Hari Mandi SUNGAI! XD
creadit to : Lindy (Lynn) & Reen (Mun)
Sejak sem lepas, aku teringin sangat nak terjun sungai. kononnya nak release tension. (tensyen hape aku pun tak tahu. Oh, aku dah ingat : ACC120). Macam-macam rintangan aku tempuhi untuk gi mandi sungai tu. Sem lepas, hujan. Akhirnya ke Penang. HAHA. aku masih ingat, itulah 1st time aku mandi kat RnR. HAHAHA (gara-gara tak mandi pagi). Biasanya, kalau aku gi mandi kat Sungai Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak… ayah aku gertak “siapa tak siap dalam masa 10 minit, ayah tinggal”. & waktu itu, kitorang sedang tidur. ZZZzzzz mana sempat nak mandi wehh! jadi, habit itu terbawa-bawa sampai ke Perlis : tak mandi sebelum mandi sungai. HAHA. tapi hari ini, AKU MANDI, OK? Lessons learned. XD Oh, lupas nak announce ;
HARI INI, HARI AKU MANDI SUNGAI!!!!! XD XD XD
Akhirnyaa!! setelah menanti selama 2 sem, AKHIRNYA!! Terima Kasih kepada pemandu saya, Lynn. & Our tourist guider, Reen. XD
tak nak cakap banyak. jom! aku nak menunjuk sikit.
ini aku, sebelum bertolak ke gate B. =.=’
Lindy tak boleh masuk. pakcik guard halang dia. gedik punya pakcik guard. mentang-mentang si Lin tu kecik.
ini Reen a.k.a Mun, tourist guider XD
Mula-mula sekali, kami cari makan. Lapar~ Kami makan di Kangar. apa entah nama kedai tu. tapi yang pasti makanan kat kedai itu, sedap GILA! dah 2 kali aku makan kat situ, dan setiap kali itu, sedap! yumyum! XD
inilah A.B.C. yang aku idam-idamkan. Akhirnya!! XD (sengaja bagi besar gambar. biar kaurang terliur. XD)
Rupa sebenar Nasi Ayam Kandar aku :
But somehow, aku nampak macam ini, (haaaa~)
selepas makan kami bertolak ke destinasi utama kami ; SUNGAI!! Sungai pilihan kami ialah, Sungai Bukit Ayer.
sorry-lah tak banyak gambar. banyak sebenarnya. tapi sensored. HAHA. XD Comment tentang sungai ini, OK lah. Bolehlah release tension kat sini. tapi… kalah kalau nak dibandingkan dengan Sungai Pertama-ku, Sungai Ulu Kenas. XD Sebab sungai ini dorang dah edit kasi jadi macam swimming pool. =.=’ dak tak sungai dah jadinya. Tak ORI. & kami terpaksa berhenti mandi awal sebab hujan. Hujan lebat gila! HAHA.
According to plan, nak tukar baju dalam kereta je. tapi… err… Mun ajak gi rumah dia. So, apa lagi, XD XD XD mandi kat rumah Mun pula lah. Yeah!
Kemudian, kami pun meneruskan pengembaraan kami… memandangkan kereta kena pulang pukul 9pm, kami masih punya banyak waktu. Jadi, kami spend masa di Korea. lihat, Korea :
Kemudian, kami pergi “Thailand” :
HAHA. & solat Magrhib di Masjid Kuala Perlis.
Maaflah : kami bertiga SUPER-TERLUPA untuk bergambar dihadapan Rumah Mun ( yang dikelilingi sawah ) & juga Kereta Sewa Perodua Oren ( tak ingat model apa. )
KEPADA AZIE : RUGI KAU TAK IKOT. JANGAN JEALOUS. XD HAHA.
let me introduce, Azie The Roommate;
( Dari kiri : MJ, Aziera )
p/s : biarlah aku nak interframe. bagi nampak mesra sikit. BANYAK. XD
Oh, Puteri & Tasya yang kebosanan dirumah pun, jangan jealous.
( Dari kiri : Puteri, Tasya )
creadit to : Tasya, Azie & Puteri for roommates' photo. XD
Comments
Post a Comment