Harapan RANDOM yang menjadi KENYATAAN.
Sudah menjadi lumrah manusia ; yang ada didepan mata tak nak hargai. Nak juga yang orang lain ada. Macam aku. YA. Teruk betul aku ni. =.=’
ini cuma harapan random yang terdetik dihati bila kita tengok orang lain ada sesuatu yang pada waktu-waktu tertentu, dianggap ; HAWT.
Waktu kecik-kecik dulu, kawan-kawan, saudara-mara, suka bercerita tentang hantu. Dorang cakap dorang nampak hantu lah, dengar suaralah, apalah. TAPI aku tak pernah alami apa-apa & oleh itu, aku tak ada apa-apa untuk diceritakan. JADI, “AKU PUN NAK TENGOK HANTU JUGA”.
Waktu SK, aku perasan aku ni banyak menipu. & WOW-ly,
siakap senohong,
gelama ikan duri ;
bercakap bohong,
lama-lama mencuri ;
who would expect aku mencuri? Aku sendiri macam tak percaya. Well, taklah curi sesuatu yang berharga. but, still ; aku mencuri. Jadi, aku decided untuk berubah. JADI, “AKU TAK NAK MENIPU LAGI!”
Waktu SMK, mula-mula aku ni seorang yang agak selekeh. So, aku harap aku seorang yang cantik. Bila aku form 2, unexpectedly ramai pula pakwe usha aku. hohohoho. mula-mula memanglah best. dah lama-lama, naik muak pula. pastu, kawan-kawan aku tak ada pula sesiapa nak ngurat. Aku (manusia) rasa macam kesian & nak jadi macam dorang. JADI, “AKU HARAP AKU NI JENIS YANG BIASA-BIASA JE”.
Waktu aku form 5, nama Katy Perry naik. Perghh. Dia style gila kott. nampak macam over, yet style. JADI, “AKU NAK JADI MACAM KATY PERRY”.
Waktu kat UiTM – semester pertama, aku seorang yang super-pemalas. Tapi aku AD. JADI, “KENAPA BUKAN ORANG LAIN YANG SUPER-RAJIN ITU AD?”.
Waktu kat UiTM –semester kedua, aku dengar cerita orang dapat pointer 3.49. JADI, “MACAM COOL JE DAPAT 3.49”.
Yaaa. aku memang tak reti bersyukur. Selalu nak apa yang orang lain dapat.
Aku tak sedar sejak bila, tapi setiap kali aku berbohong ; cuma ada 2 kemungkinan. #1, KANTOI. #2, sesuatu yang buruk terjadi terhadap aku. Walaupun kadang-kadang susah juga tak boleh menipu langsung, tapi… aku suka macam itu. & additionally, aku TAK SUKA dengan penipu. GOOD WISH!
Waktu aku form 5, satu harapan jadi nyata. Aku seorang yang biasa-biasa je. Yeay!! ( la sangat ). bila form 5 itulah, ada awek cun jadi salah seorang kawan aku. HAH! waktu itu, tahu nak jealous. BAD WISH! (gambar hiasan)
Waktu aku semester ke-2, bila aku dah dapat terima kenyataan bahawasanya hijab aku kuat ; aku mungkin tak akan dapat tengok hantu ; NEVER akan dapat tengok hantu…
“Pada suatu malam yang gelap, angin kipas siling tak terasa kewujudannya, kira-kira pukul 3 pagi, roommates aku semua belum tidur lagi dan itu termasuklah aku. Kami semua tak boleh tidur. mungkin sebab masing-masing terasa hangatnya malam itu ( Err… semacam pula bunyinya bila korang yang baca ) . Waktu itu, aku telah pura-pura tidur selama lebih dari 3 jam! tapi aku langsung tidak dapat melelapkan mataku. Sewaktu aku ingin mengubah posisi tidur ; dengan harapan aku dapat melelapkan mata, aku terlihat sesuatu di siling bilik aku. Benar-benar di atas katil aku. ( Oh, lupa nak mention ; aku tidur katil atas. XD ) guess what? guess wuat?! POCONG! ”
POCONG, beb! POCONG! seriously. memanglah aku ada teringat tentang cerita Pocong rumah hantu yang MPP anjurkan itu. tapi, tak pernah terbayang pula aku yang POCONG rupanya macam yang aku nampak itu. BAD WISH! Dahlah. cukup lah sekali. aku dah tak nak tengok lagi hantu lepas ni. cukuplah sekali.
