Hidup tanpa Facebook.
aku pernah cakap kat kawan aku (maaf, aku tak boleh re-call siapakah kawan aku itu) , “Best betul tak bawa handphone ni”. & dia bertanya, “kenapa pula?”. “RASA BEBAS”.
BEBAS yang susah nak explain. & dia pun tak faham dengan aku. Sehinggalah pada suatu hari, dia dengan sengaja tinggalkan handphone di biliknya. & waktu itu, barulah dia faham perasaan aku. XD XD Betul, rasa bebas tinggalkan handphone. Mula-mula memang rasa janggal. Susah nak explain. Cuba kaurang tinggalkan handphone kaurang & keluar dari rumah. Kaurang akan rasa perasaan BEBAS yang aku cakapkan ini.
& lately, aku deactivate FB aku. Tujuan sebenarnya ialah… entah. NO REASON. Saja deactivate. XD Rasa macam nak INVI sebentar. Mula-mula tu memanglah macam WARGHHH!!! Namun setelah beberapa hari, aku rasa… BEBAS. BEBAS yang sama yang aku dapat bila tinggalkan handphone kat rumah bila aku keluar. XD XD XD XD XD
Tapi itu tidak bermakna aku tinggalkan dunia maya. In fact, aku discover beberapa isu semasa yang aku ketinggallan waktu aku study semester ke-2, CS110 di UiTM Arau.
Antara isu-isu itu termasuklah, LYNAS dan AUKU.
What the garfu is Lynas? Waktu aku naik teksi dari Arau ke Kangar, memang ada Pak Cik Teksi Ahmad (Baik) hulur pada aku surat khabar ; SUARA KEADILAN. Memang teragak-agak jugalah nak buka akhbar itu. Iyelah, aku ni student UiTM yang baik. Walaupun aku tak tandatangan surat AKUJANJI yang orang lain tandatangan waktu MDS, tapi aku tahu sebagai seorang student UiTM… aku terikat pada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). What the garfu pula is AUKU? Entahlah. Aku pun kurang mengerti. Tapi yang aku tahu, aku tak boleh terlibat dengan mana-mana parti politik (menurut AUKU). Tapi oleh sebab aku & CSe Aqilah Kamil & Pak Cik Teksi itu sahaja yang ada dalam teksi itu, jadi aku pun bukalah akhbar politik itu. Iyelah, kalau tak buka nanti apa pula kata Pak Cik Ahmad yang baik itu. Aku berniat nak selak-selak sahaja tapi bila dah selak-selak, halaman tengah itu menarik perhatian aku. Sebab dia berwarna HIJAU terang. Gambar orang protest, STOP LYNAS. What the garfu is LYNAS? kenapa aku tak tahu apa-apa pun? TV pun, tak cakap apa-apa tentang Lynas. kat FB pun tak ada sesiapa cakap pasal Lynas? Surat khabar yang kadang-kadang kawan aku beli, tak tulis apa-apa pun tentang Lynas? Adakah aku sedang berminat untuk tahu tentang politik bila aku nak tahu tentang Lynas?
Jadi, aku pun call Ummi aku dan tanya pasal Lynas. Jawapan yang sangat aku tidak faham. Ummi aku cakap, dorang nak buat loji kimia apa benda entah kat Perak. 0_o It seems like, aku kena cari sendiri maklumat tentang Lynas. Tak boleh harapkan orang lain. & kerana FB, aku halt hold lama sangat investigation aku itu. Susah nak focus bila kita ada internet connection dan FB at the same time. Perkara pertama yang kita nak buat bila ada internet connection ialah, update status FB. Kemudian, tengok siapa yang like, siapa yang comment, berapa ramai yang like, tagged photo, sum1 comment on the photo you are tagged in, sum1 also comment on sum2’s status update, sum3 sent you Farmville request, blablabla. sumkind of nonsense. Aku tak percaya aku melekat pada sesuatu yang se… se… merepek itu. =.=’
Jadi, bila aku dah ‘tak ada’ Facebook, aku dah tak ada tempat untuk buang masa. & bila aku ada internet connection & tidak FB, aku mula beralih arah kepada YouTube. apa yang ada pada YouTube? Nigahiga? Chester See? Bruno Mars? Katy Perry? semua video dorang aku dah tengok rasanya. Sebab adik-adik aku dah download semua video dorang. =.=’
Apakah hasil investigation aku tentang Lynas? Nantikan kemunculannya pada post yang akan datang~ XD XD
XOXO,With Regards,
Gossip Girl.
Maryam Jamilah.
Comments
Post a Comment