Aku Banduan.

DSC_2308

Aku adalah seorang banduan. Penjara aku berada di Perlis. Dalam penjara ini, aku dah belajar macam-macam. Aku belajar erti hidup yang sebenar. Di sini, aku kena berdikari. Walaupun kita ada kawan, sebenarnya kita bersendirian. Tak ada sesiapa yang akan tunggu kita. Semua orang nak keluar dari penjara ni secepat mungkin. Jadi kalau kita terlambat, kita yang kena catch-up; bukan berharap orang lain akan slow down. Setakat ini, aku telah belajar mengenai kerjasama, tanggungjawab, kesetiaan, pengkhianatan, C++, Java, Economi, Account, MGT, dan tidak tertinggal Calculus. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, malas nak tulis. HAHA. =.=’

Namun selain bebas, ada lagi perkara yang perlu dirisaukan; status bekas banduan. Ada banduan yang bebas sebebas-bebasnya. Ada juga yang akan dikejar oleh bayang-bayang sebagai seorang banduan. Semuanya mengenai pengaruh sosial keluarga. Sememangnya kita kini berada di dunia material; dimana segala-galanya memerlukan wang, termasuklah kasih-sayang.

Tanpa wang, manusia kini tidak dapat merasakan kasih-sayang. Tidak. Aku tidak bercakap mengenai kasih-sayang antara lelaki & perempuan. itupun sama juga. Tapi aku tak layak nak bercakap mengenai itu. Hubungan kasih-sayang yang aku maksudkan tadi ialah, hubungan kekeluargaan.

Tengoklah anak-anak zaman sekarang. Suka minta barang-barang yang harganya diluar kemampuan ibu bapa mereka. Apabila mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan, mereka menganggap bahawa ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka. OK. tak usah pergi terlalu jauh; cuba kita fikirkan, sekiranya ibu bapa kita tidak mempunyai walau sekiping syiling 5sen pun dalam simpanan mereka, bagaimana kita mampu merasakan kasih-sayang? Kerana kita tidak mendapat keperluan asas kita; makanan, tempat tinggal, pakaian!! tapi waktu dulu, manusia masih mampu merasakan kasih sayang tanpa wang kerana mereka ada skill untuk hidup. Skill bercucuk tanam, skill membina dan skill mencipta pakaian.

Penjara juga mengajar dan memaksa kita menjadi orang lain. Mengapa? Kerana semua banduan ibarat watak-watak dalam drama bersiri omputih, Desperate Housewife. Jadi, semua orang bertindak seperti mana yang perlu; bukan seperti mana yang mereka mahu. Sekiranya kau bertindak seperti yang kau mahu, kau terpaksa tanggung masalah kau sendiri. Di sini, what you give. you get back. Just like me; Aku lebih suka bersendiri. And that’s what I get. Dan bila aku rasa nak bersosial kembali, aku yang kena cari mereka. Mereka tak pernah tunggu. Disamping itu, dalam penjara kita tak akan keluarga. Melainkan kalau kau kenal dengan mana-mana warden, pegawai atasan dan lain-lain sebelum kau bergelar banduan lagi. Kalau keluarga yang kau ada adalah banduan seperti kau; honestly, it doesn’t help much. Seperti yang aku cakap dari awal; kita kena tolong diri kita sendiri. Untuk dapat kawan yang akan back-up kau dalam apa jua keadaan, is like searching for diamond in a bunch of crack glasses. Jadi, kalau kau jumpa pun, hanya ada 2 kemungkinan. #1, kau bertuah. #2, kau memang betul-betul kenal rupa dan sifat diamond. Mungkin kau masuk penjara sebab merompak kedai barang kemas. Dan tanyalah pada aku, adakah aku berlian ataupun kaca? Tak apa, kau tak tanya pun, aku akan jawab; aku adalah kaca. Ya, aku bukan seorang kawan yang baik.

Sebagai banduan, aku memang tak banyak pilihan. Aku kena terima semua yang aku dapat dan grab apa yang aku berpeluang dapat. contohnya, kawan. Walaupun aku tahu dan boleh hidu bau ‘kaca’ dia, dan aku juga pernah terkena serpihan kaca dia yang memberi aku luka yang sangat dalam, tapi aku tiada pilihan lain selain terus berkawan dengan dia. Apa yang seseorang banduan mampu buat dalam keadaan seperti ini ialah, berharap semoga dia atau ‘kaca’ itu dipindahkan ke kurungan lain; seperti kurungan tahanan akhir. Jahat? Kau lupakah? Aku banduan! Sementara berharap, aku juga perlukan rancangan baru atau lebih dikenali sebagai, back-up plan. Aku akan gunakan contoh yang sama, kawan. Banduan, memang terkenal dengan sifat agressif. Oleh itu, aku tak boleh mengelak daripada bertemu dengan banduan. tambahan pula, aku sendiri adalah banduan. ini bererti kita semua sama. Jadi, seberapa menyampahnya, seberapa benci, seberapa dalam dendam aku yang simpan terhadap mana-mana banduan, aku kena sembunyikan. Aku tak buang. Sembunyi je cukup. Macam mana? dengan senyuman manis setiap kali terserempak dengan dia. No matter how hurt I am. Kenapa? sebab aku tak tahu apa akan jadi pada aku sepanjang aku jadi banduan. Boleh jadi suatu hari nanti, aku terlibat dalam satu konflik yang membuatkan tempoh tahanan aku dilanjutkan, dan waktu itu tinggal aku dan musuh keparat aku sahaja. Aku tiada pilihan lain selain bekerjasama dengan musuh keparat aku itu berjuang habis-habisan samada buat-buat baik ataupun cuba melarikan diri dari tahanan.

 

Tajuk : Aku Banduan.
Genre : Penulisan Kreatif
Oleh : Maryam J
Idea : kisah sebenar adalah mengenai perjalanan hidup saya di tempat saya melanjutkan pelajaran, UiTM kampus Arau, Perlis. (P/s : tolong jangan salah sangka, saya tak maksudkan yang kehidupan saya di sini seksanya seperti penjara. It’s just… penulisan kreatif, kan? & ini idea gila saya yang saya rasa blog lah tempat paling tepat untuk saya curahkan.)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku berhenti kerja.

Aku Perempuan Materialistik

Ma <3! ;]