Dalam semester ke-2 juga, ada orang ( Siddiq ; bukan nama sebenar.) cakap aku ni seorang yang STYLE. & waktu itu aku sedang cakap tentang roommate aku yang lawa gula. Aku cakap bahawasanya aku ini seorang yang biasa-biasa je. & mereka-mereka yang terlibat dalam perbualan itu langsung tidak menidakkan kata-kata aku itu. =.=’ Nampak tak? Nampak tak yang aku sama macam Katy Perry? HAHAHAHA. Bagi aku, Katy Perry taklah lawa mana pun. Her dressing make she looks adorable.
Itu bagi akulah. Persoalannya kini, ADAKAH GAYA AKU SAMA SEPERTI KATY PERRY? kita biar persoalan itu menjadi misteri. kembali kepada hajat aku, “AKU NAK JADI MACAM KATY PERRY” ; maksud aku yang sebenar-sebenar, seikhlas-ikhlasnya ialah, cara dia berpakaian yang super-style itu. TAPI, aku rasa seperti He gave it ALL. Aku dapat perangai dia sekali. wuatt??!! COOL gila, kan? Aku pakai pakaian yang cute-mute – nampak macam girly girls. Tapi sebenarnya aku tak begitu. Katy Perry pakai pakaian yang cute-miut – nampak macam girly girls. tapi sebenarnya dia siap ugut bakal GF x-boyfie dia. I see something in common. Can You spot any? Aku sedang cuba ubah perangai aku. jadi… aku tak boleh decide samada harapan random ini, BAD WISH atau GOOD WISH. So, i decided to name this wish as ‘SUPER-COOL WISH’. XD XD XD
p/s : nama sebenar dia, Siddiq Azami.
Waktu cuti semester ke-2, mungkin dua wish aku dihadirkan serentak.
kalau aku diberi peluang berucap, aku akan ucap…
“Yaaa!! Padan muka aku! Sepatutnya dari semester 1 aku dapat result macam ini. isk, isk, isk TT.TT”
itu ucapan atas pentaslah. Iyelah, tak AD. mana boleh berucap lama-lama. Sebenarnya kan, waktu aku semester 1, aku ada buat text ucapan tau. gila panjang lahh! 3 page kalau tak silap aku. aku tulis tangan tau. aku bajet nak tulis kat blog. tapi… mana entah dahlah perginya ucapan itu. HAHA. siapa nak baca sila text saya ditalian 0169*8*2*8.
p/s : missing numbers tak ada kena mengena dengan CGPA.
ucapan yang sebenarnya nak diucapkan,
“Aku rasa macam … 3.49. Rasanya seperti… ditinggalkan. Rasanya lebih teruk dari Abang Leman dah kawen! TT.TT … … … eh, kejap. Abang Leman kawen? ahaks! XD goshh. dari dulu lagi aku suka tengok pengantin lelaki. Dorang nampak hensem. Sebelum dorang jadi pengantin, aku tak berminat pun nak tengok. HAHAHA. Itu pengantin lelaki biasa. Kalau Abang Leman jadi pengantin, mesti super-shining-all-the-way-all-day, kan? Goshh! aku tak boleh missed hari perkahwinan Abang Leman. XD XD XD XD XD eh, tapi kalau AD tu Abang Leman, maknanya Dinner tu Hari Perkahwinan Abang Leman. So, maknanya perumpamaan aku tu tak boleh pakai. Tapi, hey. COOL apa dapat 3.49. Aku memang teringin pun nak 3.49. Aku cuma tak expect 3.49 pada semester ke-2. =.=’ Tapi… lantaklah. bukan semua orang dapat 3.49. & hanya 3.49’ians sahaja yang tahu bagaimana perasaannya. XD XD XD”
CONCLUSION :
BE CAREFUL WHAT YOU WISH FOR, CAUSE HE (ALLAH) MIGHT JUST GIVE IT ALL.
Comments
Post a Comment