Kisah aku berhenti kerja.
Aku benci kerja aku. Urghh! Kalau bukan kerana aku jatuh kerusi sampai 'patah' tangan sehari selepas aku gi interview kat Papa John, mesti aku tak perlu kerja disitu. AKU BENCI JADI CASHIER. Aku tak nak jadi cashier lagi untuk selama-lamanya seumur hidup aku! Aku bekerja di Petronas Stesyen Sri Laris. Alah~ senang cerita, Petronas sebelah Giant Klang. Aku benci betul kerja kat situ. Dah lah GAJI rendah, lagi nak potong gaji pula kalau SHORT. Sejak kerja situ, aku jadi benci gila-gila dengan perkataan SHORT. Tapi staf-staf kat situ, BUDUH-buduh semuanya. Asyik dok sebut perkataan itu. Frust aku. Benci betul. Rabu lepas, selepas kami dihujani customer… kami dapat berehat seketika. Waktu itu, aku sedang menunggu change dari Kak Ida. Lalu, Kak Ayisyah, atau aku lebih suka panggil dia perempuan mengandung, dia check kaunter aku. Kemudian, dia mula berceramah seperti biasa. Bla, bla, bla, duit seringgit banyak. Bla, bla, bla, bagi customer seringgit-seringgit. Bla, bla, bla, campur-campur dengan RM5. =.=' benci betul. && tak tahu kenapa, hari itu aku berani untuk lawan cakap dia. Aku pun cakap, "itu tadi ada customer bagi seringgit-seringgit banyak"
"mustahil lah sepat macam itu sekali"
"BETULLAH! Tadi dia bagi RM20, seringgit-seringgit!"
"haa~ campurlah dengan Rm5 ni. Kalau ada …blab la bla (sila rujuk atas) bla bla bla"
"Masalahnya, tadi masa ramai customer itu, aku tak ada RM5 lah tak guna! Ko tak ingat ke tadi aku nak tukar duit RM5, tak ada?! KAU NAK SURUH AKU BAGI seringgit-seringgit sampai RM10, ke?!"
Semua orang terdiam. I just can't stop babbling right now.
"why everyone keep babbling at me? kenapa semua orang nak salahkan aku?! Aku ada buat kau SHORT ke? Kalau aku SHORT pun, aku ada minta korang share dengan aku ke? Eii! Aku dah tak tahan nak kerja kat tempat ini! Dah lah asyik dok sebut perkataan 'SHORT' saja! Aku frust gila dengar perkataan itu! dah lah kat sekolah dulu orang asyik cakap aku pendek, kat sini pula orang asyik sebuk perkataan 'SHORT'. Aku rasa macam aku jadi semakin pendek setiap kali aku jejakkan kaki aku ke sini! Itu salah, ini salah. macam kau tu BAGUS SANGAT! Ni, no. account aku. Kalau BOSS kesayangan korang itu ada hati & ada perut, suruh dia bank in gaji aku. Tapi kalau dia Cuma ada PERUT, aku tak kisah pun lah! Setakat gaji ciput, lagi nak potong gaji!"
Kemudian, aku keluar dari kaunter dan tinggalkan semua orang disitu. Aku pergi ke bilik staf & ambil beg aku. Dorang sedang berbincang-bincang sesama mereka. Waktu aku berjalan ke pintu, aku menoleh kearah mereka sambil berkata, "I QUIT!"
Kemudian salah seorang kata, "Woi, at least habiskan shif kau hari ini dulu. Jangan nak lepas tangan je…"
Belum sempat dia habis cakap, aku dah tinggikan suara, "GO TO DA HELL!", sambil pegang tombol pintu.
Waktu melangkah keluar, aku berpaling kearah mereka sambil berkata, "Wait, we are in HELL".
Selepas itu, aku terus berjalan. Kemudian, mereka menggunakan microphone.
"woi, pempuan. Kalau kau nak balik sangat, buka baju petronas yang kau pakai itu!"
Aku terus berjalan. Kemudian, aku membuka satu per satu butang baju kerja aku itu. hahaha. aku ini bijak. Aku pakai t-shirt kat dalam. Setelah aku dah buka semua butang, aku jatuhkan kat jalan. Pastu dorang bising. Aku pun patah balik, kutip baju itu. dan teruskan perjalanan pulang aku. Bila sampai di jalan besar, aku campak baju itu kat tengah jalan. Lepas itu, ada motor lalu. Langgar baju itu. 5 minit kemudian, kedengaran bunyi langgaran yang amat kuat bila aku menoleh, motor yang tadi itu eksiden. OMG! What I've done?
Keesokan harinya, berita hangat di muka depan akhbar : BAJU PUNCA NAHAS DAHSYAT. Boleh dilihat di muka depan METRO, KOSMO, BERITA HARIAN, UTUSAN, CHINA PRESS, NANYANG, SIN CHEW, MAKKAL OSAI, NANBAN, DLL. Kemudian, malamnya ada ulasan menteri tentang nahas itu. kemudian, penggubalan undang-undang baru. "tak boleh buang sampah dijalan raya" di kuat-kuasakan secara serius di Malaysia. Kemudian, aku jadi pesalah pertama. TT.TT
Baiklah. Rasanya baik aku hentikannya sekarang. Actually aku senyap je. tak cakap pon yang "Masalahnya, tadi masa ramai customer itu, aku tak ada RM5 lah tak guna! Ko tak ingat ke tadi aku nak tukar duit RM5, tak ada?! KAU NAK SURUH AKU BAGI seringgit-seringgit sampai RM10, ke?!" & seterusnya itu semua tak jadi. Rasanya lagi elok tak jadi, kan? Hahaha. XD
terbekk
ReplyDeletesedihh
ReplyDelete