di dalam manifesto PRU13, manakala BN kelihatan lebih menyeluruh*
8) Kemudahan Kesihatan
PR menolak pembayarkan cukai kesihatan. Sebaliknya, menawarkan kemudahan dan khidmat kesihatan percuma di hospital kerajaan. Selain itu, PR juga menetapkan sasaran nisbah doktor : pesakit daripada 1:800 kepada 1:550.
BN pula, menjanjikan penubuhan Pusat kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap Zon. Selain itu, BN akan memperkenalkan kad prihatin; membolehkan pesakit mendapatkan diskaun harga untuk ubat.
*no comment*
9) Pendidikan
BN akan meneruskan pendidikan percuma pada tahap rendah dan menengah. Di dalam manifesto kali ini, BN lebih memberi fokus kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah seperti menambah insfrastruktur, jumlah pengambilan pelajar dan penambahan insentif-insentif.
PR pula, berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma pada tahap pengajian tinggi (universiti) bagi IPTA dan memberikan subsidi kepada IPTS. Disamping itu, Elaun Sara Hidup turut akan diberikan kepada para pelajar di IPTA manakala bagi pelajar di IPTS, mereka boleh meminjam dari satu dana khas. Sehubungan dengan itu, PTPTN akan dihapuskan. Selain itu, PR juga berjanji untuk tidak mengabaikan golongan lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dengan mewujudkan Skim Perintis Rakyat, 5 Universiti Teknikal dan 25 Sekolah Vokasional baru akan dibina. Selain itu, sistem pendidikan yang terlalu berasaskan peperiksaan akan dirombak dan ubah kepada pendidikan yang membolehkan kretiviti pelajar berkembang.
*BN memberikan fokusnya kepada pendidikan di peringkat sekolah manakala PR memberi fokus pada peringkat IPT dan teknikal pelajar*
10) Sabah dan Sarawak
PR berjanji akan menghapuskan sistem kabotaj (harga keperluan si Sabah & Sarawak lebih mahal), membina lebuh raya. Selain itu, PR juga berjanji akan memelihara 141,000 hektar dan dipulangkan keputusannya kepada Orang Asli. Di samping itu, semua penempatan Orang Asli akan mula mendapat bekalan air bersih dan elektrik. Selain itu, PR juga akan menyediakan 5,000 biasiswa pendidikan setiap tahun untuk anak-anak Orang Asli dari peringkat sekolah hingga universiti.
BN berjanji untuk mewujudkan mahkamah khas yang mana hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi. Selain itu, BN akan menyediakan lebih banyak peluang pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan Universiti.
*no comment*
OK, itulah persamaan dan perbezaan yang aku boleh nampak. Mungkin ada lagi, tapi… samada tahap pengetahuan aku tak sampai lagi ataupun aku malas dah nak cari. HAHAHA. eh, cukuplah tu. Kau nak lebih lanjut cari sendiri lah. =.=’
OK, ini manifesto-manifesto PR & BN yang lain….
#ManifestoBN
* Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
* Menyediakan Rumah Mampu Milik
* Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
* Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luas Bandar
* Ekonomi Mapan, Dinamik, dan Inovatif
* Memenuhi Aspirasi Belia
* Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
* Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
* Gerakan Kesederhanaan Global
* Memulihara Sumber Semula Jadi
#ManifestoPR
* Hapus diskriminasi, miskin dibantu, lemah dibela
* Gaji Minima yang patut
* Menjamin ekonomi perajurit
* Meningkat inovasi, R&D dan teknologi
* Ekonomi Lestari
* Hapus Jenayah, kuatkan Polis
* Meningkatkat ekonomi peneroka dan desa
* Perumahan Selesa dan mampu milik
* Bebaskan media, kehakiman dan Polis
* Mansuhkan akta-akta kezaliman
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Disebalik janji-janji yang dibuat ini… Sebagai seorang manusia, kita pasti suka akan janji-janji manis ini. Tapi sebagai seorang melayu dan pelajar UiTM, aku pon rasa macam… #manifestoPR “hapus diskriminasi” ini macam ancaman kepada Orang Melayu. Sebab, seperti yang kita tahu, sistem pemerintahan sekarang memang memihak kepada orang Melayu.
Inilah yang menjadi dilema kepada orang Melayu hari ini. Persoalannya ialah, adakah orang Melayu yang sudah layak mengundi hari ini berani ambil risiko ini?
Soal “hapus diskriminasi” ini, tidak ada jawapan daripada pihak PR. Tapi, aku jumpa ini… untuk korang renung-renungkan.
So, kesimpulannya terletak pada keputusan #PRU13 kali ini.
Kalau saya, saya pilih *censored* . Anda bagaimana?
mmg ramai melayu on board bila pemilihan hakikatnya mereka x sebenarnya mengawal kawasan/ x mentadbir kawasan tersebut, mereka mcm menerima arahan dari pihak lain.. for me BN promises sound really strong compare to PR which i can't see the way they try to work on it... selangor sendiri diorg ckp mcm2 tp tempat aku satu pun x berubah.. and BN punya janji lebih kpd jangka masa panjang .. compare to PR yg nmpk cuma bertahan sementara.. we can't expect things at a really low price when price for global trade now start to increase... before said show first.. brg kat kelantan sendiri mahal sedangkn kelantan under pas.. more expensive than KL
ReplyDelete